Senarai 13 PPV atau Pusat Pemberian Vaksin di Lembah Klang ini ditetapkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bermula 23 Ogos ini. Pusat Pemberian Vaksin yang disenaraikan ini untuk individu yang mahu mendapatkan suntikan secara ‘walk-in’.
Jadi, penduduk Lembah Klang yang mahu mendapatkan suntikan vaksin secara walk-in boleh pergi ke 13 PPV yang disenaraikan.
BACA : Wajib Vaksin Kepada Pekerja Jika Perlu
Mana-mana yang belum dapat tarikh vaksin ini, janganlah bernanti-nanti ya. Cepat-cepat ambil peluang yang ada ini. Mudah nanti bila sudah lengkap dua dos. Nak dine-in ke nak beli barang keperluan pun mudah.
Apa pun, kena ingat juga. Walaupun sudah lengkap dua dos vaksin. Dan sudah melepasi tempoh 14 hari selepas suntikan kedua, anda masih perlu ambil langkah berjaga-jaga dan patuhi SOP.
surihack.com
Dos vaksin tidak memberi tiket untuk anda alpa dengan virus Covid-19 yang masih berleluasa di luar sana.
Ini Senarai 13 PPV Untuk Vaksinasi Secara Walk-in Bagi Warganegara
(Selepas tarikh 22 Ogos 2021)
PPV Dibuka Bermula 23 Ogos 2021
- KL Convention Centre (KLCC) – HCP F, G dan H
- Axiata Arena Bukit Jalil – A,B
- Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, HCO B
- Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
- Hotel Wyndham Acmar Klang
- Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya
- Stadium Tertutup Kuala Selangor
- Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam
- Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbadanan Kuala Langat
PPV Dibuka Bermula 25 Ogos 2021
- Le Pavilion Gamuda Garden, Gombak
- Bukit Beruntung Golf Resort
PPV Dibuka Bermula 26 Ogos
- Galaxy Mall Ampang
- Universiti Multimedia Cyberjaya
Baca : Pemberian vaksin walk-in di 10 PPV terpilih

Vaksin Di 13 PPV, Apa Yang Diperlukan
Bagi membolehkan proses vaksinasi berjalan dengan lancar, anda dinasihatkan untuk membawa bukti pemastautin di Lembah Klang seperti kad kerja, bil utiliti atau sebarang dokumen lain yang berkaitan.
Walk-in ini berdasarkan first-come-first-serve bergantung kepada kapasiti bekalan vaksin di PPV yang disenaraikan di atas.
Tip : Datang awal ke mana-mana 13 PPV ini, kerana jika nombor pada hari itu sudah habis, anda perlu datang semula untuk mengambil nombor keesokan hari.
Jika bekalan vaksin habis pada hari tersebut, individu akan diletakkan dalam satu senarai untuk hadir semula pada keesokan harinya.
Terlepas Dos Kedua, Boleh Ke Mana-mana 13 PPV Ini
Juga bagi anda yang terlepas dos kedua boleh pergi ke mana-mana PPV yang disenaraikan. Sekiranya PPV tersebut tidak menawarkan vaksin dari jenis yang sama dengan dos 1 mereka. Mereka akan dirujuk ke PPV yang lain.
Walk-in untuk penduduk Malaysia di negeri lain selain daripada di Lembah Klang, diteruskan seperti biasa mengikut ketetapan negeri masing-masing.
Walk-in Untuk Warga Asing Ditamatkan Pada 22 Ogos
Kaedah Walk-in bagi warga asing akan digantikan dengan vaksinasi melalui janji temu. Bermakna, PPV Stadium Nasional Bukit Jalil tak lagi menerima ‘walk-in’ bukan warganegara selepas 22 Ogos.
Ini bagi memastikan proses vaksinasi warga asing berjalan lebih selamat dan selesa.
Baca : Ibu mengandung patut vaksin, elak risiko lebih teruk
Sumber : vaksincovid.gov.my
bagus infor ni boleh share dengan orang lain kan !