10 Resepi Ramadhan yang kena cuba

10 Resepi Ramadhan | Ramadhan ni, apa kata cuba masak resepi resepi yang selalu kita jumpa dekat kedai sahaja. Macam sup tulang thai, Ketam telur masin, hati lembu masak pengantin macam rare jugak nak buat.

Nak pergi pasar ramadhan ni pun takut juga musim covid kan, nanti tak sempat raya sebab kena kuarantin pulak.

Lagipun kalau masak sendiri opkoslah lagi jimat untuk seisi keluarga. Nah surihack dah compilekan resepi resepi yang best untuk sepanjang bulan ramadhan. Janji keluarga semua happy.

Lagi satu kalau dah tak tahu nak masak apa, pasti entri ini bagus untuk rujukan surirumah untuk sediakan juadah berbuka puasa nanti, harapnya 10 Resepi Ramadhan dapat membantu semua yer

1. Resepi sup tulang thai

Bahan-bahan

  1. 1kg tulang (rebus dlu dgn halia smpai empuk)
  2. Serai ketuk
  3. Lengkuas ketuk
  4. Bawang putih ketuk
  5. Bawang besar hiris
  6. Halia ketuk..
  7. Akar ketumbar ketuk2
  8. Daun limau purut

Cara-cara

  1. Tumis kesemua bahan, kemudian masukkan tulang yang dah direbus bersama air rebusan.(dicadangkan amik separuh sahaja air rebusan dan tambah air lagi)
  2. Bila mendidih masukkan air lemon, saderi tomato, perasa , daun ketumbar
  3. Dah siap!

Eh kejap sahaja kan!

2. Resepi Ketam Telur Masin

Bahan-bahan :

  1. Ketam 1 kilo
    • Perap dengan tepung gandum 2 sudu, tepung jagung 2 sudu, tepung beras 2 sudu…gaul kering masuk garam…ketam celup telur, gaul 3 bahan, goreng garing)
  2. telur masin rebus 4 biji (penyet halus)
  3. Mentega
  4. Bawang putih cincang
  5. Daun kari
  6. Lada halus

Cara-cara

  1. Panaskan mentega, masuk bawang putih, lada halus, daun kari sampai naik bau..
  2. Masuk gula, serbuk perasa cukup rasa
  3. Masukan telur masin
  4. Masuk ketam yg telah digoreng, gaul sebati…siap

3. Resepi Cencaru sumbat Sambal Portugis

10 Resepi Ramadhan

Mula-mula Ikan cencaru tu belah belakang bersih dan toskan.Gaul garam kunyit dan ketepikan dulu.

Bahan-bahan Sambal

  1. Daun kesum racik2
  2. Bunga kantan hiris nipis2
  3. 15 biji Limau kasturi/cuit(perah amik air)
  4. Gula
  5. Garam
  6. Secukup rasa
  7. Aji (ikot masing2)
  8. *1biji bawang besar
  9. * 3 biji Bawang kecil
  10. *3 biji Bawang putih
  11. *Sedikit belacan
  12. *1biji Tomato
  13. *15 tangkai Cili kering direbus
  14. *3 cili besar hijau
  15. *10 cili api

Cara-cara

  1. Blend kasar2 semua bahan bertanda*
  2. Tumis semua bahan diblend tadi dgn minyak sehingga naik bau dn pecah minyak.
  3. Bila sambai dh masak,masukkan air asam limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum.
  4. Kacau sebati kemudian masukkn garam, gula, secukup rasa klo nk letak aji boleh jgk.
  5. Kacau2 lg dan rasakan.
  6. Bila dh pekat ttp api.
  7. Dan masukkn dlm cencaru td belah belakang sumbat sambal td.
  8. Goreng dgn garing.
  9. Angkat dan boleh letak lg sambal tadi dan tuangkan minyak ikan goreng td.

Siap makan dengan nasi panas-panas tau memang terangkat, Ikan tu kalau nak bakar pom boleh ikot cara masing2.

4. Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan :

  1. 4 ketul isi ikan pari sdrhana besar
  2. 1labu bawang besar *
  3. 6 biji cili padi hijau/merah *
  4. 1 inci kunyit hidup *
  5. 3 biji bwg merah*
  6. 2 ulas bawang putih *
  7. Sedikit belacan*
  8. 1 sdk serbuk lada hitam kasar
  9. 1 btg serai titik
  10. 1 biji tomato potong 4
  11. 5 biji kcg bandi
  12. 1 mangkuk kecik cili kering kisar
  13. ½ cawan air asam jawa < agak²
  14. ½ sdk rempah kari ikan
  15. Air secukup nya
  16. Daun kesom
  17. Gula & garam @ serbuk perasa

Cara-cara

  1. Kisar semua bahan yg bertanda ***..
  2. kemudian panaskan kuali taruh minyak agak², pastu masukkan bahan kisar tdi + cili kering kisar + rempah kari ikan
  3. masak sampai terbit minyak
  4. bila dah terbit mnyak masukkan air asam jawa, serai , serbuk lada hitan dan ikan, reneh sekejap.
  5. Masukkan air sukatan air bergntung pda kitalah nak cair atau nak pekat,
  6. kalau suka pekat masukkan sikit je air, kacangg bandi, garam dan sedikit gula utk seimbangkan rasa, daun kesom kemudian reneh sampai masak
  7. Bila bendi dah agak lembut masukkan tomato pastu padam api dah siap..

5. Sambal sardin cili padi + kentang+ petai

10 Resepi Ramadhan

Bahan-bahan :

  1. 1 tin sardin(asingkn kuah dan goreng sardinnya)
  2. *3 biji cili masak/cili besar
  3. *12 biji cili padi
  4. *1 biji bwng besar
  5. *3 ulas bwng putih
  6. *sedikit belacan
  7. 1 biji kentang-hiris n goreng
  8. 1 biji tomato-hiris nipis
  9. Petai/jering
  10. 1 biji bwng besar-hiris bulat
  11. Garam n perasa

Cara-cara

  1. Mesin kasar bhn bertanda *
  2. Tumis bhn mesin..masukkan tomato hiris
  3. Masukkan sos sardin dan masak hingga sambal agak garing
  4. Masukkan garam n perasa
  5. Akhir sekali masukkan sardin,kentang,petai n bawang hiris..gaul rata..

6. Hati Lembu Masak Pengantin

Bahan-bahan :

  1. Hati lembu
  2. Bawang besar
  3. Bawang putih
  4. Halia
  5. Serai
  6. Jintan manis
  7. Lada hitam
  8. Ketumbar
  9. Kicap
  10. Sos tiram
  11. Serbuk kunyit
  12. Gula
  13. Garam
  14. Air asam jawa
  15. Minyak utk menumis
  16. Kulit kyu manis &Bunga lawang

Cara-cara

  1. Blender bawang besar, bwg putih, halia, serai, lada hitam,ketumbar dan jintan manis sampy halus.
  2. Pnskn mnyak tumis klt kyu mnis n bnga lawang serta bhn blender td. Goreng hngga separuh garing.
  3. Masukkan hati lembu (hati hndaklah direbus terlbh dahulu)
  4. .kacau tmbh kan sdkit air jika kering.. Masukkan serbuk kunyit..
  5. Masukkan air asam jawa. Renihkan seketika.. Masukkan kicap,sos tiram,diikuti dgn gula serta sdkit garam jika perlu..
  6. Masak shngga agk pch minyak.kalau nk berkuah blh tmbh2kan air. Last skli msukkn hirisan bwg besaq, daun sup, cili merah n cili padi sbgai hiasan. Tutup api. Hias dgn hirisan daun bawang.
  7. Slmt mencuba!!!

7. Ikan rebus ayaq asam

  1. * Rebus ikan dengan asam keping dan garam..
  2. * Bawang kecil hiris nipis 5 ke 8 biji
  3. * Bawang besar 1 biji
  4. * Bawang putih bakar dan ketuk 3 ke 4 ulas
  5. * Air asam jawa setengah mangkuk ( Akma guna asam jawa bulat tu.. rendam dengan air suam, Akma buat pekat sikit dan boleh je ikut selera masing2..
  6. * Belacan bakar ( ikut selera masing2 )
  7. * Cili ( ikut selera masing2 nak pedas macam mana )
  8. * Tomato ( dihiris )
  9. * Garam
  10. * Gula

Cara-cara

  1. Satu kan semua dlm satu bekas ( kecuali asam jawa, tomato dan ikan )
  2. Masuk kan sedikit dulu air asam jawa kemudian picit cili, belacan dan bahan2 lain
  3. Masukkan air asam jawa, tomato dan gaul rata..
  4. Tuangkan atas ikan yang dah direbus..

8. ASAM PEDAS THAI

Bahan-bahan :

  1. Ikan siakap saiz sederhana potong 4
  2. bahan blend:
  3. 10 tangkai cili kering
  4. 6 biji cili padi merah ikut kepedasan sendiri
  5. 8 ulas bawang putih
  6. 6 ulas bawang merah
  7. 1/2 inci belacan dibakar
  8. 1 inci kunyit hidup
  9. 1/2 sudu teh biji lada putih

Cara-cara

  1. mesin bahan diatas kemudian masuk dlm periuk.
  2. perah asam jawa sebesar bola golf campur dng 3-4 cawan air utk kuahnya
  3. masuk garam..gula thai jika ada secukup rasa
  4. 2 sudu besar sos ikan thai
    masuk 1/2-biji nenas yg kecil potong nipis
  5. blh masukan rebung jika suka
    bila dah nak angkat baru masuk satu ikat kangkung yg dipotong 2-3 bahagian..

9. Pla neung Manao

Bahan-bahan :

  1. ikan siakap/jenahak/merah/kepala ikan
  2. 2btg serai (ketuk)
  3. 8-10 bj bwg putih (cincang halus)
  4. 8-10 bji cili api (cincang halus)
  5. 2 bji lada besar(cincang halus)
  6. 2-3batang pokok ketumbar-dr akar smp kedaun (cincang)
  7. 3 sudu sos ikan
  8. 1 sudu gula putih
  9. 1/4 mangkuk kecil jus limau nipis(perah)
  10. 1/2 stok ayam (chicken brooth) atau 1/2 chicken stock(brand knorr/maggi)
  11. sedikit garam dan perasa
  12. campur semua bahan2 diatas dlm 1 bekas.kacau sebati.

Cara-cara

  1. rebus/kukus ikan 5-10 mnt:
  2. lps tu masukkn bahan yg dah dicampur diatas rebus/kukus lg 5 minit..
  3. siap!

10. Resepi Daging Tumis Pedas

Bahan-bahan :

  1. 1kg daging (rebus sampai empuk )
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Halia
  5. Setengah sudu biji ketumbar
  6. Cili api
  7. Kunyit hidup
  8. (Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis )

Cara-cara

  1. Tumis bahan2 yg telah ditumbuk sehingga naik bau,
  2. Masukan daging dan kacau bersama bahan2 tumis sehingga sebati.
  3. Masukan sedikit air beserta garam, gula dan sedikit perasa dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukan hirisan bawang besar dan cili merah / hijau sehingga layu.
  5. Sedia dihidang

Jom bersedia menghadapi dengan 10 Resepi Ramadhan

Moga 10 Resepi Ramadhan dapat membantu mak-mak atau sesiapa sahaja yang lebih suka menyediakan juadah sendiri dirumah. Jangan lupa tingkatkan amalan agama kita pada bulan yang mulia ini. Banyak juga resepi lain yang boleh didapati dalam blog kami seperti sup tulang merah cara pantas, gulai temenung cara utara.

Untuk mereka yang periuk noxxa boleh intai intai resepi pantas dengan noxxa

Leave a Comment!

error: Content is protected !!