5 Amalan Menjemput Rezeki Perkongsian SITI SARAH

Sememangnya kehilangan insan seni ini dan usahawan amat dirasai terutama wanita yang bergelar isteri dan ibu. Namun, Siti Sarah telah berkongsi 5 amalan menjemput rezeki yang sering diamalkannya.

Bukan sahaja beramal dengan 5 amalan menjemput rezeki ini, malah isteri kepada Shuib ini berkali-kali menyarankan kepada insan terdekatnya agar mengamalkannya. Keyakinan ibu kepad 4 orang anak ini terhadap amalannya ternyata benar-benar berkesan terhadap dirinya.

Kagum melihat wanita ini yang konsisten bersedekah walaupun di berada di hujung usianya. Satu per satu kebaikan wanita yang berusia 37 tahun ini diceritakan oleh mereka yang rapat dengannya. Semoga dengan perkongsian 5 amalan menjemput rezeki ini menjadi saham akhiratnya.

5 AMALAN MENJEMPUT REZEKI

TIP NO. 1 Bangun Awal Subuh

Bangun awal subuh. Kerana subuh membuka pintu rezeki. Stay up sampai selepas duha, baca surah Al-Waqiah siang dan malam kerana janji Allah tidak akan ditimpa kepapaan pada siapa yang membacanya. Kalau tak pandai baca, dengar. Sebab lama-lama nanti akan hafal, insya-Allah (bersangka baik pada Allah, yakin Allah akan bantu dalam apa cara sekalipun walaupun dalam keadaan tidak tercapai dek akal).

TIP NO. 2 Sedeqah

Sedekah. Walau kita tak cukup, bersedekahlah. Sebab itu janji Allah, kita bagi satu Allah akan gandakan berlipat kali ganda. Sebelum bantu orang luar tengok keliling kita dulu, ibu ayah dan adik-beradik.

TIP NO. 3 Elakkan Pergaduhan Suami Isteri

Gaduh. Suami isteri jangan gaduh, pintu rezeki tertutup. Apa yang kita nak malaikat rahmat sentiasa ada mendoakan rumah kita. Kita jadi pompom girl untuk suami. Yakinkan suami yang dia akan dapat bantu keluarga, keyakinan suami akan meningkat berkali ganda sekiranya kita menjadi pendukung positif bagi suami. Keyakinannya akan jatuh berkali ganda sekiranya isteri sentiasa menlontarkan kata-kata buruk pada suami.

TIP NO. 4 Sentiasa Bersyukur

Syukur. Bersyukur kerana dengan bersyukur kita akan rasa sentiasa cukup. Siapa yang bersyukur Allah akan gandakan rezeki kita. Apabila cukup kita tak merungut, henti daripada suka merungut. Ingat! negatif tidak menarik perkara positif dan rezeki perkara positif.

TIP NO 4, 5 AMALAN MENJEMPUT REZEKI.

TIP NO. 5 Jangan Mudah Marah

Marah. Jangan mudah marah dan cepat mengamuk. Perkara kecil pun nak marah. Marah itu kesukaan syaitan. Kita nak malaikat sentiasa mendoakan kita. Kata kuncinya, sabar.

TIP NO 5, 5 AMALAN MENJEMPUT REZEKI.

BACA: Tanda Suami Tak Sayang / Durian & Vaksin

Leave a Comment!

error: Content is protected !!