Solat Sunat Isyraq, Pahala Umpama Mengerjakan Haji Dan Umrah. Rugi Tak Rebut!

Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan satu lagi hari untuk kita bertaubat dan merasai nikmat hidup yang dianugerahkan.

Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya, apabila telah selesai melaksanakan solat subuh berjemaah supaya duduk berzikir kepada Allah SWT sehinggalah matahari naik, kemudian mengerjakan solat sunat dua rakaat. Rasulullah s.a.w menyatakan pahala yang besar bagi sesiapa yang melaksanakan ibadah tersebut.

Baca ini juga:

Solat Sunat Isyraq, Tempohnya Singkat

Tempoh solat ini adalah sangat singkat. Solat Sunat Isyraq dilakukan ketika matahari tinggi kira-kira segalah iaitu selepas waktu yang diharamkan solat. (Lebih kurang 12 minit selepas syuruk sehingga masuk waktu Dhuha)

Rasulullah s.a.w menyatakan pahala yang besar bagi sesiapa yang melaksanakan ibadah tersebut, Sabda baginda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang melakukan solat subuh secara berjemaah kemudian dia duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia bersolat dua rakaat maka dia akan mendapat pahala seperti pahala mengerjakan haji dan umrah. Berkata Rasulullah s.a.w “Secara sempurna, sempurna, sempurna” – Riwayat Tirmizi

Lafaz Niat Solat Sunat Isyraq:

Usolli Sunnatal Isyraqi Rak’ataini Lillahi Taala

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat isyraq dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan Rakaat Pertama Solat Sunat Isyraq:

Untuk rakaat pertama, Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah al-Kafirun atau surah lain daripada al-Quran.

Kemudian teruskan solat seperti biasa.

Untuk rakaat kedua:

Pada rakaat kedua, bacalah surah al-Fatihah dan diikuti surah al-Ikhlas atau surah lain daripada al-Quran.

Setelah selesai solat, boleh baca doa ini:

Alhamdulillahillazi Ja’ala Yauma ‘Aafiyatan WaJaa Asy-syamsa Min Matla’ihaa, Allahummar Zuqni Khairo Haazal Yauma, Wadfa’ Annii Syarrohu. Allahumma Nawwir Qalbi Binuuri Hidaayatika Kama Nawwartal Ardho Binuuri Syamsika Abadan Abadaa Birahmatika Ya Arhamar-rohimin.

Maksudnya: Segala puji kembali pada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan daripadaku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu terus-menerus dengan rahmatMu, Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.

Apa beza Solat Isyraq dan solat Duha?

Ibnu ‘Abbas menamakan solat Dhuha yang dilakukan pada awal waktu tersebut sebagai solat Isyraq. Ia dinamakan dengan nama tersebut kerana ia didirikan selepas waktu syuruk iaitu waktu matahari sedang terbit.

Namun begitu, walaupun solat Isyraq adalah solat yang dilakukan pada waktu solat Dhuha, terdapat beberapa perbezaan di antara solat Isyraq dan solat Dhuha. (Rujuk Bughyat al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’: 58-59)

  Perbezaan tersebut adalah seperti berikut:

  • Waktu solat Isyraq ialah solat Dhuha yang dilaksanakan pada awal waktunya. Ini kerana waktu solat sunat Dhuha bermula dari terbitnya matahari sehinggalah sebelum matahari tegak di atas kepala. Justeru itu, Solat Isyraq bermula setelah matahari naik pada kadar segalah iaitu lebih kurang 1.5 meter atau kira-kira 12-15 minit selepas matahari terbit (Rujuk Bughyat al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’: 58).
  • Di samping itu,  sebaiknya untuk mendapatkan fadhilat Solat Isyraq yang disebutkan di dalam hadith ialah dengan seseorang itu berjemaah pada waktu Subuh di masjid dan hendaklah dia kekal duduk berzikir di sana, kemudian barulah dia mendirikan solat tersebut. Manakala, fadhilat solat Dhuha boleh didapati dengan dilakukan dalam waktunya.
  • Waktu solat Dhuha pula bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari (Rujuk Bughyat al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’: 60). Manakala, waktu terbaik untuk solat Dhuha ialah ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik. 

Kesimpulan

  • Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa Solat Isyraq ialah Solat Dhuha yang dilakukan pada awal waktunya. Waktu Solat Isyraq ini bermula daripada kadar matahari naik segalah iaitu bersamaan dengan kira-kira 15 minit dari bermulanya waktu syuruk.
  • Di samping itu juga, digalakkan supaya para jemaah setelah selesai melaksanakan solat Subuh secara berjemaah di masjid supaya duduk beriktikaf sebentar di masjid atau surau dengan mengisinya dengan berzikir kepada Allah SWT. Kemudian, diikuti pula dengan solat sunat dua rakaat pada waktu isyraq. Namun, bagi sesiapa yang bekerja dan mempunyai urusan yang memerlukan dia keluar daripada masjid, maka tidak mengapa untuk melaksanakan solat Isyraq di mana-mana sekali pun. Moga-moga dengan kita melakukannya, kita mendapat fadhilat dan ganjaran pahala daripada Allah SWT tersebut.

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/; https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-isyraq/

Leave a Comment!

error: Content is protected !!