Amalan Seminit Besar Ganjaran Di Sisi Allah SWT

Amalan seminit besar ganjaran di sisi Allah SWT yang semua orang boleh buat tanpa mengira masa. Kita semua nak masuk syurga tapi kadangkala kita alpa nak menambah amal ibadah disebabkan kesibukan urusan dunawi.

Ada 8 amalan yang kita boleh lakukan dalam masa satu minit tapi besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Janganlah kita jadikan kesibukan urusan hidup di dunia sebagai satu alasan untuk tidak menambah amal ibadat.

Apa kata kita sama-sama mulakan dengan amalan mudah yang boleh dilakukan dalam masa seminit pada bila-bila masa.

Jika kita istiqamah InsyaAllah ia akan menambah bekalan perjalanan kita menuju hari akhirat. Jadi, sama-samalah kita berusaha membuat kebaikan.

Buat amalan seminit besar ganjaran

8 amalan yang kita oleh lakukan pada bila-bila dalam masa dalam hanya satu minit tapi besar ganjarannya:

Membaca surah Al-Ikhlas

Dalam masa satu minit kita boleh baca 10 kali surah Al-Ikhlas. Jadikan amalan untuk mengisi masa lapang daripada kita asyik main handphone je kan.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

Siapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad sampai akhir sebanyak 10 kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga (Hadis Riwayat Ahmad)

Berselawat ke atas Rasulullah S.A.W

Kita sentiasa digalakkan untuk berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bagi setiap selawat yang kita bagi pada Rasulullah, Allah akan  memberikan 10 kali salam kepada kita. Salam dari Allah itu bermaksud kehidupan dirahmati, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. (Hadis Riwayat Muslim)

Beristighfar memohon keampunan

amalan seminit besar ganjaran
Photo by Monstera from Pexels

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Jadi setiap kali kita beristighfar, Allah akan beri kita kegembiraan, kelapangan dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. MasyaAllah Maha Pemurahnya Allah kat kita kan.

Bertanya khabar keluarga

Mudahnya nak buat pahala. Kita hanya perlukan masa satu minit sahaja nak bertanya khabar ahli keluarga. Ini amalan paling mudah nak buat.

Dengan hanya satu mesej di Whatsapp ia sudah memadai untuk kita bertanya khabar. Bila kita bertanya khabar pada keluarga itu dikira sebagai menghubungkan silaturrahim dan sesiapa yang  menghubungkannya, Allah akan memperluaskan rezekinya seperti mana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturrahim (Hadis Riwayat Bukhari)

Istiqamah buat amalan seminit besar ganjaran

Lafaz tasbih

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu Subhanallah Wa Bihamdihi, Subhanallah Hil Adzim

(Hadis Riwayat Muslim)

amalan seminit besar ganjaran
Photo by Michael Burrows from Pexels

Jadi dengan dua kalimah yang sangat ringan untuk dilafazkan ini, ia boleh membantu dalam timbangan kita di akhirat kelak.

Akui semua kejadian kehendak Allah SWT

Mengakui dan reda semua kejadian yang berlaku adalah kehendak Allah SWT dengan mengucapkan La Hawla Wala Quwwata Illa Billah (Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).

Ayat ni sangat ringkas tetapi ada manfaat yang sangat luar biasa.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

Wahai Abdullah Bin Qois, Katakanlah La Hawla Wa Laa Quwwata Illa Billah, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga (Hadis Riwayat Bukhari).

Bayangkan dengan lafaz yang sangat mudah ni dah boleh jadi satu simpanan pahala yang berharga waktu kita di syurga kelak. InsyaAllah.

Baca juga: 5 Amalan Menjemput Rezeki Perkongsian SITI SARAH

Mendoakan orang lain

Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja yang kita nak. InsyaAllah, Allah juga akan memberikan doa yang sama juga untuk kita.

Contohnya kita tengok ada seorang peminta sedekah, lalu kita doakan “Ya Allah kau murahkan rezeki si peminta sedekah itu.”

Ringkas je doa kita tapi InsyaAllah kita juga akan turut dimurahkan rezeki seperti sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya (Hadis Riwayat Al-Thabarani).

Sebarkan kebaikan amalan seminit besar ganjaran

Sekarang ni semua maklumat berada di hujung jari kita. Amat mudah dan cepat untuk kita sebarkan dan kongsi kebaikan.

Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan yang kita kongsi itu, kita pun akan dapat pahala penuh mereka seperti sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun (Hadis Riwayat Muslim).

Sumber Cik Robiihah Sakhiyah

Leave a Comment!

error: Content is protected !!