Cara urus jenazah sebelum dimandikan. Setiap yang hidup pasti akan mati satu hari kelak. Bab urus jenazah merupakan fardu kifayah kepada semua umat Islam. Maksudnya apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa.
Akan tetapi apabila tiada seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Bagaimanapun jika kematian adalah dalam kalangan ahli keluarga kita sendiri maka yang lebih berhak dan afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau waris yang terdekat.
Tetapi jika warisnya tiada kemampuan atau pengalaman bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.
Cara urus jenazah di rumah
Sekiranya ahli keluarga meninggal di rumah, ada beberapa perkara penting yang kita perlu lakukan terlebih dahulu sebelum jenazah disahkan meninggal oleh doktor perubatan dan diuruskan proses memandikan, mengkafan, solat sebelum dikebumikan.

Jadi kalau ada ahli keluarga baru meninggal dunia di rumah, ini langkah yang perlu dilakukan:
- Tanggalkan pakaian si mati sebab susah hendak buka apabila sendi sudah mula mengeras.
- Urut tulang sendi jenazah guna minyak kalau simpan mayat semalaman untuk elakkan keras.
- Kalau terus nak mandikan, tak payah urut/minyak. Susah nak bilas nanti sebab berminyak.
JANGAN PAKAI KAIN BATIK LEPAS. Banyak orang buat. Kain batik tu nipis, nampak lekuk badan terutama jenazah wanita.
- Selimutkan sahaja guna comforter tebal. Kemudian baru boleh lapik dengan kain batik diatasnya.
- JANGAN benarkan sesiapa buka kain yang menutup muka jenazah walaupun kawan baiknya (sebelum mandikan)! Masa tu aurat mayat terdedah.
- Buat ikatan guna perca kain pada tiga bahagian sendi utama jenazah.
– Bahagian Kepala : Tak dimasuki binatang (nganga). Jangan ikat dagu. Ikat kat bawah rahang.
– Bahagian Tangan : Lipat seperti tengah solat.
– Bahagian Kaki : Rapatkan kaki dan ikat antara kedua-dua betis.
- Kalau jenazah meninggal disebabkan sakit, JANGAN BUKA tampalan kalau ada tebukan dari hospital. Contoh di leher (dialisis), perut dan sebagainya.
- Kalau buka semasa mandi, kena plaster semula kerana ada pengalaman, lepas siap kafan, darah keluar dari situ. Nampak ngeri sebab leher mayat penuh darah. Ia boleh mengaibkan arwah.
- Pengalaman uruskan jenazah, memang ada sendi sudah keras, bau kurang menyenangkan, mulut ternganga, mata terbuka dan macam-macam lagi perkara semasa mandikan.
Walaupun tengah sedih tapi kena uruskan juga. Lap tisu basah, bersihkan lipatan kat badan dan lain-lain.
Fadilat orang menguruskan jenazah
Kepada mereka yang menguruskan jenazah, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang begitu hebat. Jadi tak rugi sekiranya kita mempelajari tatacara menguruskan jenazah dari awal hingga dikebumikan.
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tabrani, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memandikan jenazah, lalu dia sembunyikan keaiban pada jenazah itu, maka diampunkan untuknya 70 dosa besar.”
Selain itu, sesiapa yang mengafankan jenazah, ALLAH SWT akan memakaikan untuknya pakaian daripada syurga.
BACA: Tunai Umrah Dengan Norma Baru, Ada Kos Ekstra. Kena Sediakan Duit Lebih