8 Tips untuk Wanita terus bahagia jika bercerai satu hari nanti

8 Tips wanita bahagia jika melalui penceraian satu hari nanti. Sudah banyak kita dengar bila mana ramai isteri yang teraniaya, dibiarkan gantung tak bertali, paling sedih kalau isteri yang selama ini bersusah payah membela biawakhidup.

Kita wanita, kita suri mesti tahu apa yang akan membahagiakan kita atau menghancurkan kita.

Bila rumahtangga berantakan tidak bahagia tapi golongan wanita selalu risau penceraian akan membawa kepada kesan lain. Kita tak mampu berdiri dengan kaki sendiri. Biarlah dipukul, diherdik, ada wanita sanggup menelannya bertahun tahun.

Kadang-kadang untuk kes sebegini lebih baik cerai sahaja. Cerai itu harus bila keadaan memburukkan, Cerai Itu Pasti berlaku dikalangan kita. Cuma kita tidak tahu siapakah isteri malang yang akan melaluinya.

Cerai itu pasti berlaku, . Sama ada Cerai Hidup ataupun Cerai mati. Keduanya pastikan akan mengganggu emosi. Jadi, sediakan payung sebelum hujan. Ye wanita hari ini harus bersedia untuk sebarang kemungkinan. Tiada orang yag mahukan situasi ini tetapai lebih baik kita bersedia.

Persediaan ini bukan semasa perkahwinan tetapi sebaik kita sudah bekerja dan mencari pasangan didik dan terapkanlah ilmu rumahtangga

8 Tips wanita bahagia jika bercerai satu hari nanti

Jangan bertangguh, mulakan hari ini

1.Sediakan Tabung Kecemasan dan Tabung Bunian

Samada wanita itu bekerjaya atau tidak pastikan anda ada tabung bunian. Tabung yang senyap-senyap disimpan. Ada pelbagai cara. Mulakan walau sedikit, Mulakan walau Rm5 sahaja kerana pada satu hari kita pasti akan memerlukannya.

Lebih baik ianya dilakukan secara rahsia tanpa pengetahuan suami.

2. Belilah Hartanah atas nama Sendiri

Rata rata wanita hari ini bekerjaya. Sebaik tamat pengajian di universiti, kumpullah duit untuk jadikan deposit untuk beli rumah walaupun hanya kos rendah. Carilah rumah apartment atau flat hatta 650sqft sahaja.

Kerana apa?

kerana jika suatu hari kita dibuang suami, atau keluarga mentua sendiri kita sudah punya rumah sendiri. Sendiri pun tidak rugi.

Jika rumahtangga kita aman damai malah ini boleh dijadikan 2nd income atau pasif income untuk isteri. Rumah saban tahun akan naik. Tidak rugi tuan puan.

8 Tips wanita bahagia

3) Buatla Deklarasi Harta Sepencarian

Bincang dan mintalah Suami buat Wasiat untuk hak penjagaan harta untuk anak bawah 18 tahun jatuh kepada Isteri

Nampak seperti materialistik tapi percayalah, ini terbaik untuk kemudian hari. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku.

4) Hibah Takaful untuk Suami.

Ya ini separti taboo dalam masyarakat kita. Tapi bayangka 2 situasi, 1 dimana suami pergi dalam keadaan bersedia, dan 2 tidak bersedia.

Bayangkan keadaan anak dan isteri yang terkapai kapai tanpa bantuan kewangan dan moral bila pasangan mereka pergi. Jalan yang terbaik buatlah hibah dan pujuklah supaya diadakan takaful dari suami.

Sekiranya suami agak keberatan , isteri boleh mencarum bagi pihak suami.

Senangkan! hati pun tenang

5) Sayangkan Suami berpada-pada.

Kalau cinta sampai ke syurga Alhamdulillah, tapi kalau cinta di pertengahan bagaimana? Sesungguhnya kita tidak tahu ketentuan ilahi.

Maka tips untuk mereka yang bercadang untuk membeli rumah, Cuba elakkan Loan Nama bersamam buka tidak sayangkan pasangan tapi ini lah yang banyak terjadi bila bercerai huru hara Loan tersebut dan memerlukan kewangan yang banyak

6) Kalau Surirumah, carilah pendapatan tambahan.

Ingat langit tidak selalu cerah. Bersedia, bersedialah senantiasa. Jangan terus nyenyak dalam tidor yang lena. Jadi untuk surirumah, carilah peluang untuk jana pendapat dari rumah .

Sekarang ini banyak peluang untuk kita buat duit dari rumah, jadi dropship, jual bahan makanan, jual baju kanak-kanak semua boleh dibuat di hujung jari.

Biasakan diri untuk bersusah payah

8 Tips wanita bahagia

7) Kalau mampu, Sediakan Life Takaful dan Medical Card untuk diri sendiri dan anak-anak

Bayangkan kalau suami isteri kemalangan, tetapai kita sahaja yang survive. Aduh sakit untuk bangun. Benda ini pasti boleh terjadikan.

Jadi kalu mampu, ketepikan sejumlah wang untuk menyediakan takaful dan medical card sendiri. Bermula lah dengan amaun yang rendah atau mampu.

8 ) Rancang kewangan.

Ada sesetengah isteri tidak pernah ambil tahu urusan kewangan dan perbelanjaan. Kesemuanya diserahkan kepada suami. Aduh jangan begitu suri suri. Kita wajib dan pelajari ilmu kewangan. Kalau boleh sebelum berkahwin baik suami atau isteri persiapkan diri dengan ilmu keawangan,

BIla kita tahu kawal kewangan Insyallah hidup kita lebih terususun dan masa depan yang lebih terjamain. andai Cerai Hidup atau Cerai Mati

Kesimpulan untuk 8 Tips wanita bahagia

Semua orang mahu jodoh sampai kesyurga tapi kita tidak boleh serah kepada takdir semata-mata. Kita harus persiapkan diri , jaga keterampilan diri dan suami. Jaga rumahtangga akan terus bahagia, moga 8 Tips wanita bahagia ini membantu kaum wanita untuk jaju

Leave a Comment!

error: Content is protected !!