Turunkan ego demi untuk kekalkan keharmonian rumah tangga, ramai tak yang buat macam tu? Ya, mungkin ada yang dah dapat kawal atau hilangkan rasa ego itu demi memiliki hubungan yang lebih harmoni dengan pasangan masing-masing.
Tapi, ada juga yang sebaliknya. Tetap dengan sikap egonya itu hingga porak peranda rumah tangga!
Baca ; 11 pesanan untuk rumahtangga bahagia
Apa Itu Ego?
Ego itu boleh dikatakan, sifat pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekeliling kita. Ia bermaksud rasa harga diri atau kepentingan diri seseorang. Sebenarnya, ego ini tidak boleh ditentukan berdasarkan jantina semata-mata, tak kira lelaki atau pun wanita.
Namun, terdapat juga yang mengatakan bahawa ego itu perlu ada dalam diri seseorang itu. Mungkin, tapi biar bertempat!
Sifat ego tak dapat dilihat di mata kasar, namun kesannya boleh dirasai. Sifat ini juga boleh dikaitkan dengan sombong serta angkuh pada orang lain.
Tepis Dan Turunkan Ego Pada Pasangan
Berapa banyak hubungan yang retak akibat pasangan yang memiliki ego melangit? Dah bertahun kahwin, tapi pasangan tetap tak nak turunkan ego. Kena ingat, sifat sabar seseorang itu ada batasnya. Sampai bila orang nak bertahan dengan sifat ego yang tinggi?
Kalau sayangkan perhubungan, kena kurangkan ego atau buang terus ego itu. Dengan itu, kita akan mudah untuk ditegur, menerima nasihat, mengaku salah dan meminta maaf pada pasangan. Jangan ambil ringan tentang hal ini. Bukan mudah orang nak berdepan dengan seseorang yang ego termasuklah pasangan kita sendiri. Rasa muak dan letih nak hadap hari-hari!
Jadi, macam mana rumah tangga itu nak harmoni?
Hati-hati, Ego Boleh Hilang Rasa Sayang
Mungkin ada yang tak percaya. Tapi kalau pasangan terlalu tinggi egonya dan tak nak langsung mencuba turunkan ego itu, memang dia jenis yang susah nak berbincang. Dia akan rasa dirinya saja yang betul; tak mustahil lama kelamaan rasa sayang pasangan boleh makin menghakis.
Mana boleh tahan, asyik kita je yang beralah walau pun bukan salah diri sendiri. Lagi teruk bila ditegur, dia tak nak mengaku salah sedangkan terang-terang itu salahnya. Ego sangat!
Ego buat kita akan melukakan hati orang yang kita sayang. Kita mencari kesempurnaan dalam diri orang lain sedangkan dalam masa yang sama tak dapat terima hakikat diri sendiri banyak kekurangan!
Antara Sifat Orang Ego:
Merasa tidak perlu meminta maaf saat berbuat salah. Biasanya, orang ego akan sangat susah untuk meminta maaf meski ida terbukti telah berbuat salah. Jangan pernah berharap orang ego tahu kesalahan mereka dan meminta maaf.
Dengan kata lain, orang dengan sifat ego selalu beranggapan semua yang dilakukannya adalah selalu betul dan merasa tidak perlu meminta maaf kepada siapapun.
2. Sering mengeluh tanpa melakukan penyelesaian masalah. Setiap orang pasti memiliki masalah dalam hidupnya. Namun hal tersebut tidak menjadi alasan untuk kita sering mengeluh.
Orang yang ego lebih sering mengeluh dibandingkan melakukan penyelesaian masalah atau membuat perubahan. Hasilnya, keluhan pun akan terus berlangsung sepanjang hari.
3. Selalu menyalahkan masalahnya pada orang lain. Orang yang ego tidak pernah mengatakan bahawa masalah itu berpunca daripada dirinya tapi lebih kepada mencari alasan atau menghindar. Kalau dengan pasangan, apa masalah semuanya dituding pada pasangan.
Padahal salah satu bentuk tanggung jawab adalah bersedia mengakui saat berbuat salah dan berusaha memperbaikinya.
4. Tidak mampu bertoleransi di dalam suatu hubungan hingga sering menimbulkan masalah dengan pasangan. Asyik nak menang saja.
Antara Ciri Seseorang Ada Sikap Ego Tinggi:
- Bangga diri
- Dahagakan perhatian
- Suka ikut kepala sendiri
- 4Sering rasa dirinya Bagus
- Pentingkan Diri Sendiri
Ego bukan sahaja membabitkan faktor persekitaran tapi ia juga membabitkan emosi. Bila kita tak jaga perasaan pasangan kita, mereka akan terus menerus rasa disakiti. Ingat, sabar orang ada batasnya ye.
Cuba letakkan diri di tempat pasangan kita, mungkin kita akan merasai kesakitan yang sama seperti dia. Jadi, untuk keharmonian hidup berpasangan, masing-masing kena turunkan ego ye. Tak bawa ke mana ego tu!
Semak artikel ini juga: