Cara Solat Sunat Taubat satu persatu untuk bantu kalian melaksanakanya. Buatlah secara kerap selagi mampu agak kita lebih rasa tenang dan berharap segala dosa di ampunkan.
Solat Sunat Taubat sering dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).selagi masih ada masa.
Namun amat digalakkan untuk solat sunat taubat setiap hari sebelum kita tidor
“Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu.”
Sabda Rasulullah SAW
Fadhilat Taubat:
- Diampunkan Allah SWT.
- Dimudahkan segala urusan.
- Menceriakan kehidupan seharian.
- Menghilangkan perasaan yang menekan.
- Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
Lebih Afdhal lakukan 3 turutan ini terlebih dahulu
- Menyesal teramat sangat diatas perbuatan. (contoh meninggalkan solat)
- Meninggalkan perbuatan tersebut dgn menunaikan solat 5 waktu tanpa miss.
- Berjanji tidak akan buat lagi perbuatan tersebut .
Bersedia lakukan Sunat Taubat
.1. Solat taubat.
2 . Beristighfar banyak-banyak
Solat taubat sebaiknya dilakukan selalu sampai hati rasa lapang.Kalau boleh sampai kita rasa bersih dan terus rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok.
Berusaha untuk tidak ulangi buat dosa-dosa lama .
Solat taubat ni seeloknya buat malam hari. Sebelum tidur atau sebelum Subuh lebh afdhal Waktu sunyi malam.
Sebaiknya dimulakan dengan membersihkan diri terlebih dahulu Amek wudhu . Pakai wangi-wangi (bagi lelaki). Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu. Isitghfar pendek je, baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang untuk memulakan solat sunat taubat.
BACA : 5 Amalan bulan zulhijah
9 Cara Sunat Taubat
- Niat t.أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
- Ussoli sunnatan taubati rok ‘ataini liLLaHi Ta’ala”
- Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala”
- Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.
- Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x (Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je).
- Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x
- Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam,selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s. “La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin
- ”Bacalah 10x atau 20x atau 30x.Ikut suka.
- Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi, kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.
- Sujudlah lama-lama.
- Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.Lepas bagi salam,
- Istighfar lagi. Boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit
- .AstaghfiruLLaHhal’adziim / AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.
- Baca seberapa banyak yg kita nak. Baca sampai hati kita terasa lemah. Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a. Bila berdo’a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.
Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita. Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dlm bahasa melayu. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.Menangislah. Merayulah. Mohon ALLAH ampunkan dosa tu.
Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLAH.Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita. Kejap lagi kita mati.Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLAH? Istigfar dan baca doa.
Dalam bahasa melayu pun tidak mengapa.
selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan ..Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar. Selepas itu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.
BACA : Sunat isthikarah
Doa Sunat Taubat
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.
Imam al-Ghazali ada cakap.Tanda hati kita sudah mulai hitam.
1 – Bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
2 – Hilang kemanisan beribadah.
3 – Hati tak makan nasihat.