Bulan Zulhijjah ini, ramai yang faham akan perkaitannya dengan bulan haji. Ini kerana, pada 9 Zulhijjah, muslimin yang menunaikan ibadah haji akan melaksanakan wukuf di Arafah.
Sementara yang tidak melaksanakan ibadah Haji akan melakukan puasa sunat Arafah. Manakala 10 Zulhijjah adalah Hari Raya Aidil Adha.
Memandangkan sekarang ini dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghalang kita dari pulang ke kampung halaman. Bagus kiranya dapat memanfaatkan masa duduk rumah ini dengan amalan yang bermanfaat dengan anak-anak dan keluarga.
Jom semak caranya.
1. Solat Malam Di Bulan Zulhijjah
Jika sebelum ini keberatan atau tak berkesempatan untuk melaksanakannya. Bila duduk rumah ini peluang untuk buat solat malam lebih tersedia.
Bolehlah tidur sebentar di siang hari, untuk dapatkan tenaga dan kekuatan pada sebelah malamnya. Lebih bagus jika dapat ajak anak-anak ikut sekali. Ibaratnya mak ayah itu kan cerminan anak-anak.
Pendedahan sejak kecil menjadikan anak-anak terbiasa dan ringan untuk lakukan solat malam seperti bertahajud di malam hari.
surihack.com
2. Baik Memasak Pun Boleh Berzikir
Jangan sempitkan perbuatan zikir cuma di atas tikar sejadah. Dekat telefon kita kan ada YouTube dan carilah alunan zikir yang sesuai dikumandangkan.
Sambil memasak tu, boleh dengar dan ikut sekali bacaannya. Semakin banyak membaca zikir, insyaAllah semakin tenang jiwa kita. Masakan pun lebih enak dinikmati keluarga.
Dan dah alang-alang berzikir, gandakan sekali dengan perbanyakkan istighfar. Lagi-lagi di 10 hari awal Zulhijjah yang banyak kelebihannya.
3. Bersedekah
Amalan bersedekah ini sangatlah bagus untuk mendidik jiwa sebenarnya. Sebaik-baik sedekah adalah bila tangan kiri kita tu tak tahu banyak mana tangan kanan kita memberi.
Haa.. biarlah sedekah itu dilakukan seikhlasnya kerana Allah. Tapi, bab ikhlas ini sukar untuk dinilai kerana cuma pemberi dan Allah jualah yang menentukannya.
Jangan pula rasa takut untuk bersedekah ya. Sebab nisbah 1 sedekah yang kita keluarkan, Allah balas 10 ganjaran untuk amalan ini.
Biar pun cuma RM1, bersedekah di pagi hari Subuh. Ianya tetap amalan bersedekah yang bagus untuk diteruskan dengan konsisten. Simpanlah dulu dalam tabung, bila dah sebulan bolehlah diserahkan pada mereka yang memerlukan.

4. Cari Ilmu Yang Bermanfaat
Kelas yang bermanfaat ini sekarang boleh didapati secara dalam talian saja. Misalnya, kelas mengaji Al-Quran. Boleh dipelajari secara online. Daftar saja dengan ustaz selaku admin kelas online.
Mudah sangat dah caranya. Kalau di siang hari sibuk dengan urusan rumah tangga. Mintalah izin suami untuk ‘me-time’ dengan ikuti kelas mengaji Al-Quran.
Ini pun cara yang baik untuk gandakan pahala dan peroleh ketenangan jiwa.
Baca juga : surah al kahfi 1-10
5. Berkorban
Jangan kata cuma jadi surirumah, jadi susah hendak lakukan ibadah korban. InsyaAllah jika pandai membuat tabungan dan simpanan malah disertakan dengan niat yang bersunguh-sungguh, boleh saja melakukannya.
Jadi, diantara hari 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah boleh melakukan ibadah ibadah wajib ini bagi yang berkemampuan.
Buat suri yang berniat untuk berkorban, dari awal Zulhijjah sudah disunahkan tidak memotong kuku, rambur dan bulu-bulu yang ada di badan sehingga binatang korbannya disembelih.