5 Lauk Nostalgia Mudah Masak Musim PKP

Resepi lauk nostalgia ini amat berkait rapat dengan hidangan yang dinikmati ketika usia anda masih kecil. Semakin berusia, apabila dapat menikmati hidangan nostalgia maka ingatan lalu menjelma kembali.

Terkenangkan air tangan emak yang menyuap makanan mudah ketika diri anda masih kecil. Boleh bayangkan betapa syahdunya.

Lagi-lagi musim PKP ini, tak boleh rentas negeri. Tak boleh rentas daerah. Allahu.. teringat mak ayah yang jauh dari kita. Semoga dengan idea lauk nostalgia ini dapatlah mengurangkan rasa rindu pada mereka.

Tentunya, bukan sejenis makanan yang berat-berat. Paling mudah nak disediakan. Hidangkan depan anak-anak, tentu masing-masing makan bertambah.

Nak lagi afdal, mak suapkan lah anak-anak dengan lauk mudah masak ini. Biar air tangan emak tu nanti anak-anak akan kenang sampai bila-bila.

Lauk Nostalgia Mudah Disediakan, Sedap Membuka Selera

Nasi, Ikan Goreng Dan Kicap

Cara penyediaan ikan goreng :

  • Ikan – tak kira jenisnya. Ikan sardin lebih sedap.
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng garing. Siap.

Tip : Makan dengan nasi panas-panas, siramlah kicap atas ikan dan nasi ikut jumlah yang anda mahukan.

Nasi Dan Telur Kicap Perahan Lemon

Cara penyediaan telur kicap :

  • Telur – jumlah ikut bilangan ahli keluarga
  • Cili padi – dihiris
  • Bawang merah – dihiris
  • Lemon
  1. Pecahkan telur dan goreng mata kerbau.
  2. Goreng bawang dan cili yang telah dihiris.
  3. Satukan di atas pinggan, siram kicap dan perahkan sedikit lemon di atasnya.

Tip : Makan dengan nasi panas-panas, sedapnya tak pandang kiri kanan dah.

lauk nostalgia
Kredit foto : Facebook Siti Khadijah Zaikhad

Nasi, Butter, Dan Kicap

Cara penyediaan :

  • Nasi panas-panas, sedikit butter atau marjerin, kicap.
  • Hidangan nasi yang sangat simple, tapi dia punya menggamit memori sukar digambarkan dengan kata-kata.
lauk nostalgia

Sotong Tin T-Rex

Cara penyediaan lauk sotong tin :

  • Setin sotong T-Rex
  • 3 biji Bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • Cili hijau – hiris
  1. Tumis bawang merah, putih dan cili sampai naik bau.
  2. Masukkan sotong dalam tin.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa (optional)

Tip : Makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya! Taburkan daun sup jika suka. Dulu sotong ini murah saja, sekarang dah cecah harga kayangan. Boleh makan sekali sekali bila rasa teringin itu datang.

lauk nostalgia
Foto kredit : Keluarga

Lauk Nostalgia Ikan Rebus Cili Picit

Cara penyediaan ikan rebus cili picit mudah masak :

  • Ikan – potong dan bersihkan.
  • Asam keping
  • Cili padi
  1. Rebus ikan dan ambil isinya.
  2. Masukkan dalam mangkuk, tambah asam jawa, cili padi dan sedikit air.
  3. Perasakan dengan garam dan picit cili dengan tangan.

Tip : Sedap betul makan dengan nasi putih dan ulam-ulam kampung.

Selamat mencuba!

Sebelum itu kak Suri nak bagi amaran siap-siap. Kalau tetiba makan nasi bertambah dari kebiasaan jangan pulak salahkan kak Suri okay!

Kak Suri Pesan Jer

Segala kenikmatan itu tanggung sendiri. Wink!

Jika anda mahu berkongsi lauk pauk kenangan masa zaman kanak-kanak, atau yang dapat mengimbas nostalgia dengan mak ayah. Bolehlah kongsikan dengan Surihack di ruangan komen ya.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!