Ikan Cencaru Sumbat Sambal Belacan, Rebus Dulu Bahan Intinya

Ikan cencaru sumbat sambal belacan adalah antara resipi yang paling ‘famous’ untuk masak menggunakan ikan cencaru.

Ada orang panggil ikan cencaru sebagai ikan ‘jaket’ terutama bagi yang pernah duduk di hostel sama ada sekolah atau universiti. Tak tahu lah kenapa. Mungkin kerana kulitnya yang keras dan tebal disamakan dengan jaket kot…

Ikan cencaru sumbat sambal belacan memang sangat sedap! Tapi bagi yang tak suka belacan atau elergi, boleh skip saja belacan. Tak ada masalah. Tetap sedap rasanya.

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Belacan, Goreng Atau Bakar?

Ikutkan dua-dua pun sedap. Tapi Suri lebih suka kalau ikan itu digoreng. Lagi cepat dan mudah. Manakala inti atau sambalnya pula Suri lebih suka rebus (kecuali belacan dibakar) sebelum ditumbuk.

Ada juga yang tumbuk dan goreng dahulu bahan sambalnya. Sekali lagi, terpulang pada korang lah ye.

Kenapa bahan-bahan  untuk inti atau sambalnya perlu dimasak dahulu? Ini kerana, kalau cili yang disumbat ke dalam ikan tidak cukup masak bila digoreng atau dibakar, bimbang nanti sakit perut pula kalau makan sambal yang tidak dimasak secukupnya.

Baca ini juga: https://wawaazwa.com/2021/09/02/ikan-jenahak-masak-taucu-sedap-dan-mudah-je-membuatnya/

Selain itu,  sambal yang dimasak berasingan terlebih dahulu akan rasa lebih sedap dan wangi baunya. Cubalah!

Bahan-Bahan:

3-4 ekor ikan cencaru – belah belakang, bersihkan

1 lebar daun kunyit – hiris halus

Minyak untuk menggoreng

Air untuk merebus

Bahan Tumbuk:

2 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

4-5 batang cili merah besar

10-20 biji cili padi hijau dan merah – ikut kepedasan yang dikehendaki

1 inci belacan – bakar

3-5 biji limau kasturi – ambil airnya

Garam dan Gula secukupnya

Cara Memasak Ikan Cencaru Sumbat Sambal Belacan:

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Belacan, Rebus Dulu Bahan Intinya

Sediakan air di dalam periuk dan rebus dahulu bahan-bahan untuk inti/sambalnya iaitu bawang putih, bawang merah, cili besar dan cili padi. Angkat dan toskan. Belacan dibakar seketika.

Tumbuk semua bahan yang telah direbus tadi bersama belacan hingga lumat. Tapi kalau suka agak kasar, tak perlu tumbuk hingga terlalu hancur. Terpulang. Perah air limau kasturi dan perasakan dengan garam gula secukup rasa.

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Belacan, Rebus Dulu Bahan Intinya

Setelah sambal siap, gaul bersama daun kunyit yang telah dihiris. Bolehlah mula menyumbat belakang ikan cencaru dengan sambal tadi.

Panaskan minyak dan goreng ikan yang telah disumbat sambal belacan. Setelah masak sepenuhnya, angkat dan toskan.

Tadaaa…Dah siap. Sedia dinikmati dengan nasi putih panas-panas. Sedap weh!

Cuba juga resipi ini: https://surihack.com/sup-tepung-viral-memang-sedap-menyegarkan/

Leave a Comment!

error: Content is protected !!