Cara masak pulut Noxxa yang mudah. Pulut ini sinonim dengan budaya melayu dari dulu terutamanya dalam meraikan sesuatu. Tamat Khatam Quran, berjaya mendapat kejayaan peperiksaan atau bila-bila masa untuk meraikan tetamu,
Dahulu kala katanya pulut kuning ni adalah jamuan diraja, kerana sininonim dengan warna kuning keemasan. Malah orang-oran kayangan juga memperaktikan budaya mengulur juadah ini kepada rakan tetangga. Beras Pulut mungkin sesuatu yang berharga dan agak susah untuk mendapatkannya, jadi amat susah untuk rakyat marhaen mendapatkanya.
Masih ingat lagi sewaktu kecil jika nak pulut kuning cantik, mesti ada alat kukusan dari cap buaya yang bertingkat tingat tu.
BACA : Koleksi periuk Noxxa terbaik

Tapi zaman berubah, dengan dunia teknologi sekarang ada periuk NOXXA apa pun boleh jadi. Dari teknik slow cooker, high pressure dan juga teknik steam. Semua masakan confirm akan ‘menjadi’.
Alang alang dah ada periuk noxxa tu apa kata cuba pula dengan membuat pulut kuning. Tidak perlu tunggu hari keraian, hari hari pun boleh kita makan pulut kuning. Yang penting kena tahu cara masak pulut Noxxa ini dengan betul.
Jom Kita cuba !
Bahan Masakan untuk pulut kuning.
1. Basuh pulut 1kg pulut.
2. Masukkan 1 asam keping dan sedikit pewarna/kunyit.rendam 10minit dalam air. Toskan.
Cara masak pulut Noxxa
1. Masukkan pulut di dalam periuk Noxxa. Masukkan air sama paras dengan pulut.
2. Tekan butang HP (High Pressure) 4 minit. Tutup tudung periuk. Tekan butang START.
3. Bila siap. Angkat tombol dan lepaskan wap. Buka tudung periuk.
4. Masukkan 1 kotak santan pekat/ 1 cawan santan pekat yang telah dibancuh dengan 5 sudu besar gula dan 1 sudu besar garam.Kacau / harung rata pulut rata..
5. Bila siap harung,tekan Mode STEAM 3 minit. Periuk akan berbunyi bip..bip..bip. abaikan.Bila habis 3 minit, terus keluarkan wap dengan mengangkat tombol atas tutup periuk. Gaul rata sekali lagi.
6. Cepat-cepat alihkan ke bekas/acuan atau mangkuk yang cantik semasa pulut masih panas dan lembik.
7. Tekan pulut padat-padat.
8. Balikkan ke dalam pinggan.
haaa.. kan senang!
Dah siap PULUT KUNING NOXXA Lawan dengan lauk rendang, gulai ayam / gulai ikan aya pun sedap. Silakan share resepi ni supaya ramai yang boleh mendapat manfaat dan pahala pun berpanjangan kepada tuan punya badan.
Ish terus rasa nak cari pulut esok… tapi kalau malas, heheh bukak market place or IG pun banyak sahaja yang jual.
Eh korang suka masak lemak cendawan kukur? Kalau nak cuba boleh try resepi ini
Rujukan
- . Shuhirdy Mat Noor, Nurul Aisyah Zakaria, Nik Mohd Shahril, Hamizad Abd Hadi & Mohd Salehuddin Mohd Zahari. 2013. Pulut Kuning in Malay Society: The Beliefs and Practices Then and Now. Asian Social Science; Vol. 9, No. 7. Canadian Center of Science and Education.