Cara buat kuih bom atau ada juga yang panggil namanya onde-onde atau kuih bijan ini sebenarnya tak sesuah mana. Kuih tradisional ni memang ada dijual di mana-mana gerai atau restoran untuk menu sarapan pagi.
Walaupun mudah dibeli tapi sayang juga kalau makin lama makin ramai tak tau membuatnya. Jadi, apa kata kita simpan resepi kuih bom ni dan kena ajar anak cucu makan dan buat sendiri. Takdelah resepi kuih tradisional kita nanti makin hilang ditelan zaman.
Bila buat sendiri bolehlah kita letak inti banyak mana kita suka atau sama ada nak pilih inti kelapa atau kacang. Kalau nak cuba buat sendiri boleh try resepi dikongsi dari Roslina Shaari Ina Kie
Katanya resepi ini hanya guna sukatan cawan sahaja dan tak perlu penimbang. Selain dari itu waktu menggoreng, ia tak meletop-letop. Jadi senanglah nak cuba.
Bahan-bahan
- 3 cawan tepung pulut
- ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung beras
- 2 sudu makan gula
- 2 biji kentang (rebus dan lenyek)
- Bijan secukupnya
- Garam dan air suam secukupnya
- Inti yang siap dibulatkan (inti kelapa, kacang merah atau kacang hijau)
BACA: Resepi bubur lambuk utara mudah
Cara buat kuih bom
- Larutkan gula dalam air suam.
- Campur semua bahan dan tuang sedikit demi sedikit air suam.
- Uli sampai sebati. Pastikan adunan jangan lembut nanti susah nak dibentuk.
- Ambil adunan lebih kurang sebesar bola golf, leperkan dan letak inti. Bulatkan semula dan golek dalam pinggan berisi bijan. Biar semua bahagian melekat bijan.
- Letak ke tapak tangan dan golekkan supaya bijan melekat dengan elok. Buat sehingga habis adunan
- Bila dah siap boleh terus goreng tanpa perlu perap.
- Goreng guna api sederhana. InsyaAllah tak meletup.
Lepas dah tahu cara membuatnya bolehlah suri-suri cuba sendiri. Orang kata bila buat sendiri barulah puas hati. Anak-anak dan suami pun mesti seronok dapat rasa air tangan kita sebagai hidangan sarapan atau minum petang.
Selain itu elok juga kita ajar anak-anak kenali kuih muih tradisional peninggalan nenek moyang. Takdelah mereka asyik nak makan menu Korea atau barat sahaja kan. Ok selamat mencuba!