Resepi Bubur Lambuk Utara Mudah

Resepi bubur lambuk utara antara menu yang menjadi kegemaran ramai terutama bila bulan Ramadan.

Kalau dulu tiap kali bulan Ramadan, kebanyakan masjid ada menyediakan juadah bubur lambuk yang akan disedekahkan kepada orang ramai.

Tapi sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, 2 tahun sambutan bulan Ramadan sunyi tanpa aktiviti bersedekah bubur lambuk. Rindunya nak makan bubur lambuk waktu buka puasa kan.

Jadi mak-mak dah boleh standby cari resepi bubur lambuk yang mudah nak dimasak sendiri. Selain untuk juadah berbuka puasa sekeluarga boleh juga kita bersedekah kepada jiran-jiran.

Baca: Resepi agar-agar gula melaka

Bahan-bahan bubur lambuk utara

resepi bubur lambuk utara

Rupanya tak susah pun nak masak sendiri resepi bubur lambuk utara ni macam resepi dikongsi Mar Maria. Yang penting rajin dan tak give up nak cuba.

  • 2 pot beras
  • 3 atau 4 cawan air (agak-agak je)
  • daging potong kecil (rebus dulu)
  • udang kecil
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 cm halia dihiris
  • carot dipotong kiub
  • lobak masin dicincang (agak-agak je)
  • 2 sudu kecil halba
  • santan pekat rm2
  • lada hitam ditumbuk kasar
  • garam & cukup rasa
  • 3 ulas bawang merah & daun kari (digoreng)
  • daun bwg sebagai hiasan

Cara-cara buat bubur lambuk

  • Basuh beras & rendam sekejap.
  • Rebus beras dengan air, bawang putih, halia & halba sampai nasi kembang.
  • Masukan lobak masin, lada hitam & carrot. Masak sampai nasi jadi bubur (kalau pekat tambah air).
  • Kemudian, masuk santan pekat (campur air sikit) dalam bubur & masukkan daging serta udang, kacau sampai mendidih.
  • Perasakan dengan garam & cukup rasa. Tutup api.
  • Masukan bawang kecil & daun kari yang digoreng tadi. Tabur daun bwg, siap.

Air tangan ibu kegemaran keluarga

Masa bulan puasa memang ramai ibu-ibu nak cuba pelbagai resepi. Selain daripada semangat nak suami dan anak-anak makan masakan air tangan kita, bulan Ramadan juga masa untuk kita kumpul pahala berlipat kali ganda.

Dalam bulan Ramadan, kita amat-amat dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan soleh. Antara amalan soleh yang sangat digalakkan adalah memberi makan kepada golongan yang berbuka puasa. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya : Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun. Riwayat Al-Tirmizi (807)

Leave a Comment!

error: Content is protected !!