Ketuat Boleh Cacatkan Penampilan. 10 Cara Mudah Cegah Dijangkiti Virus HPV Ini

Ketuat adalah ketumbuhan kecil pada kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis virus yang dinamakan sebagai Human Papiloma Virus (HPV). 

Kalau nak tahu terdapat lebih dari 100 jenis HPV dengan pelbagai jenis gejala. Setakat ini, sebanyak 100 jenis HPV telah dikenalpasti dan ia boleh menyebabkan ketuat pada mana-mana bahagian badan. 

Manakala kawasan yang sering dijangkiti adalah pada tangan, jari dan kaki. Jika mengalaminya di bahagian kaki menyebabkan seseorang rasa tak selesa apabila berjalan. Macam kalau kita ada alami jeragat di wajah. Rasa macam nak Laser Jeragat untuk hilangkannya sebab rasa macam ada kecacatan di muka.

Baca Juga: https://surihack.com/kayap-warga-emas/

Jenis-Jenis Ketuat

  1. Yang biasa – kecil, keras, kasar ianya biasa terjadi pada jari-jari.
  2. Jenis plantar – terjadi di bawah tapak kaki yang selalu berkaki ayam
  3. Bentuk flat – terjadi pada muka dan tangan.

Tanda-Tanda Ketuat Jari Kaki

Boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri berikut:

  • Pertumbuhan Kecil: Ketuat jari kaki biasanya berbentuk bulat atau tidak teratur, dan mereka boleh menjadi lebih besar dari ketuat biasa.
  • Permukaan Kasar: Permukaan ketuat akan terasa kasar, kadang-kadang seperti mengandungi benjolan kecil.
  • Rasa Tidak Selesa: Ketuat yang terletak pada bahagian jari kaki yang sering terkena tekanan, seperti di bawah kuku, boleh menyebabkan rasa tidak selesa atau sakit.
ketuat

Ini Juga Antara Penyebabnya

Ketuat boleh berjangkit dari satu individu kepada individu yang lain. Garu atau mengorek juga boleh menyebabkan jangkitan merebak. Kulit yang lembab akibat direndam, terluka atau calar lebih mudah dijangkiti ketuat. Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebooknya.

Risiko Mendapat Masalah Ini

Sesiapa sahaja boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti oleh virus ini. Hal ini disebabkan oleh sifat HPV yang mudah untuk merebak dan oleh sebab itu, ketuat berjangkit dengan cepat. 

1. Sentuh Ketumbuhan Yang Sama

Anda boleh dijangkiti ketuat hanya dengan menyentuh ketumbuhan yang sama berada pada badan anda sendiri atau badan orang lain. 

2. Berkongsi Tuala Penghidap Benjolan Ini

Selain itu, berkongsi tuala atau pisau cukur dengan seseorang yang sudah dijangkiti juga akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat virus ini. 

3. Risiko Lebih Besar Jika Terdapat Luka

Kebarangkalian tersebut juga semakin bertambah sekiranya anda mempunyai luka pada tempat sentuhan di mana ia memudahkan virus HPV untuk menyelinap masuk ke bahagian bawah kulit. 

4. Akibat Sikap Korek

Oleh sebab itu, amalan korek ketuat adalah dilarang kerana ia boleh merebak dengan mudah pada tangan atau muka anda. Kulit yang lembab akibat direndam, terluka atau calar lebih mudah dijangkiti ketuat. Bagi yang gemar sikap begini, elakkan untuk atasi masalah ini akan bercambah tempat lain.

Baca Juga: https://sitizurinamatsaman.com/berak-berdarah-5-punca-dan-rawatan-berkesan/

Rawatan Atasinya

Terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat masalah ini. Namun sebearnya majoriti daripada benjolan ini boleh hilang dengan sendirinya. 

Kalau korang dapati benjolan tidak terlampau besar dan memudharatkan biar saja baik dengan sendirinya.

Tapi jika benjolan semakin besar atau boleh mengganggu penampilan, terdapat beberapa rawatan yang dicadangkan untuk atasi masalah ini.

1. Ubat Sapu

Ubat sapu yang selalunya dipakai adalah ‘Salicylic acid’ yang bertindak untuk membunuh sel-sel epithelium dibahagian kulit yang mempunyai masalah tersebut. Ia perlu digunakan secara berterusan dalam 12 minggu

2. Cryotherapy

Dalam rawatan ini, cecair nitrogen yang sejuk digunakan untuk membunuh kawasan kulit yang mempunyai masalah tersebut. Cecair tersebut diletakkan selama beberapa saat dan kemudian dibuang. Kawasan kulit tersebut akan melepuh dan benjolan itu akan hilang. Ia mengambil masa beberapa hari untuk luka dikawasan tersebut benar-benar baik. Cara rawatan seperti ini mungkin akan mendatangkan parut dikawasan kulit.

3. Rawatan Laser

Rawatan laser menggunakan cahaya berfokus untuk merosakkan tisu ketuat. Ia adalah kaedah yang sesuai untuk ketuat yang berada di kawasan yang sensitif seperti muka.

ketuat

Langkah Pencegahan

  1. Jaga kebersihan diri yang baik
  2. Tidak berkongsi sarung tangan atau kasut dengan orang lain
  3. Basuh dan keringkan tangan dengan kadar yang kerap
  4. Jangan gigit kuku jari. Ketuat mudah berlaku pada kulit yang cedera.
  5. Jangan cabut ketuat sendiri. Mencabut ketuat boleh membuat virus merebak.
  6. Penjagaan kulit. Jangan berus, potong atau cukur di kawasan ketuat. Jika perlu, gunakan pencukur elektrik.
  7. Jangan kongsi barangan peribadi. Virus boleh merebak dari barangan peribadi individu yang mempunyai ketuat.
  8. Elakkan sentuhan langsung dengan ketuat. Ini termasuk ketuat korang sendiri.
  9. Pastikan kaki korang bersih dan kering. Tukar kasut dan stokin setiap hari.
  10. Pakai kasut atau selipar di kawasan yang terdedah kepada virus penyebab ketuat seperti kolam mandi atau bilik mandi di gym.

FAQs

Q: Adakah boleh hilang dengan sendirinya?

A: Ya, beberapa ketuat mungkin hilang dengan sendirinya dalam beberapa bulan atau tahun.

Q: Bolehkah saya mencuba kaedah rumah secara bersamaan?

A: Sebaiknya, fokus pada satu kaedah pada satu masa untuk menilai keberkesanannya.

Q: Adakah rawatan profesional menyakitkan?

A: Rawatan seperti krioterapi atau elektrokirurgi mungkin menyebabkan sedikit ketidakselesaan, tetapi doktor akan menjaga keselesaan anda.

Q: Berapa lama sehingga saya melihat hasil daripada rawatan?

A: Keputusan mungkin berbeza-beza bergantung kepada jenis dan kaedah rawatan yang digunakan.

Q: Bolehkah saya melakukan rawatan di rumah jika saya mempunyai ketuat genital?

A: Tidak, rawatan ketuat genital harus dilakukan oleh profesional perubatan.

Q: Adakah vaksin HPV membantu menghindari ketuat?

A: Ya, vaksin HPV membantu melindungi daripada beberapa jenis virus HPV yang boleh menyebabkan ketuat.

Q: Bolehkah saya mencuba menghilangkan dengan mencabutnya?

A: Tidak disarankan untuk mencabut ketuat sendiri, kerana ini boleh menyebabkan jangkitan atau luka.

Q: Berapa lama biasanya mengambil masa untuk menghilangkan ketuat jari kaki?

A: Keputusan mungkin berbeza-beza bergantung kepada kaedah rawatan yang digunakan dan keadaan individu.

ketuat

Kesimpulan

Menghilangkan ketuat memerlukan pendekatan yang tepat. Korang boleh mencuba kaedah rawatan di rumah atau mencari bantuan pakar kesihatan untuk rawatan yang lebih profesional. Penting untuk menjaga kebersihan kulit dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan semula. Sekiranya ketuat menyebabkan masalah kosmetik atau tidak selesa, tidak ada salahnya untuk mencari nasihat perubatan untuk memilih kaedah yang terbaik.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!