7 Cegah Perut Kembung Angin Ketika Berpuasa

Perut kembung angin ketika berpuasa | Selain masalah gastrik, perut kempung pun boleh terjadi ketika suri sedang melakukan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.

Ini kerana semasa berpuasa, tubuh seseorang akan melalui perubahan disebabkan diet pemakanan, pola tidur malah aktiviti harian yang jadi berbeza dengan ketara.

Pengambilan makanan yang bergas tinggi dan berlebihan semasa bersahur mahupun berbuka puasa. Kembung perut ini adalah reaksi angin dalam perut.

Kenapa Perut Kembung Terjadi

Boleh terjadi bila mana badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan bersama air liur.

Janganlah begitu susah hati jika angin dari kesan lebihan gas dalam usus ini ada. Lagi-lagi jika tak diikuti dengan gejala lain.

Sebab kebanyakan kes kembung perut tak merbahaya. Ianya boleh jadi disebabkan ketidak hadaman makanan.

Sebagaimana yang dikongsikan myhealth.gov ini antara cara pencegahan yang boleh suri ambil sekiranya berdepan masalah perut kembung angin ini.

Cara Pencegahan Perut Kembung Angin

Ubah Gaya Pemakanan

Elakkan mengambil makanan yang mengandungi gas yang tinggi semasa bersahur atau berbuka. Misalnya, kekacang, kubis, bawang, brokolo, asparagus, buah pir, epal, roti gandum, minuman berkarbonat, susu, aiskrim, air soda mahupun kopi.

Kerana makanan sebegini akan membuatkan gas berlebihan dalam perut di siang hari.

Kurangkan Makanan Bergoreng Dan Berlemak

Kembung ini terhasil daripada makanan yang berlemak. Lemak pula melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan perut berasa penuh.

Kurangkan Makanan Tinggi Serat

Buat sementara ini, cubalah kurangkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau suri sedang ambil suplemen serat, cubalah kurangkan ya.

Jika ambil sekalipun pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 auns atau lebih ketika bersahur.

Elakkan Ambil Produk Tenusu

Sebolehnya kurangkan ambil produk tenusu. Jika mahu ambil juga, carilah yang rendah laktosa macam yogurt tu. Tapi tidak susu ya.

Jika mahu sekalipun, ambillah dengan jumlah yang sedikit dengan gandingan makanan lainnya.

Baca : Resepi bubur lambuk utara mudah

Secawan Teh Pudina Yang Melegakan Perut Kembung

Minyak pudina ini ada menthol yang mengandungi antispasmodic. Cubalah minum secawan teh pudina untuk membantu memberi penyembuhan dan kesakitan yang berpunca daripada gas.

Tetapi tetap perlu diambil bersederhana, jangan berlebihan pula ya.

Makan Sedikit Tapi Kerap

Jika berpuasa, anda boleh lakukan dari waktu berbuka. Janganlah makan sekali banyak. Ambil sedikit tapi mencukupi untuk mengembalikan tenaga yang hilang.

Kemudian, makan lagi pada jam 10 malam. Selepas solat terawih. Makanlah perlahan-lahan jangan tergesa-gesa.

Tak mengapa makan sedikit, tetapi kerap.

Bertenanglah Elakkan Stress

Kawal stress sepanjang berpuasa ini ya. Sebaiknya, elakkan makan semasa perasaan cemas atau bimbang mahupun kecewa sedang menguasai diri.

Makanlah dalam keadaan tenang dan jauh dari tekanan. Kerana tekanan ini pun boleh menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.

Semoga info ini bermanfaat ya.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!