COSRX AHA/BHA Toner Untuk Kulit Berminyak & Berjerawat

COSRX AHA/BHA Toner | Memiliki kulit muka bersih, glowing tanpa sebarang masalah menjadi impian setiap wanita.

Bila usia dah meningkat banyak masalah berlaku pada kulit wajah kita. Antaranya sebab sesetengah hormon dalam badan semakin menurun.

Setiap jenis kulit muka mempunyai masalah tersendiri. Jika kulit berminyak terkenal dengan masalah berjerawat, kulit muka kering pula popular dengan masalah kulit kusam dan berjeragat.

Salah satu cara untuk mendapatkan kulit bersih dan cerah iaitu dengan melakukan rutin penggelupasan atau exfoliate kulit muka secara konsisten.

Kenapa Perlu Exfoliate Kulit Muka

Exfoliate kulit muka bertujuan untuk menanggalkan sel-sel kulit mata pada kulit. Dengan melakukan rutin exfoliate, kulit muka kita akan lebih cepat melakukan proses penjanaan semula atau regeneration.

Apabila sel-sel kulit mati tidak dibersihkan secara rutin, ia akan menyebabkan liang pori kulit tersumbat. Seterusnya berlaku masalah blackheads dan jerawat pada kulit.

Salah satu cara solusinya iaitu melakukan rutin exfoliate menggunakan toner asid. Toner asid adalah ekstrak exfoliate yang mengandungi bahan-bahan bersifat asid seperti alpha hydroxy acid (AHA), beta hydroxy acid (BHA), lactic acid, citric acid dan lain-lain.

Salah satu produk toner yang mengandungi asid adalah COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner.

Berikut antara fungsi AHA/BHA kepada kulit muka:

  • AHA/BHA sebenarnya bertindak sebagai exfoliater toner atau toner pengelupas
  • AHA berfungsi membuang sel kulit mati, memperbaiki kolagen dan menjaga kelembapan kulit.
  • AHA untuk mencegah kulit kusam dan sebagai anti aging
  • BHA berfungsi menghilangkan jerawat, blackheads/bintik hitam dan kulit berminyak
  • AHA diserankan untuk kulit jenis kering – normal
  • BHA disarankan untuk kulit berminyak – normal

Kandungan COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner

COSRX AHA/BHA Toner adalah exfoliating toner yang bersifat mild atau lembut di kulit muka.

Ia mengandungi Glycolic Acid dan Betaine Salicylate berjumlah 0.1% setiap satunya. Ia selamat digunakan setiap hari untuk semua jenis kulit.

Berikut adalah kandungan lengkap 1 botol COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner:

  • Water
  • Salix Alba (Willow) Bark Water
  • Pyrus Malus (Apple) Fruit Water
  • Butylene Glycol
  • 1,2-Hexanediol
  • Sodium Lactate
  • Glycolic Acid
  • Betaine Salicylate
  • Allantoin
  • Panthenol
  • Ethyl Hexanediol

Kelebihan COSRX AHA/BHA Toner

  • Mengurangkan Blackheads

Masalah bintik hitam atau blackheads berlaku kerana ada kotoran atau sebum yang tersumbat dalam liang pori kulit.

Untuk membersihkan liang pori ia memerlukan kandungan asid salicylate atau BHA yang dapat menembusi lapisan kulit paling dalam.

Toner COSRX ini mempunyai kandungan Betaine Salicylate (BHA) yang dapat berfungsi menembusi lapisan kulit kita yang paling dalam dan asid tersebut mampu membersihkan liang pori secara menyeluruh.

Oleh itu segala kotoran dan sebum tidak lagi terperangkap dalam liang pori dan mengelakkan kemunculan bintik hitam.

  • Mengurangkan Jerawat

BHA juga berfungsi sebagai anti inflamasi dan anti bakteria punca jerawat. Produk ini sesuai untuk Suri yang hendak mengatasi masalah jerawat secara lembut.

Menanggalkan Sel Kulit Mati

Kombinasi AHA dan BHA dalam toner COSRX membantu menanggalkan sel kulit mati secara menyeluruh dengan lembut.

Kandungan BHA akan merangsang penanggalan kulit mati pada lapisan kulit dalam, sementara AHA pula membantu menanggalkan sel kulit mati di lapisan luar. Hasilnya kulit menjadi lebih cerah.

  • Menghaluskan Tekstur Muka

Kandungan Glycolic Acid (AHA) dan Pyrus Malus (Apple) Fruit Water dalam COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner membantu menanggalkan sel-sel kulit mati, kotoran dan minyak yang berada di lapisan kulit luar.

Proses penggelupasan ini membuatkan tekstur muka menjadi lebih halus.

Cara Penggunaan COSRX AHA/BHA Toner

Sebelum menggunakan COSRX AHA/BHA toner, pastikan bersihkan dulu tangan supaya tiada sebarang bakteria atau kekotaran.

Kadangkala kalau salah langkah penggunaan produk penjagaan muka, kita tak dapat manfaatnya. Untuk lebih jelasnya, berikut adalah cara penggunaan COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner yang betul.

COSRX AHA/BHA Toner
Foto: Beauty Journal.id
  • Bersihkan terlebih dahulu solekan di muka. Sebaiknya buat double cleansing iaitu menggunakan micellar water dahulu.
  • Cuci muka menggunakan pembersih muka. Kemudian keringkan muka menggunakan tuala muka.
  • Semburkan COSRX AHA/BHA Toner pada muka atau boleh juga sembur pada cotton pad dulu kemudian baru sapu pada muka.
  • Kemudian baru guna serum, moisturizer dan akhir sekali sunscreen.

Harga COSRX AHA/BHA Toner

COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner ini didatangkan dalam botol transparent plastik berukuran 150 ml dengan harga RM30 di Shopee.

Baca ; Bio Essence Rose Gold Water

Leave a Comment!

error: Content is protected !!