Stres Membuat Kulit Kusam & Gelap, Ini 4 Punca Kena Ambil Tahu

Stres Membuat Kulit Kusam | Setiap wanita mendambakan kulit yang halus, gebu dan cantik. Namun, tidak semua dilahirkan dengan kulit wajah yang bersih dan putih gebu.

Beruntung mereka dianugerahkan kulit cerah kerana ramai wanita yang berusaha untuk memiliki kulit yang sedemikian.

Walau bagaimanapun setiap wanita berhak mendapat kulit yang cerah kulit wajah secara semula jadi.

Ramai wanita teruja memutihkan kulit tanpa menghiraukan kesan sampingan yang bakal berlaku. Sebenarnya boleh menggunakan produk pencerahan kulit tetapi perlu diteliti terlebih dahulu isi kandungannya agar tidak menggunakan bahan terlarang.

Siapa sangka stres membuat kulit kusam dan gelap. Kulit gelap dan kusam juga boleh disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang seimbang, terdedah kepada pancaran matahari atau kerana kurangnya hidrasi serta kelembaban kulit.

Punca kulit yang kusam adalah kerana sel kulit yang mati terkumpul di permukaan kulit. Pengumpulan sel kulit yang mati ini telah menghalang sel kulit yang baru tumbuh. Ditambah pula dengan stres membuat kulit kusam, memang menjadi.

Stres membuat kulit kusam dan gelap, jadi wanita perlu elak stres untuk kekal cantik.
Foto: Photo by PNW Production from www.pexels.com

Baca juga; Tip Rawat Kulit Kering

Stres Membuat Kulit Kusam

Stres Membuat Kulit Kusam | Ketika mengalami stres kulit akan terlihat lebih gelap dan kusam. Ini kerana fikiran yang terbeban dengan masalah akan mencetus stres. Ketika itu tubuh akan melepaskan melanocyte-stimulating hormone atau MSH.

Hormon ini menghasilkan pigmen warna pada kulit sehingga pada waktu tertentu dan melepaskan butir melanin ke seluruh lapisan kulit sehingga kulit menjadi hitam.

Stres akan mengakibatkan hormon ini memberi isyarat kepada otak dan hormon ini diaktifkan sehingga kulit menjadi lebih gelap. Usah buat main tau, memang stres membuat kulit kusam. 

4 Sebab Kulit Gelap Dan Kusam

Keturunan Atau Genetik

Selain daripada stres membuat kulit kusam faktor genetik juga turut menpengaruhi. Mempunyai kulit yang gelap secara keturunan adalah anugerah Yang Maha Esa. Namun masih terdapat cara untuk mencerahkan kulit wajah secara semula jadi dengan menggunakan produk yang diperakui berkesan.

Terdedah Kepada Cahaya Matahari

Warna kulit bergantung kepada satu pigmen yang disebut melanin. Melanin dihasilkan oleh sel melanocyte yang terletak di bawah kulit. Melanin berfungsi untuk melindungi kulit wajah daripada sinar matahari yang berbahaya.

Perubahan kimia pada kulit akan terjadi apabila kulit terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Melanin juga meneutralkan radikal bebas yang terhasil daripada sinar matahari terhadap kulit. Semakin banyak melanin pada kulit wajah lebih banyak perlindungan yang boleh diberikan kepada kulit.

Melanin yang terdapat di bawah kulit sebenarnya menentukan kulit wajah seseorang. Cerah atau gelap kulit wajah bergantung kepada kuantiti melanin tersebut. Wanita yang terdedah kepada cahaya matahari cenderung untuk memiliki kulit yang gelap kerana melanin di bawah kulit menjadi aktif.

Foto: Photo by Teguh Sugi from www.pexels.com

Kulit Sensitif

Kulit yang sensitif memerlukan penjagaan rapi. Tidak boleh menggunakan sebarang produk yang tidak sesuai dengan kulit. Jika tersalah produk kulit akan menjadi kemerah-merahan atau radang kulit. Mungkin juga kulit alah kepada habuk. Biasanya kulit sensitif peka kepada perubahan suhu dan bahan kimia tertentu yang boleh mengganggu kesihatan kulit.

Hidrasi kulit

Kesan hidrasi kepada kulit adalah kerana kekurangan air dalam badan sehingga mengakibatkan kulit kering dan kusam. Ini secara tidak langsung memberi kesan kulit yang lebih gelap dan tidak bermaya.

Percayakah anda kulit sihat dan berseri selepas bersenam. Bersenam membantu meningkatkan peredaran darah. Kesan peredaran darah yang lancar kulit akan sihat dan berseri. Peredaran darah beroksigen yang lemah menjadikan kulit gelap dan kusam.

Cerah Kulit Secara Semula Jadi

Kelapa

Mengandungi asid lemak tepu mampu melindungi kulit. Parutan kepala membantu menyingkirkan sel kulit yang mati, merangsang keanjalan kulit dan memberi kelembapan. Kelapa sangat berkesan mengurangkan risiko kulit gelap akibat terdedah kepada cahaya matahari.

Madu

Tekstur yang lembut dan kaya dengan vitamin, mineral, anti oksida dan potassium yang bertindak melembap dan menyegarkan wajah. Madu juga berupaya memutihkan wajah dengan menyingkirkan sel kulit yang mati yang terdapat dipermukaan luar kulit.

Foto: Photo by Artem Podrez from www.pexels.com

Timun

Memiliki kandungan air yang tinggi, kaya dengan vitamin A,B,C serta beberapa mineral seperti mangan, silika, kalium dan magnesium. Timun memiliki sifat diuretic juga memiliki kandungan asid caffeic dan asid askorbat yang mampu mengurangi pembengkakan mata. Timun juga mempunyai peranan mencerahkan kulit wajah secara semula jadi.

Ais

Sifat ais yang sejuk mampu member ketenangan dan kesejukan kepada kulit. Ais mampu mengurangkan ketidaksamaan warna pada kulit.

Baca juga; Apakah Warna Keputihan Tidak Normal

Leave a Comment!

error: Content is protected !!