Buat 8 amalan ini untuk elak tua dari usia sebenar. Tidak mahu nanti dilata usia baru memcecah 30an tetapi kelihatan seperti lewat 40an. Usia belum pun cecah 40an tetapi sudah kelihatan garis-garis halus di dahi dan bahagian tepi mata.
Malah wajah juga kelihatan kusam dan lebih tua berbanding usia sebenar. Tak naklah nanti dikatakan masih muda, tetapi penampilan seperti orang yang sudah berusia. Boleh hilang keyakinan jika ditempelak dengan kata-kata begitu.
Sebagai orang yang masih dalam peringkat usia muda, sangat penting untuk seseorang wanita itu menjaga penampilannya agar sentiasa tampil cantik, menawan dan selesa biarpun hanya bergaya sederhana.
Artikel Lain: Tip Miliki Kulit Wajah Cantik Dan Sihat, Yang Penting RAJIN!
Apa faktor sebenarnya terjadinya masalah ini. Semuanya adalah berkaitan dengan faktor pemakanan dan kurang menjaga kesihatan diri. Ramai yang agak malas bab menjaga kesihatan diri memandangkan tiada masa dan sibuk dengan urusan kerja.
Sebenarnya menjaga kesihatan diri adalah rutin harian yang tidak boleh kita abaikan bagi memastikan diri kekal sihat dan bertenaga. Jangan ada sifat malas jika tidak mahu dikata orang nanti lebih tua berbanding usia sebenar.
Jika ada antaranya yang menjadi amalan anda, tinggalkan tabiat ini agar wajah anda kembali segar, bermaya dan nampak muda.
Tak susah pun untuk diikuti kerana yang penting keinginan untuk memastikan tubuh kita sentiasa sihat dan terjaga dari sebarang permasalahan. Maklum bila dah berusia penyakit lebih mudah datang. Lagi-lagi bila ingatkan kematian tatkala baca Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh. Memang menginsafkan.
Buat 8 Amalan Cegah Tua Dari Usia Sebenar
1. Terdedah Cahaya Matahari Berlebihan
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari boleh merosakkan kulit sekali gus menyebabkan berlakunya penuaan kulit melalui tekanan oksidatif. Sentiasalah memakai krim pelindung wajah atau sebaiknya kurangkan aktiviti anda di luar rumah. Jika boleh ketika di dalam rumah boleh memakai krim ini.
2. Perubahan Dalam Badan
Perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas boleh merosakkan sel-sel kulit. Jadi sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku pada sistem badan kita.
3. Gangguan Tekanan
Tekanan yang berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak sekali gus meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan. Sentiasa bersikap positif dan kalau boleh biarlah diri kita berada dalam persekitaran yang selesa agar dapat mengurangkan rasa stress yang boleh ganggu urusan harian.
4. Posisi Tidur Salah
Tidur menelungkupkan muka pada posisi yang sama di bantal setiap hari jjuga boleh mempercepatkan penuaan dan menimbulkan kedutan atau garis-garis tidur. Jika tidak selesa dengan tempat tidur, boleh cuba tukar dekorasi agar dapat melelapkan mata dengan senang.
5. Tidak Cukup Tidur
Pastikan anda tidur secukupnya setiap malam. Apabila anda tidak cukup tidur atau mempunyai tidur yang tidak berkualiti, ia akan memberi banyak kesan pada kesihatan antaranya meningkatkan berat badan, menjadikan kulit pucat dan wajah nampak tua, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan serta mengurangkan tumpuan.
6. Terdedah Pada Pencemaran
Kulit yang terdedah pada pencemaran seperti asap, habuk, kekotoran dan bahan kimia juga boleh menjadi antara punca berlakunya penuaan kulit kerana ia boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit. Sentiasa memakai pelitup muka. Selain mengelak jangkitan bakteria, juga dapat menghalang kulit terdedah pada pencemaran.
7. Merokok & Menghidu Asap Rokok
Seorang perokok tegar memiliki wajah yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya. Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Tabiat tidak sihat ini juga boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.
8. Berat Badan Berlebihan
Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ia mungkin disebabkan oleh sel-sel lemak yang menggalakkan proses penuaan. Sentiasa menjaga pemakanan kita dengan mengamalkan diet seimbang. Jika anda rasa berat sudah berlebihan, hadkan pengambilan makanan bergula dan gunakan kaedah diet suku-suku separuh.
Artikel Lain: Khasiat Sayur Park Choy Untuk Kesihatan