Tip Miliki Kulit Wajah Cantik Dan Sihat, Yang Penting RAJIN!

Tip Miliki Kulit Cantik ? Wah, tentu ramai yang teruja kan? Tentunya tiap orang pasti berkeinginan untuk  mempunyai kulit wajah yang cantik dan sihat. Namun, bukan semua bertuah memiliki kulit wajah yang tak bermasalah.

Ada yang perlu usaha lebih untuk memiliki kulit wajah yang sihat dan cantik termasuk membeli produk yang mahal-mahal.

Ops. Jangan ingat, memakai produk penjagaan kulit yang mahal dan branded saja boleh menjamin kulit wajah cantik. Banyak lagi cara lebih murah.

Lagi satu, tentulah soal harga. Kalau mampu, okaylah. Tapi, tak semua orang mampu. Tapi dek kerana keinginan untuk memiliki kulit yang gebu, halus dan cantik, ada yang sanggup berhabisan untuk membeli produk perawatan wajah yang mahal walau pun terpaksa ‘ikat perut’.

Yang paling menakutkan bila kulit dah mula berjeragat. Baca 10 tips untuk rawat melasma

Tip Miliki Kulit Cantik

Tip Miliki Kulit Cantik, Ada Cara Murah

Ada juga yang ambil langkah mudah dengan membeli produk murah yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi hingga akhirnya akan menyebabkan kulit bertambah rosak pada nanti. Aduh, bahaya tu!

Cuba ikuti tip yang Suri kongsikan ini. Tak perlu belanja besar. Yang penting kena rajin dan sabar melakukannya!

Baca sini juga:https://surihack.com/tip-rawat-kulit-kering-tua-sebelum-waktunya/

Rutin Membersihkan Wajah

Siapa suka mekap? Tahu tak, kulit wajah yang dibiarkan kotor akibat kesan mekap atau debu yang menempel juga boleh menyebabkan munculnya jerawat, kulit kering dan kusam. Oleh itu, sangat penting untuk mencuci wajah dengan bersih.

Melakukan double cleansing secara rutin adalah salah satu cara menghaluskan wajah yang wajib kamu lakukan setiap hari! Ikuti langkah di bawah ini:

Langkah pertama:

Gunakan pembersih wajah setelah selesai beraktiviti. Kita boleh memilih pembersih wajah berasaskan minyak (cleansing oil), susu (milk cleanser) dan air (micellar water), sesuai dengan keperluan kulit kita. Hal ini penting untuk menanggalkan sisa mekap dan kotoran yang dapat menyumbat pori-pori pada lapisan permukaan kulit wajah.

Langkah Kedua:

Membersihkan wajah dengan facial foam yang lembut di wajah. Meskipun sudah membersihkan sisa mekap dan kotoran menggunakan pembersih wajah, kita tetap perlu mencuci muka dengan facial foam untuk memastikan seluruh kotoran benar-benar hilang daripada kulit wajah.

Pakai Krim Pelindung Cahaya Matahari

Mengaplikasikan sunscreen (pelindung cahaya matahari) setiap hari sebelum beraktiviti juga wajib untuk dilakukan! Ini kerana, apabila kita terkena paparan sinar UV yang berlebihan, ia dapat memberi kesan buruk bagi kulit kita. Mulai daripada membuat kulit terbakar, mengalami hiperpigmentasi, membuat kulit kering, sehinggalah membuatkan kulit jadi kasar.

Tip Miliki Kulit Cantik

Jaga Pola Makan

Selain merawat kulit wajah daripada luar, merawat daripada dalam juga sama pentingnya. Salah satu cara, dengan memberikan nutrisi yang cukup agar kulit wajah tetap terjaga kelembapan dan keanjalannya.

Cara untuk memenuhi keperluan nutrisi pada tubuh dan kulit adalah dengan menjaga dan mengatur pola makan dan mengambil makanan yang penuh gizi. Di antaranya, bayam, pisang, betik, ikan salmon, dan tuna. Makanan tersebut bboleh dimasukkan ke dalam diet harian kita kerana ia kaya dengan nutrisi yang dapat membuat kulit wajah menjadi halus dan sihat.

Eksfoliasi secara rutin

Eksfoliasi adalah proses pengangkatan sel kulit mati pada permukaan wajah. Proses ini bertujuan untuk membersihkan lapisan kulit mati dan minyak yang terkumpul pada wajah.

Ada banyak bahan alami yang dapat dijadikan sebagai eksfoliator, antaranya kopi, oatmeal, serta skrub gula.

Tip Miliki Kulit Cantik

 Rajin Minum Air

Cara yang satu ini terbukti membantu mencerahkan kulit secara alami. Kekurangan meminum air dalam jangka panjang dapat menyebabkan dehidrasi. Salah satu tanda dehidrasi iaitu kulit nampak kering, kusam dan bersisik.

Dikatakan rutin minum air putih sebanyak 2,25 liter sehari boleh memengaruhi kepadatan dan ketebalan kulit. Studi lainnya dari University of Missouri, AS, pun mengungkapkan bahawa minum 500 ml air dapat meningkatkan aliran darah menuju kulit.

Tidur Cukup Antra Tip Miliki Kulit Cantik. Mudah Kan?

Tidur yang cukup terbukti dapat menyihatkan dan menghaluskan kulit wajah. Menurut sebuah penelitian dalam jurnal Nature Cell Biology, hal ini disebabkan kerana proses baik pulih kolagen lebih banyak terjadi ketika kita tidur.

Kolagen merupakan serat-serat protein yang menyusun kulit, rambut, dan kuku. Jika kulit memiliki kolagen yang cukup, kulit akan nampak halus, kenyal, dan sihat. Jadi, jika kita ingin menghaluskan wajah secara alami, cubalah cara yang satu ini.

Olahraga secara teratur

Olahraga meningkatkan denyut jantung, merangsang produksi kolagen, serta merangsang aliran darah yang membawa oksigen dan nutrisi untuk kulit. Jadi, cara ini tidak hanya menyihatkan tubuh, tapi juga membantu menghaluskan kulit wajah secara alami.

Sebuah studi pada hewan pun mengungkapkan bahwa olahraga dapat melambat terjadinya penuaan awal. Boleh cuba dengan berolahraga ringan seperti berjalan kaki atau jogging 30 minit dalam sehari.

Sumber: https://hellosehat.com/, internet.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!