Isteri Kedua Kena Lakukan 5 Perkara Ini

Isteri kedua sering kali dianggap ‘buruk’ dalam masyarakat. Namun, ini tak adil buat mereka. Soal jodoh tiada yang dapat menghalang.

Namun, sebagai isteri kedua, 5 perkara ini adalah di antara perkara-perkara yang wanita bergelar isteri kedua kena buat supaya rumah tangga yang dibina kekal harmoni dan diri tak terus menerus dipersalahkan.

Jodoh Di Tangan Allah

Dalam mencari jodoh, tiap orang mengimpikan jodoh yang tepat, sesuai dengan ciri-ciri idaman yang mereka sendiri tetapkan.Walau bagaimana pun, dalam hidup ini, bukan semua perkara yang berlaku adalah berdasarkan apa yang kita suka dan kehendaki.

Sebagai wanita, tentu sekali semua wanita mengimpikan suami yang berstatus bujang atau pun duda. Soal ‘mengambil hak orang lain’ tak perlu wujud dalam kamus hidup.

Bahkan, itu adalah perkara yang amat dielakkan bila menjalinkan hubungan dengan lelaki yang hendak dijadikan suami kelak.

Sudah tersurat, ditemukan dengan lelaki yang sudah pun memiliki isteri. Diri reda menjadi isteri kedua.

Kalau hati dah sayang, segala rintangan sanggup. Namun, menjadi wanita yang dianggap ‘perampas’, ‘orang ketiga’, bukan perkara mudah ye. Jadi, kalau itu pilihan, 5 perkara ini perlu kalian ambil peduli.

5 Perkara Kena Buat kalau Bergelar Isteri Kedua
Foto: Canva

5 Perkara Isteri Kedua Harus Buat:

Sedar Kedudukan Diri

Ya, dari sudut agama, hak seorang isteri adalah sama rata, tak kira isteri partama, kedua atau keempat sekali pun.

Walau bagaimana pun, sebagai orang yang datang ‘kemudian’, selepas kehadiran isteri pertama, anda kena sedar diri. Maksudnya, kena bersikap selayaknya.

Mahu atau tak, kena terima kenyataan bahawa anda adalah wanita yang telah menganggu rumah tangga wanita lain. Dan, untuk berkongsi kasih bukan mudah. Bayangkan wanita itu sudah berbelas tahun hidup bersama suaminya, tiba-tiba hadir anda sebagai madu. Ingat mudah dia nak terima?

Jadi, kena sedar kedudukan anda sebagai isteri kedua. Jangan bersikap berlebihan hingga isteri pertama rasa anda memang ingin merampas suaminya 100%!

Mengalah Dan SABAR!

Bila dah bersedia untuk jadi isteri kedua, kena bersedia untuk berkorban perasaan. Kena sedia terima hakikat suami anda tidak akan ada di sisi anda sepanjang masa.

Ada masanya mungkin suami kelihatan ‘lebih ke sebelah sana’. Mungkin kerana tanggungjawab lagi besar di sebelah sana. Jika begitu, anda kena berlapang dada. Ya, memang tak patut suami macam ‘berat sebelah’ tapi itu adalah risiko yang sepatutnya anda kena terima.

Ada kalanya lelaki akan dihimpit rasa bersalah dengan isteri pertama bila sudah memadukan isterinya itu. Akhirnya dia cuba untuk mengambil hati semula. Dia akan menunjukkan perhatian yang lebih daripada biasa pada isteri pertama dan anak-anak di sebelah sana misalnya Ha..anda kena bersabar lah ye.

Memang kena banyak bersabar bila hidup bermadu. Wanita tak boleh tepis rasa cemburu. Mustahil kalau tak sedikit pun ada rasa cemburu di hati pada isteri yang lain. Jadi, sebagai isteri muda, anda kena pandai kawal emosi.

Baca artikel ini juga: Tak salah bermadu

5 Perkara Kena Buat kalau Bergelar Isteri Kedua

Mesti Hormat Isteri Pertama

Ini penting! Tolong hormat isteri pertama. Bukan mudah untuk seseorang isteri nak terima diri dimadukan, jadi tolong hormat dan jaga perasaan isteri pertama.

Walau sepahit mana pun, isteri pertama sudah sanggup membenarkan suaminya mengahwini anda, maka tidak bolehlah anda sematkan rasa hormat pada isteri pertama?

Mungkin perkahwinan itu berlaku pada mulanya tanpa pengetahuan isteri pertama, tapi sudah tentu akhirnya diketahui juga. Waktu itu, bayangkan betapa remuknya perasaan dia. Tapi sanggup dipertahankan rumah tangganya itu demi sayang pada suami.

Jadi, anda sebagai ‘orang baru’, hormatlah isteri pertama. Mungkin anda dan dia tak boleh berbaik, tapi cukup andai saling menghormati.

Jangan Masuk Campur Hal Sebelah Sana

Ini juga sangat penting! Jangan sesekali ambil tahu atau masuk campur dalam urusan rumah tangga suami dengan isteri pertama. Tak perlu memandai-mandai nak masuk campur urusan sebelah sana. Biarlah suami selesaikan sendiri. Tak kiralah walau pun perkahwinan itu atas kebenaran isteri pertama.

Banyak buruk daripada baiknya. Ditambah pula ada rasa cemburu. Tahu yang sana pergi bercuti, anda pun nak pergi. Yang sana pakai kereta baru, anda pun nak tukar sedangkan kereta baru itu anak-anak sana yang belikan. Hmm…

Kecuali suami dapat mendidik anda dan madu untuk saling berhubung baik, tak ada masalah. Tapi sangat jarang kita dengar madu boleh hidup harmoni. Ada…tapi tak banyak.

Baca ini juga: Ketumbit

Sentiasa Sokong Suami Berlaku Adil

Dalam poligami, penting untuk suami berlaku adil di antara isteri-isterinya. Untuk anda sendiri, kalau dirasakan suami tak berlaku adil pada pihak isteri pertama, anda kena sentiasa ingatkan suami untuk berlaku adil. Jangan ambil peluang pula!

Biasalah, kadangkala lelaki ni, dengan isteri yang masih muda perhatian lebih sikit. Jadi, andalah kena ambil peranan. Sebenarnya ini tindakan yang bijak. Bila suami dapat rasakan anda seorang yang tak pentingkan diri, pasti dia semakin sayang pada anda.

Begitu juga dengan madu. Kalau suami berlaku adil, pasti lama kelamaan hatinya lembut untuk menerima anda sebagai madu walau pun mungkin bukan sebagai kawan.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!