Mudah sejukkan badan tanpa guna aircond ini sebenarnya. Malah, cara ini lebih jimat lagi. Dan tak perlu pun nak keluar modal yang besar.
Cuma perlu lebih kreatif menggunakan apa yang ada di sekeliling anda. Trik macam ini memang bagus dipraktikkan lagi-lagi dalam keadaan cuaca panas terik yang tinggi di Malaysia ini.
Walau, letaklah kipas depan muka pun. Bila datang suhu panas tu, badan tetap juga tak nak sejukkan. Sampai tak tahu nak ‘duduk mana’. Begitulah situasinya bila dah panas sangat.
Jom semak trik mudah dicuba ini.
Pertama : Sejukkan Badan, Letak Kain Basah Pada Leher
Bawahkan sapu tangan di bawah laluan air. Lepas tu perahkan airnya keluar. Biarkan sapu tangan tadi dalam keadaan lembap. Letaklah pada leher anda.
Tapi kena ingatlah, cara macam ini akan buatkan baju yang anda pakai itu basah. Mungkin boleh buat, jika tak ada rancangan mahu ke mana-mana.
Kedua : Lalukan Air Paip Pada Bahagian Nadi Tangan
Bila dah panas sangat tu, cuba lalukan air paip pada bahagian nadi tangan itu untuk beberapa ketika. Memanglah tak boleh buat sepanjang hari kan.
Tapi anda boleh mencubanya untuk beberapa kali dalam sehari. Katakan tak jumpa air paip, cuba rendam jari jemari hingga pergelangan tangan tu dalam bekas air sejuk.
Ketiga : Sejukkan Badan Dengan Basahkan Rambut
Cara ini kak Suri biasa guna. Lagi-lagi kalau panas keterlaluan. Basahkan rambut di bawah pancuran air paip. Nanti letaklah tuala dekat bahu tu bagi air tak jatuh ‘menjejeh’.
Sejuk je rasa bila angin tiup di siang atau petang hari. Kadangkala bila cuaca terik betul, dah lepas asar pun suhu masih panas kan.
Keempat : Sembur Anggota Tubuh Dengan Air
Kalau di rumah ada bekas penyembur yang kosong, bolehlah cuci bersih dan masukkan air bersih di dalamnya. Bila panas sangat, sembuh anggota tubuh dengan air bersih itu.
Nak-nak kena pada bahagian muka. Oh! Sejuk dingin terus terasa.
Kelima : Letak Bekas Ais Depan Kipas Angin
Cara letak bekas berisi ais depan kipas angin ini antara yang praktikal betul untuk sejukkan badan. Pastikan kedudukan bekas ais tu kenalah sama tinggi dengan kipas angin yang berpusing itu ya.
Barulah sejuk dingin tu terasa sampai ke seluruh rumah. Secara logiknya, ais yang tersebar dari putaran kipas angin itu dapat menyejukkan sekitar ruang.
Ada juga yang pernah kak Suri jumpa, mereka ikat botol mineral beku pada kipas angin yang berputar itu. Jadi putaran angin sejuk itu bolehlah digunakan untuk kesemua arah.
Keenam : Tutup Langsir Pun Membantu Sejukkan Rumah
Bila cuaca terlalu panas, antara cara mudahnya tutuplah tabir atau langsir pada tingkap atau sliding door. Bagi menghalang cahaya panas masuk ke dalam rumah.
Bila terlalu banyak cahaya panas masuk dalam rumah, itu yang jadi rumah panas susah nak sejuk. Tak apalah, gelap sedikit dalam rumah itu. Yang penting sejukkan.
Ketujuh : Buka Tingkap Waktu Malam
Orang kata, angin malam ini lebih sejuk dan dingin. Jadi, bolehlah buka tingkap rumah itu pada waktu malam.
Bagaimana pun, sejukkan badan dengan cara ini boleh dipraktikkan jika kediaman anda tidak berisiko dengan nyamuk yang gemar masuk ke dalam rumah pada waktu malam.
Jika mahu mencuba juga, bolehlah cuba letak jejaring penghalang nyamuk terlebih dahulu.
Ekstra! Petua Sejukkan Badan Dengan Air Barli Cincau
Boleh cuba petua sejukkan badan dengan air barli cincau ini. Selain untuk menyejukkan badan, air barli juga baik untuk melawaskan kencing dan membantu sistem penghadaman.
Caranya,
- Rebus barli dalam periuk berisi air sehingga empuk.
- Masukkan dalam cawan, campurkan cincau dan sedikit gula batu.
- Sedia untuk dinikmati.
Okay! Selamat mencuba.
Sumber info : wikihow.com