4 Punca Hipotensi Atau Tekanan Darah Rendah

4 punca hipotensi ini kerap dialami dan gejala ini sering berlaku tanpa mengira jantina dan usia.

Secara umum hipotensi atau tekanan darah rendah ini bukan suatu penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Terdapat 4 punca hipotensi yang perlu diketahui sebelum terlambat.

Tekanan darah dikira rendah jika bacaannya di bawah 65/100. Ada yang mengatakan tekanan darah rendah ini disebabkan oleh kurang nutrisi makanan dalam tubuh.

Namun, sebenarnya penyebab utama adalah makanan yang dimasak dan yang telah diproses sehingga nutrisi makanan tersebut hilang. Apakah 4 punca hipotensi atau tekanan darah rendah ini?

4 Punca Hipotensi atau Tekanan Darah Rendah

  1. Dehidrasi. Salah satu daripada 4 punca hipotensi ini ialah dehidrasi yang biasanya berlaku kerana tubuh kurang mendapat air. Jika seseorang bersenam dan tidak minum air memudahkan dia mendapat dehidrasi. Jika dibiarkan berterusan boleh merangsang kepada tekanan darah rendah. Gejala yang akan terjadi adalah sakit kepala, pening kepala dan pitam.
  2. Pendarahan. Darah rendah juga boleh berpunca apabila berlaku pendarahan. Pendarahan akibat pembedahan atau kemalangan menyebabkan berlaku kekurangan darah. Kekurangan darah ini menjadi salah satu daripada 4 punca hipotensi. Jika berlaku pendarahan berterusan terus berjumpa dengan doktor.
  3. Otot jantung lemah. Pesakit yang mengalami otot jantung yang lemah mempunyai risiko yang besar mengalami tekanan darah rendah ini. Ini kerana otot jantung yang lemah gagal mengurangi darah yang dipam dan menjadi salah satu daripada 4 punca hipotensi ini.
  4. Pembuluh darah tersumbat. Jika pembuluh darah tersumbat jaringan yang bertugas dalam mengirimkan signal ke jantung turut terkesan. Ini menyebabkan tugas jantung terganggu dan merangsang untuk mengalami tekanan darah rendah dan salah satu daripada 4 punca hipotensi.

Makanan Untuk Elak Tekanan Darah Rendah

Kekacang

Makanan kekacang dikatakan boleh membantu meningkatkan tekanan darah. Kekacang yang boleh dicerna dengan perlahan oleh sistem pencernaan. Ini yang merupakan salah satu cara untuk menaikkan tekanan darah. Masuk kacang buncis, kacang merah, kacang botol dan kacang hijau dalam menu seharian.

Air Mineral

Dehidrasi yang terjadi ketika jumlah cairan dalam tubuh mengalami penurunan dan tidak diganti dengan cecair yang lain. Minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari untuk menaikkan tekanan darah.

Bayam

Bayam adalah salah satu jenis sayur yang mengandungi kalium dan juga rendah sodium. Paras mineral yang seimbang di dalam sayur bayam ini sangat bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah darah rendah. Kandungan folat di dalam bayam juga membantu kelancaran darah.

Daging Ayam

Makanan yang mengandungi protein haiwan dikatakan boleh membantu meningkatkan tekanan darah. Ini kerana tubuh kita memerlukan zat protein yang boleh membangunkan sel terutama sel di dalam pembuluh darah.

Petua Hilangkan Tekanan Darah Rendah

Air Garam
Kandungan sodium dalam garam boleh membantu meningkakan tekanan darah. Campur setengah sudu teh garam ke dalam segelas air dan minum.

Kopi
Minuman yang berkafein dapat membantu meningkatkan tekanan darah. Cukup dengan minum secawan kopi sehari di waktu pagi.

Kismis
Kismin dikatakan baik untuk mengubati hipotensi secara semulajadi. Rendam 30 biji kismis ke dalam secawan air dan biar semalaman. Makan kismis tadi satu per satu sebelum sarapan. Anda juga boleh minum air rendamannya . Lakukan ini selama satu bulan.

Kemangi
Kemangi ini bermanfaat untuk membantu mengatasi tekanan darah rendah, kerana kaya akan vitamin C, magnesium dan kalium. Buat jus dari 10 sampai 15 helai daun kemangi, dan tambahkan juga satu sudu teh madu. Minum jus ini setiap hari pada waktu perut kosong.

Jus Buah Bit
Jus bit mentah sangat membantu untuk tekanan darah tinggi mahu pun tekanan darah rendah. Untuk hipotensi, minum secawan jus bit dua kali dalam sehari selama satu minggu. Ini adalah satu lagi cara tradisional untuk mengatasi tekanan darah rendah.

Jus Lemon
Jus lemon sangat berkesan untuk mengubati tekanan darah rendah, terutama apabila disebabkan kerana dehidrasi. Minum jus lemon yang dicampur dengan sedikit garam dan gula. Ini akan membantu memberikan tenaga dan merangsang fungsi hati dan membantu sistem pencernaan.

Tip

  • Seiring dengan rawatan alternatif untuk mengatasi tekanan darah rendah ini seelok-eloknya lakukan senaman ringan yang teratur untuk meningkatkan aliran darah. Namun, perlu mengelakkan senaman atau sukan yang berat seperti angkat berat.
  • Berjumpa dengan doktor jika anda sukar membendung gejala tekanan darah rendah.
  • Bangun dari posisi berbaring, duduk dahulu selama 10 saat sebelum bangun.
  • Solat waktu secara tetap adalah pergerakan paling universal untuk menggerakkan semua jenis meridian dan memperseimbangkan peredaran darah.

Aromaterapi

Panas satu cawan minyak kelapa dengan suhu rendah bersama ½ sudu lada hitam dan 1 inci lengkuas selama 5 minit. Sapu dan urut tapak kaki, lengan dan tengkuk.

Baca juga; Masalah Haid Tidak Teratur; Tanda Menopaus Yang Wajib Ambil Tahu

Leave a Comment!

error: Content is protected !!