Buah Nanas Ada 1001 Khasiat Tersembunyi, Ramai Tak Tahu

Buah Nanas pastinya digemari ramai di kalangan kita. Ia bukan saja boleh dimakan begitu saja, bahkan sering kali dijadikan jus atau dimasukkan sebagai salah satu bahan dalam masakan termasuklah manisan pencuci mulut. Memang sedap!

Namun, kena hati-hati bila mengupas kulitnya yang keras itu. Bahkan, perlu buang betul-betul ‘mata’nya supaya nanti lidah tak rasa pedih bila memakannya.

Dari Mana Asalnya?

Buah Nanas Ada 1001 Khasiat Tersembunyi, Ramai Tak Tahu

Buah nanas adalah sejenis buah-buahan tropika yang berasal dari Amerika Selatan dan Brazil. Tahukah anda bahawa buah ini dibawa ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan Sepanyol pada abad ke-16?

Nanas kemudiannya telah ditanam secara perladangan dan dieksport ke luar negara dalam bentuk buah segar, dalam tin dan jus nanas. Terdapat pelbagai jenis nanas yang ditanam di Malaysia kerana ia sesuai dengan cuaca dan jenis tanah di negara kita ini.

Sebab itu, ia tidak sukar diperoleh di Malaysia pada bila-bila masa saja.  Jenis Gandul, Josanin, Sarawak, Maspine, Moris, N36 dan MD2 adalah antara jenis-jenis buah nanas yang ditanam secara komersial di Malaysia.

Manakala negeri Johor yang dikenali sebagai negeri jelapang nanas merupakan negeri utama pengeluar nanas. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Kementerian Pertanian Malaysia adalah lembaga yang diamanahkan untuk menyelia penanaman nanas sebagai sumber ekonomi negara.

Baca juga khasiat bawang merah di sini.

Apa Kandungan Nutrisi Dalam Nanas?

Buah Nanas Ada 1001 Khasiat Tersembunyi, Ramai Tak Tahu
Foto: Pexels

Apa agaknya khasiat di dalam buah istimewa ini ye? Kandungan nutrisi yang tinggi menarik perhatian para pengkaji untuk mengkaji khasiat yang terkandung di dalam buah nanas.

Buah ini diklasifikasikan sebagai ‘functional food’ iaitu makanan yang berpotensi untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia. Wow. Menarik. Ada apa sebenarnya di dalam buah ini?

Ia juga mengandungi karbohidrat dan air sebagai kandungan utama. Buah nanas menjadi sumber terbaik untuk serat, gula, bahan asid organik, vitamin dan mineral.

Namun demikian, kandungan nutrisi ini berbeza untuk setiap jenis nanas dan tahap masak buah nanas itu.

Selain sumber karbohidrat dan serat, di dalam buah nanas sebenarnya terdapat sejenis enzim iaitu Bromelain yang berfungsi untuk mencernakan protein. Apabila molekul protein ini telah dicerna, ini akan memudahkan proses penyerapan melalui usus kecil. Barulah kita boleh dapat khasiat daripada nanas sepenuhnya.

Bromelain juga mengandungi kesan antiradang dan mengurangkan bengkak apabila berlakunya keradangan. Untuk individu yang ada masalah arthritis atau sakit sendi, boleh juga untuk makan nanas semasa serangan (flare) bagi membantu melegakan simptom dan mengurangkan rasa sakit. Cubalah.

Cuba baca ini juga: Resipi Ayam Lemon

Apa Lagi?

Di samping itu, nanas mengandungi asid malik yang merupakan sebatian organik. Asid malik ini memberikan rasa masam pada buah-buahan dan digunakan sebagai makanan tambahan. Asid malik membentuk 13% kandungan asid dalam nanas.

Asid malik ini bermanfaat kepada kesihatan dengan meningkatkan tahap imunisasi, menjadikan kulit lembut dan anjal, mengekalkan kesihatan mulut dan mengurangkan risiko keracunan bahan logam.

Seterusnya, nanas mengandungi vitamin C dimana sebiji buah nanas yang masak ranum membekalkan 16.2% vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan. Vitamin C merupakan antioksidan yang larut dalam air, berupaya dalam melawan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel-sel baik.

Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen dalam tulang, saluran darah, tulang rawan dan otot. Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi dengan lebih efisyen. Vitamin C akan merencatkan jangkitan pada saluran air kencing semasa mengandung serta mengurangkan risiko penyakit kanser.

Berapa Banyak Patut Ambil?

Buah Nanas Ada 1001 Khasiat Tersembunyi, Ramai Tak Tahu

Berapa banyak sebenarnya yang patut kita ambil? Saranan pengambilan buah nanas hanyalah 1 potong (130g) untuk satu sajian. Menarik kan khasiat buah nanas ni? Ha.. Lepas ni bolehlah nikmati buah yang istimewa ini sama ada secara segar, dijadikan jus atau dimasukkan dalam masakan seperti salad dan gulai atau manisan juga.

Apa pun, makan biarlah berpada-pada ye. Walau pun ia mengandungi pelbagai khasiat, namun jangan mengambil secara berlebihan pula ye.

7 Khasiat Buah Nanas Untuk Kesihatan:

  • Kesan antioksidan
  • Membantu sistem penernaan
  • Melindungi Daripada Kemerosotan Makula, iaitu kerosakan mata yang boleh menjadi kronik
  • Membekalkan Tenaga
  • Meningkatkan Sistem Imunisasi
  • Meredakan Penyakit Cirit-Birit
  • Menghalang Penyakit Jantung

Leave a Comment!

error: Content is protected !!