Cara Atasi Sunburn Di Wajah | Kalau tengok foto-foto ketika melancong memang lapang jer kepala. Bercuti memang seronok, lupa segala masalah dan beban kerja yang tidak pernah berpenghujung.
Bila balik rumah jer otak dah mula berhubung dan merancang percutian yang seterusnya. Ke mana lagi destinasi yang nak dituju.
Tapi yang tak seronoknya bila belek wajah di cermin hampir histeria rasanya. Manakan tidak, kulit wajah semakin gelap, kusam dan tidak sekata.
Jangan biarkan wajah kusam menutupi kecantikan semula jadi kulit sebaiknya fikir cara atasi sunburn di wajah agar tidak terlambat.
Info: Stres membuat kulit kusam

Cara Atasi Sunburn Di Wajah
Langkah pertama cara atasi sunburn di wajah adalah perlu dilakukan lepas balik melancong adalah mengembalikan kecantikan kulit.
Melancong selama dua minggu sudah cukup buat kulit terdedah kepada sinar matahari dan debu serta kotoran. Kesan ini boleh menyebabkan kulit rosak.
Kerosakan kulit perlu dielak sebelum menjadi lebih parah serta perlu ditangani segera. Tidak perlu bertangguh lagi dan segera pulih kulit agar kekal cantik dan lembap.
Cara mengatasi sunburn di wajah selepas melancong adalah dengan eksfoliasi atau pengelupasan kulit.
Regenerasi kulit berlaku 14 hingga 28 hari sekali namun apabila kulit terlalu terdedah kepada cahaya matahari, cuaca tidak menentu dan berbagai bahan kimia, proses regenerasi menjadi tidak optimal dan perlu dirangsang dengan eksfoliasi.
Eksfoliasi berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati yang tertinggal lantas menghasilkan kulit wajah lebih cerah dan lembut.
Eksfoliasi perlu dilakukan kerana membersih wajah jauh ke dalam berbanding membersih wajah harian hanya menyentuh lapisan atas kulit sahaja.
Bukan itu sahaja malah eksfoliasi ini berupaya mengecilkan pori-pori dan meningkatkan produksi kolagen di samping memelihara kelembapan kulit.

Rawatan Selepas Eksfoliasi
Merawat wajah selepas melakukan eksfoliasi sangat penting agar kulit terus terpelihara. Jangan lupa memberi nutrisi semula kepada kulit selepas pengelupasan.
Pelembap
Sapu pelembap ke seluruh wajah untuk mengembalikan kelembapan wajah dan menghindar kulit menjadi kering. Vitamin dan serum juga perlu di sapu untuk mengunci kelembapan dan minyak semula jadi di bawah kulit.
Pemakanan
Di samping itu, jangan tinggalkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan harian. Lebih baik jika mengamalkan pemakanan seimbang.
Lindungi Kulit
Sebaik-baiknya selepas melakukan eksfoliasi elak wajah terlalu terdedah kepada cahaya matahari, berenang di siang hari, mencuci wajah dengan air panas, ekspresi wajah berlebihan atau menggaru kulit wajah dengan kuku tajam.
Kekerapan Eksfoliasi
Eksfoliasi tidak boleh dilakukan setiap hari kerana lapisan kulit akan menjadi semakin nipis. Seelok-eloknya lakukan eksfoliasi kulit sebulan sekali agar kesejahteraan kulit terus terpelihara dengan cantik.
Namun, jika sudah melakukan eksfoliasi tetapi masih tidak yakin kulit cantik dan bersih boleh melakukan cara mekanikal seperti micro dermabrassion atau thermal laser.
Tetapi, sebelum melakukan rawatan mekanikal perlu mendapat rundingan daripada doktor kulit yang tertauliah terlebih dahulu.

Cara Tradisional Merawat Muka
Ketika tidur sel-sel tubuh melakukan regenerasi. Setiap sel yang rosak akan diganti dengan sel baru termasuk bahagian wajah.
Penggantian sel baru ini bergantung kepada kebersihan kulit. Jika tidur dengan wajah bersolek sel-sel kulit tidak boleh berkembang dan berganti.
Malah kulit wajah menjadi kusam. Bagi menjaga kulit dan membantu pengelupasan sel kulit mati boleh melakukan eksfoliasi sendiri di rumah.
Soda Bikarbonat
Pori-pori yang tersumbat sebenarnya merupakan punca terjadinya bintik-bintik hitam ini. Soda bikarbonat mampu menyingkirkan segala bintik-bintik hitam umpama membuat rawatan micro dermabrasion di pusat rawatan kecantikan.
Caranya sangat mudah dengan mencampurkan soda bikarbonat dengan air sehingga membentuk seperti tekstur pes. Sapukan di wajah terutama di kawasan yang mempunyai bintik-bintik hitam.
Jika sering dilakukan dapat menyingkir segala bintik-bintik hitam di wajah.
Kelapa
Mengandungi asid lemak tepu mampu melindungi kulit. Parutan kelapa membantu menyingkirkan sel kulit yang mati, merangsang keanjalan kulit dan memberi kelembapan. Kelapa sangat berkesan mengurangkan risiko kulit gelap akibat terdedah kepada cahaya matahari.
Madu
Tekstur yang lembut dan kaya dengan vitamin, mineral, anti oksida dan potassium yang bertindak melembap dan menyegarkan wajah. Madu juga berupaya memutihkan wajah dengan menyingkirkan sel kulit yang mati yang terdapat di permukaan luar kulit.
Timun
Memiliki kandungan air yang tinggi, kaya dengan vitamin A,B,C serta beberapa mineral seperti mangan, silika, kalium dan magnesium. Timun memiliki sifat diuretic juga memiliki kandungan asid caffeic dan asid askorbat yang mampu mengurangi pembengkakan mata. Timun juga mempunyai peranan mencerahkan kulit wajah secara semula jadi.

Tip Hilangkan Sunburn
Penjagaan wajah lebih mudah kini kerana terdapat produk yang membantu eksfoliasi. Pilih gel khusus untuk eksfoliasi agar selesa dan bersesuaian dengan kulit.
Gosok lembut ke wajah dan bilas dengan air bersih sehingga sempurna. Boleh juga menggunakan bahan yang terdapat di dapur seperti kombinasi gula pasir dan madu.
Campur satu sudu gula pasir dengan dua sudu madu. Sapu ke seluruh wajah dan setelah rata urut secara perlahan-lahan. Bilas dengan air bersih.
Info: Berhati-hati dengan penipuan dalam talian