Cara Memilih Saiz Basikal Dengan Betul

Cara memilih saiz basikal bukan umpama membeli bola di kedai sukan. Pembelian basikal perlu bersesuaian dengan penunggang dengan mengambil kira saiz tubuh. Setiap basikal mempunyai saiz yang dikira dalam inci iaitu:

Cara Memilih Saiz Basikal – Saiz XS (13inci hingga 14inci)

Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian antara 5 kaki hingga 5 kaki 4 inci.

Cara Memilih Saiz Basikal – Saiz S (14inci hingga 16inci)

Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 4 inci hingga 5 kaki 7 inci.

Cara Memilih Saiz Basikal – Saiz M (16inci hingga 18inci)

Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 7 inci hingga 5 kaki 10 inci.

Cara Memilih Saiz Basikal – Saiz L (18inci hingga 20inci)

Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 10 inci hingga 6 kaki 1 inci.

Cara Pilih Saiz Basikal – Saiz XL (20inci hingga 22inci)

Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian lebih dari 6 kaki 1 inci.

Cara memilih saiz basikal sangat penting sebelum mengayuh basikal.
Photo by Pavel Danilyuk from Pexels

Namun ini hanya panduan sahaja kerana bentuk tubuh manusia tidak sama. Apa yang penting sebelum membeli perlu mencuba dengan mengayuh basikal tersebut terlebih dahulu. Berbincang dahulu dengan mereka yang pakar kerana basikal yang tidak sesuai dengan tubuh memudahkan lagi kecederaan.

Teknik Mengayuh Basikal

Apabila sudah mula mengayuh cuba pelajari teknik yang betul. Ini kerana teknik yang betul dapat membantu mengurangkan kecederaan dan kayuhan lebih berkesan. Teknik yang salah boleh menyebabkan otot menjadi lenguh dan prestasi menurun.

Gunakan gear yang paling berat dan berkayuh secara agak perlahan sekitar 50 hingga 60 rpm. Keadaan ini akan membuatkan anda menggunakan semua otot untuk mengekalkan corak pusingan kayuhan di samping menggunakan tenaga yang bersesuaian untuk mengekalkannya.

Kemudian cuba kayuhan dengan gear yang ringan dan pusingkan pedal selaju yang mampu (100, 120, 150 rpm) tanpa merasa terlambung-lambung. Ini akan memperbaiki pusingan kayuhan supaya lebih sempurna.

BACA: Jenis Basikal MTB Wajib Tahu Sebelum Beli

Photo by Prabhala Raghuvir from Pexels

Tip Kayuh Basikal

Fokus utama berbasikal adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh. Mengayuh basikal sepatutnya menonjolkan keseronokan dan bukan sebuah beban. Jika tidak mampu untuk berkayuh boleh berhenti seketika berehat sambil minum air. Tidak perlu memaksa diri untuk melengkap kayuhan tanpa peduli kemampuan diri. Sebarang kecederaan perlu dirujuk kepada doktor agar tidak melarat atau berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Seperti semua jenis senaman sebelum berkayuh perlu melakukan aktiviti pemanasan badan sekitar 15 minit. Pemanasan badan ini penting untuk elak sebarang kecederaan dan merangsang otot untuk bersedia untuk mengayuh. Begitu juga selepas mengayuh perlu melakukan aktiviti penyejukan badan seperti melakukan kayuhan ringan sekitar 15 minit bagi membantu merehatkan otot dan badan.

BACA: Diet Sihat Dengan Sayur Hijau

Leave a Comment!

error: Content is protected !!