Khasiat Air Kelapa Cukup Banyak, Tetap Bukan Ubat Covid-19

Khasiat air kelapa cukup banyak I Ada yang kata air kelapa mampu mengubati jangkitan Covid-19. Secara saintifiknya tiada pun kajian sahih yang membuktikan airnya boleh merawat virus berkenaan.

Apa pun, air kelapa itu sendiri mempunyai pelbagai nutrisi yang berguna untuk kesihatan manusia. Ia mengandungi:

Khasiat Air Kelapa

  • Kalori – 46 kalori
  • Karbohidrat – 9 gram
  • Serat – 3 gram
  • Vitamin C – 10% daripada keperluan seharian
  • Magnesium – 15% daripada keperluan seharian
  • Kalium – 17% daripada keperluan seharian
  • Natrium – 11% daripada keperluan seharian

Termasuk dalam minuman rendah kalori dan gula

Dengan adanya pelbagai khasiat ini, perlulah untuk anda memilih air kelapa yang bersih dan tidak ditambah gula.

Manfaat Air Kelapa

Sebagaimana yang dikongsikan Mstar, ini 5 manfaat air kelapa untuk mereka yang mahu mengamalkannya.

Membantu Melawan Radikal Bebas

Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang dihasilkan tubuh. Penghasilan radikal bebas ini meningkat ketika tubuh mengalami tekanan atau kecederaan.

Ia boleh melonjak disebabkan tekanan oksidatif yang mampu merosakkan sel sihat dan meningkatkan risiko penyakit kronik.

Beberapa kajian terhadap haiwan juga menunjukkan, antioksidan dalam air kelapa mampu melawan radikal bebas daripada tikus yang terdedah kepada racun, mengalami kerosakan hati akibat tekanan oksidatif dan diabetes.

Berupaya Mengawal Gula Dalam Darah

Kajian terhadap haiwan juga membuktikan air kelapa dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan kesihatan tikus makmal dengan penyakit diabetes.

Dalam kajian tersebut, kadar hemoglobin (Hb) A1c tikus dengan penyakit diabetes yang diberi air kelapa secara rutin lebih terkawal kandungan gula dalam darahnya.

Kajian mendapati kandungan magnesium dalam air kelapa boleh meningkatkan sensitiviti insulan sehingga gula dalam darah tidak mudah melonjak.

Baca : Mentega kacang bantu kurus? Kena ikut caranya

Membantu Mencegah Masalah Batu Karang

Salah satu cara mencegah penyakit batu karang adalah dengan minum air yang cukup setiap hari. Namun ada kajian pada haiwan juga mendapati, air kelapa turut mampu mencegah penyakit itu.

Menurut kajian, air kelapa membantu mengurangkan radikal bebas sebagai respons terhadap kadar oksalat dalam air kencing. Batu karang pula boleh terbentuk ketika kalsium, oksalat dan beberapa elemen lain membentuk kristal dalam urin.

Berpotensi Menurunkan Kadar Kolesterol

Kajian pada haiwan menunjukkan minum air kelapa boleh menurunkan kadar kolesterol, trigliserida dan lemak hati. Namun perlu diketahui, pemberian air kelapa pada tikus makmal adalah sebanyak 2.7 liter sehari.

Dapat Menurunkan Tekanan Darah

Khasiat air kelapa yang lain adalah ia mampu membantu mengawal tekanan darah tinggi. Sebuah kajian mendapati, pesakit hipertensi yang minum air kelapa secara rutin memiliki tekanan darah lebih stabil.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!