Bawang Merah Kaya Khasiat

Bawang merah merupakan salah satu penyedap rasa dalam masakan. Namun ternyata, bahan masakan yang wajib ada di dapur rumah ini juga sangat bermanfaat untuk tubuh, khususnya kesihatan kita.

Bawang Merah Digunakan Di Seluruh Dunia

Bawang merah atau nama saintifiknya allium cepa L merupakan sejenis tumbuhan yang termasuk dalam kumpulan Liliaceae yang tumbuh di Eropah, Asia, Amerika Utara dan Afrika.

Dari hasil penelitian terungkap juga bahawa thiosulfinate, senyawa yang efektif membunuh banyak bakteria umum, termasuk Salmonella typhi, Pseudomonasaeriginosa, dan Escherichia coli.

Mengikut sejarah, bawang merah dikatakan telah digunakan oleh manusia sejak 3,200 sebelum Masihi lagi. Penduduk Mesir kuno dipercayai antara bangsa terawal yang dikenal pasti menggunakannya.

Bawang Merah Kaya Khasiat

Bawang Mentah Elok Dimakan Mentah?

Menurut Dr. Suri Roowi, ph.D KMN di dalam FB beliau (https://www.facebook.com/drsuriroowi), Bawang merah mentah kaya bahan khasiat seperti organosulfur dan flavonoid.

Sumber bersifat antiplatelet biasanya digunakan untuk mencegah terjadinya penggumpalan darah.

Sumber ini boleh digunakan oleh pesakit dengan masalah pembuluh darah sumbat seperti penyakit jantung koronari dan penderita strok.

Justeru, makan bawang merah mentah bagus untuk bantu menggelakkan penyakit-penyakit ini.  Sebaliknya, bahan khasiat ini akan mudah hilang jika bawang dimasak.

Digalakkan Makan Mentah

Kajian ke atas 12 pesakit menunjukkan sifat antiplatelet akan musnah dalam masa tiga dan enam minit selepas bawang dimasak. Selepas 10 minit memasak, bawang sebaliknya berubah sifat dan ia merangsang aktiviti platelet (jadikan darah mudah bergumpal).

Bawang kuning tinggi mineral seperti fosforus, potassium, magnesium dan zat besi. Manakala, bawang merah pula tinggi antioksidan dan vitamin C.

Simpan bawang dalam freezer selama 5 minit untuk elakkan pedih mata. Kaedah ini juga tinggikan khasiat bawang dimana bahan antioksidan (quercetin) akan terhasil dengan lebih banyak lagi.

Justeru kurangkan `membawang’, sebaliknya makanlah bawang mentah sebagai ulam untuk bantu elak sakit jantung dan strok.

Walau pun rasanya agak ‘pedas’ dan ‘tajam’, namun kalau tahu akan khasiatnya, tentu ramai yang sanggup makan bawang mentah.

Bawang Merah Kaya Khasiat

Banyak Lagi Khasiat Lain Bawang Merah:

Selain itu, terdapat banyak lagi khasiat lain yang terdapat di dalam bawang merah. Antaranya:

1.Menurunkan Demam Bayi
Untuk bayi misalnya, manfaat bawang merah untuk bayi adalah untuk menurunkan demam. Caranya, campurkan parutan bawang dengan minyak kelapa dan lumur ke tubuh secara merata, khususnya punggung dan perut sehingga boleh menghangatkan badan.

2. Melancarkan Pernafasan
Lendir yang terdapat pada kerongkong dan boleh diatasi dengan memakan bawang merah. Cukup memakannya atau dalam bentuk acar agar tubuh terasa hangat dan melancarkan pernafasan.

3.Menormalkan Kadar Gula Darah
Ia juga boleh meningkatkan kadar insulin dan membantu proses glikolisis pada pesakit diabetes yang menyebabkan turunnya kadar gula darah. Maka daripada itu, memakan bawang merah boleh meningkatkan dan menormalkan gula dalam tubuh.

4. Meningkatkan Kesehatan Otak
Bawang merah mengandung folat yang boleh meningkatkan kesihatan otak. Selain itu, kandungan lain pada bawang, seperti zat besi dan pyrithione juga bermanfaat bagi fungsi otak dan meningkatkan aktiviti neurologis.

5. Mendukung Kesihatan Saraf Dan Otot

Bawang merah kaya akan kalium, yang fungsinya sangat penting bagi tubuh. Kalium di dalam bawang merah memiliki khasiat menyokong otot dan saraf agar boleh bekerja dengan normal.

Saraf dan otot yang sehat tentu akan membantu kita melakukan berbagai aktiviti setiap hari. Bila kadar kalium rendah, kita boleh mengalami masalah pada saraf atau otot. Oleh karena itu, manfaat kandungan kalium pada bawang merah bisa membantu menjaga kesihatan.

6.Menyihatkan tulang

Khasiat bawang merah yang perlu kita ketahui adalah menjaga kesihatan tulang. Manfaat ini berasal daripada kandungan kalsium pada bawang merah. Mineral ini menjaga tulang supaya tetap kuat dan merangsang pertumbuhan sel tulang baru menggantikan sel tulang yang rosak.

Tak hanya kalsium, mineral lain pada bawang merah juga memberikan manfaat serupa, seperti tembaga, zat besi, dan fosfor.

7. Meningkatkan Imun
Kekebalan tubuh saat mengonsumsi bawang merah bisa meningkat dan mencegah dari berbagai penyakit, seperti flu, demam, hingga bronkitis. Caranya cukup tambahkan bawang merah dengan makanan yang kamu santap. (Sumber: https://health.detik.com/berita-detikhealth/d-5158701/14-manfaat-bawang-merah-mentah-bagi-kesehatan)

Cara Simpan Bawang Supaya Tahan Lama & Tak Busuk

Bawang Merah Kaya Khasiat

Bawang adalah bahan masakan yang wajib ada di setiap dapur rumah. Sangat jarang masakan yang tak menggunakan langsung bawang, tidak kira, bawang besar, merah, Holland mahupun bawang putih.

Disebabkan ia barang keperluan dapur, pasti ramai yang membelinya dalam jumlah yang banyak. Tapi macama mana  anda menyimpannya supaya tahan lama?

Simpan Di Tempat Terbuka & Kering
Pastikan untuk menyimpan bawang di tempat terbuka dan kering. Bawang yang disimpan di tempat seperti ini akan tahan lebih lama. Sebaliknya, elakkan simpan bawang lembab  atau basah. Ini kerana ia boleh menyebabkan bawang cepat busuk.

Asingkan Dengan Barang Dapur Lain

Pastikan bawang tidak disimpan bersama sayur-sayuran atau bahan dapur yang lain seperti cili kering dan rempah ratus kerana ini akan menjadikan bawang cepat busuk, rosak dan rasanya juga berubah.

Bawang Kupas

Simpan bawang yang telah dikupas di dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.  Apabila sedia digunakan baru dicuci, dihiris atau dikisar sebelum dijadikan bahan campuran penumis masakan.

Bawang Kisar
Sesuai untuk mereka yang sibuk dan mahu menjimatkan masa di dapur. Boleh kisar dahulu bawang itu dan simpan bawang yang telah dikisar halus di dalam freezer. Tetapi hendaklah ia dimasukkan dalam bekas yang bertutup kemas.

Asingkan setiap jenis bawang dalam bekas berbeza. Apabila ingin memasak ambil  hanya untuk keperluan, lebihnya simpan semula dalam freezer.

Baca ini juga: https://surihack.com/khasiat-minum-lemon-jadi-suplemen-terbaik/

Leave a Comment!

error: Content is protected !!