10 Skincare Kulit Berminyak | Kulit jenis berminyak seringkali menyebabkan pelbagai masalah seperti liang tersumbat dan jerawat pada muka.
Selain daripada itu mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak juga sering mengeluh bila tersalah pilih produk penjagaan muka atau produk mekap.
Pemilihan pelembap yang silap boleh menyebabkan kulit muka ekstra berminyak sepanjang hari apabila dipakai. Ini hanya akan menyebabkan ketidakselesaan dan paling teruk bila jerawat terus ‘naik’ di muka.
Punca Kulit Berminyak
Ada banyak faktor penyebab kulit berminyak seperti genetik, hormon dan gaya hidup. Punca kulit berminyak adalah kerana pengeluaran minyak berlebihan oleh kelenjar sebum.
Sebum berlebihan yang dihasilkan akan menyebabkan kulit berminyak, liang pori tersumbat dan masalah jerawat.
Selain dari itu penjagaan muka yang tidak betul serta penggunaan produk penjagaan muka yang salah turut menjadi punca kulit berminyak.
Untuk mengatasi kulit berminyak, suri kena jaga kebersihan muka, elak menggunakan produk yang mengandungi minyak sebaiknya guna produk yang dicipta khusus untuk kulit berminyak.
Pemilik kulit berminyak jangan guna pencuci muka yang mengandungi bahan-bahan seperti avocado, apricot, mineral, badam atau kelapa.
Rutin Skincare Kulit Berminyak
Sebenarnya penjagaan muka yang betul perlu mematuhi Langkah-langkah yang betul supaya ia benar-benar memberi kesan kulit muka yang sihat dan bercahaya.
Berikut adalah langkah betul pemakaian skincare.
- Pembersih mekap
- Pencuci muka
- Toner
- Serum
- Pelembap
- Sunscreen
Bila sudah lengkap rutin pemakaian skincare tersebut barulah anda boleh muka memakai alatan mekap yang bersesuaian. Barulah muka nampak glowing dan cantik.
Baca Cara Hilangkan Karang Gigi Dengan Mudah
10 Skincare Kulit Berminyak
Jadi pastikan anda menggunakan produk skincare kulit berminyak yang betul. Kalau tak tahu apa produk bersesuaian boleh rujuk pada senarai produk skincare kulit berminyak yang sesuai untuk suri semua.
- Cetaphil Oily Skin Cleanser
Untuk kulit yang berminyak, pembersih Cetaphil Oily Skin membantu menghilangkan minyak, kotoran, bendasing dan solekan tanpa menjejaskan lapisan kulit.
Pembersih muka ini sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat atau kedua-duanya sekali. I
a juga sesuai untuk membersihkan muka dan mengurangkan penghasilan sebum dengan berkesan dalam masa 2 minggu. Kelebihan paling best sekali pembersih muka ini iaitu tidak menyebabkan liang pori tersumbat.
2. Neutrogena Oil-Free Acne Wash
Pembersih muka jenama ini membantu mencegah jerawat dalam satu langkah mudah. Ia menghilangkan minyak dan membuka pori-pori dan bitnik hitam. Ia sememangnya direka khusus untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat.
Formula bebas minyak membilas bersih tanpa terlalu mongering atau merengsakan kulit muka meninggalkan kesan tetapi lembut. Tiada lagi masalah pori tersumbat.
3. Eucerin ProACNE Solution Toner
Tugas toner adalah untuk membersihkan liang pori yang terbuka selepas menggunakan pembersih muka. Toner Eucerin bertindak melindungi kulit muka dan menjaga liang pori dari terus tersumbat akibat kotoran luar.
4. Dermaction Plus By Watson Pro Acne Skin Toner
Skincare untuk kulit berminyak memang dilabelkan sebagai anti acne kerana minyak berlebihan menjadi punca utama masalah jerawat.
Toner ini amat ringan. Ia membantu mengecilkan pori, mengurangkan iritasi dan mengawal lebihan sebum.
Ia juga dirumus dengan formula yang menghalang pembiakan bakteria punca jerawat serta mencerahkan parut jerawat sedia ada.
5. Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum
Serum kawalan minyak yang membantu mengawal rembesan sebum yang berlebihan dan membantu mengimbangi warna kulit.
Ia menggalakkan pengelupasan kulit dengan membuang sel kulit mati berlebihan dari permukaan kulit mengelakkan pori tersumbat.
Produk ini mengandungi AHA yang boleh meningkatkan sensitiviti kulit kepada matahari. Anda disyorkan memakai sunscreen selepas memakai serum ini pada waktu siang. Kandungan tea tree oil dikatakan
6. Nano White Sport Correction Advance Serum
Serum yang ringan dan cepat menyerap ini mengandungi Niacinamide untuk mencerahkan bintik-bintik gelap dan parut jerawat dengan berkesan sambil memperbaiki tekstur kulit.
Arbutin mencerahkan untuk memberikan kulit kusam pandangan yang lebih berseri.
Teknologi Nano Encapsulating menyampaikan agen pencerahan kulit ini jauh ke dalam kulit anda dan melepaskannya apabila kulit anda amat memerlukannya.
Ia juga berkebolehan untuk membetulkan tona kulit yang tidak sekata dan menghaluskan pori-pori.
7. Aiken Vita-C Bright Moisturiser
Moisturizer atau pelembap bertujuan untuk memberi kelembapan pada kulit muka. Tekstur pelembap Aiken Vita-C Bright ini mudah menyerap dan mampu untuk mencerahkan kulit.
Kandungan vitamin C asli dari Jepun memberikan kesan glowing pada wajah bahkan kulit berminyak juga dapat dikurangkan dan berkesan mengurangkan kesan parut jerawat.
8. Wardah Lightening Day Gel
Jenama skincare dari Indonesia ini terkenal dengan rangkaian harga yang murah dan berkualiti.
Ia sesuai untuk mereka yang inginkan kulit segar, kurang berminyak dan sihat kerana mengandungi Niacinamide dan tekstur produk ini dalam bentuk gel, jadi ia mudah menyerap dan menyejukkan kulit muka.
9. Hado Labo Perfect UV Sunscreen Gel
Rutin terakhir penjagaan muka iaitu pemakaian sunblock atau sunscreen. Ia penting untuk memberikan perlindungan untuk kulit muka daripada pancaran UV.
Suncreen untuk kulit berminyak ini memberikan perlindungan UV yang tinggi dengan bahan penjagaan kulit tambahan.
Ia mengandungi Super, Medium dan Nano Hyaluronic Acid yang memberikan penghidratan tahan lama melalui setiap lapisan.
Ia menyerap cepat, tidak ada kesan berminyak serta mempunyai perlindungan spektrum luas terhadap sinaran UVA dan UVB.
10. Bio-Essence Bio-Water Hydrating Sunscreen
Sunscreen ini mengandungi Nano Hyaluronic Acid dan Hyaluronic Acid untuk memberikan kulit yang lebih anjal dan lembap.
Ia memberi kesegaran kepada kulit, tidak meninggalkan beban pada kulit. Ia juga memberikan kulit perlindungan daripada sinaran UVA & UVB yang berbahaya.
Sunscreen yang mengandungi penghidrat semula jadi; Vitamin B5 & Asid Hyaluronik secara intensif menambah dan mengunci kelembapan untuk kulit.
Tekstur yang halus dan ringan, tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada kulit. Ia sangat sesuai kulit berminyak dan kulit sensitif.
Bahan Utama Skincare Kulit Berminyak
Bila nak pilih produk skincare kulit berminyak pastikan mempunyai bahan yang sesuai mengikut masalah kulit anda.
Kalau suri mempunyai jenis kulit berminyak, bahan wajib ini mesti ada dalam produk skincare harian anda.
- Retinol: Terkenal dengan sumber anti aging dan sangat bagus untuk kulit berminyak. Dalam masa yang sama mampu membersih sel kulit mati dan menjadikan kulit berseri bersih.
- Niacinamide: Dikenali sebagai vitamin B3 yang baik untuk beberapa fungsinya seperti melegakan iritasi, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan kulit berminyak.
- Salicylic acid: Berfungsi menyingkirkan masalah jerawat, membuang sel kulit mati dan menyingkirkan kotoran sehingga liang pori anda. Lipophilic yang sangat tertarik pada minyak, bermaksud dapat menyingkirkan minyak pada wajah anda malah menjadikan kulit wajah lebih segar.
- Hyaluronic acid: Mampu meningkatkan tahap kelembapan pada wajah tetapi tidak menyebabkan kulit berminyak.
Rutin Penjagaan Terbaik Kulit Berminyak
Mungkin ramai beranggapan penggunaan skincare kulit berminyak sudah cukup untuk mendapatkan hasil berkesan.
Tetapi sebenarnya ada penjagaan lain juga yang perlu dilakukan. Pemilik kulit berminyak kena elakkan mencuci muka terlalu kerap, cukup cuci muka dua kali sehari sahaja (pagi dan malam).
Ini kerana jika terlalu kerap mencuci muka, liang pori akan menghasilkan lebih banyak minyak lagi. Tapi jika ingin membersihkan solekan untuk bersolat, anda boleh cuci menggunakan micellar water sahaja.