Tomato Beku Petua Cepat Hilangkan Jerawat| Siapa ye tiada masalah jerawat. Setiap orang pasti alami masalah ini, bezanya teruk atau tak. Jerawat adalah antara masalah kulit wajah yang sering muncul tanga kita sedari. Kalau seketul dua tiada masala, tetapi agak rimas kalau berbiji-biji di kawasan sekitar pipi.
Korang jangalah risau, ada pelbagai cara untuk mengatasi maslah jerawat hakus ini dan salah satunya dengan menggunakan petua tradisional.
Artikel Lain: Tempe Kaya Khasiat, 11 Manfaat Dari Sudut Kesihatan Dan Kecantikan
Nampak macam leceh, tetapi inilah ubat jerawat paling berkesan lenyapkan terus jerawat kecil di wajah. Hanya guna tomato beku petua cepat nak hilangkan jerawat
Tomato Beku Petua Cepat
Macam perkongsian oleh pengguna media sosial, Afy Al Habibi memberitahu amalan petua tradisional untuk menurut pori menghilangkan jerawat halus dan jeragat. Dia dah cuba beberapa kali dan hasilnya memang sangat best.
Tidak susah, hanya gunakan tomato dan roller saja di muka. Tetapi pesannya jika mahu hasil yang lebih mantap, kenalah buat rutin setiap pagi.
Sebelum pergi kerja, tenyeh dulu di wajah kemudian basuh macam biasa. Jom kita lihat perkongsiannya.
Cikgu mula perasan kedutan garis halus kat tepi birai mata dah timbul. Salah satu punca asyik menghadap telefon lama sangat ni. Hii faktor penuaan pun ya.
Cikgu juga ada masalah pori sedikit terbuka. Harapkan boleh tepek dengan foundation je untuk sedapkan mata.
Jerawat tanpa segan dah timbul sekarang. Sebabnya suka tukar-tukar pro duk. Asal lalu iklan kat T T cikgu cepat je bawa masuk bakul. Selagi tak be li asyiklah teringat. Ermm lepas tu pesen perangai gini tunggu sampai baranglah di rumah. Aha.
Ermm lagi satu bintik jeragat . Walaupun tengok sekadar macam nampak tak nampak, bahaya kalau biar berterusan. Nak belek muka pun jadi mudah mood lari.
Hilangkan Jerawat
Penyelesaiannya paling cepat buat rawatan moden di pusat-pusat kecantikan di luar sana.
Ermm kalau pergi selalu mesti makan modal banyak. Jadi cikgu nekadlah kali ini pilih untuk kembali mengamalkan petua tradisi.
Langkah pertama cikgu cari kat Sopee bekas ais muka di sini;
Senang buat jadi ‘roller’. Kalau bekukan seketul-ketul, cikgu malas nak balut dalam kain tuala.
Maka untuk menghilangkan jerawat halus dimuka cikgu kisar setengah biji tomato dengan sedikit sahaja air. Masukkan ke bekas tadi dan biar semalaman dalam peti.
Cara cikgu guna boleh baca dekat gambar okey.
Amal rutin ini setiap pagi. Banyak manfaatnya dengan menjadikan bahan semulajadi dan ais sebagai perawatan wajah.
Senang cerita, boleh mengembalikan kulit menjadi sihat dan awet muda semula. Kuncinya kena rajin. Sekadar buat sekali dua memang payah nak berkesan. Jangan tinggal walau satu hari.
Selain tomato, banyak lagi bahan semulajadi yang mudah didapati dalam peti sendiri di dapur tu. Nanti cikgu nak tukar kisar timun batang, lemon, campuran bunga-bunga.
Wahh tak sabarnya! Jom kita sama-sama konsisten. Bolehlah raya tahun depan pakat nampak berseri-seri semua.
Artikel Lain: Sofea Jane Pilih Jadi Vege Nak Kekal Awet Muda