AEON Lancar Duta Kids Republic Yang Pertama dan Kelab Very Important Parents (VIP)

AEON mengumumkan pelancaran Duta Kids Republic dengan tema  “Kids Who Create the Future” atau “Kanak-kanak yang Mencipta Masa Depan.” Misi pencarian duta jenama Kids Republic yang terakhir berlangsung di IOI City Mall bersama-sama dengan pelancaran Club Very Important Parents (VIP) pada 24 Jun 2023 baru-baru ini.

Terdapat 24 peserta akhir untuk peringkat akhir ini. Mereka tergolong dalam Kategori A, yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 5 hingga 8 tahun, dan Kategori B, yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun.

Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah dinobatkan sebaga Duta Kids Republic AEON yang pertama. Kepetahan dan keyakinan yang tinggi membuatkan dia menjadi pilihan para juri pada hari itu.

Pemenang mengikut kategori

No.KategoriPemenang
1.Kategori A (5 – 8 tahun)1. Muhammad Yusha Harris bin Muhd Yuzri Nizal (Lelaki)
2. Naira Alisha binti Mohammad Aimil Fariz (Perempuan)
2.Kategori B (9 – 12 tahun)1. Ahmad Rageen bin Sultan Ahmad
2. Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah

Duta Kids Republic

Duta Kids Republic dengan Semangat “Kanak-kanak yang Mencipta Masa Depan”

Kesemua peserta peringkat perlu melepasi acara terakhir ini perlu menyelesaikan cabaran Kotak “Kanak-kanak yang Mencipta Masa Depan.” terlebih dahulu. Didalam setiap kotak ini terdapat dua belas petak bernombor yang masing-masing mengandungi mainan dan soalan yang akan menentukan kelayakan mereka sebagai duta Kids Republic.

“Pencarian Kids Republic AEON bertujuan untuk menyokong keperluan ibu bapa dan kanak-kanak ketika mereka membesar. Kami berkeyakinan bahawa kanak-kanak adalah arkitek masa depan, dan kami ingin mendengar dari mereka tentang bagaimana mereka membayangkan mencapai kejayaan tersebut. Kemudian, kami ingin menyokong mereka setiap langkah dalam perjalanan itu, memperjuangkan keperluan mereka,”  Low Ngai Yuen, Chief Merchandise and Marketing Officer 

Panel Juri yang Kompeten dan Berpengalaman

Panel juri bagi Carian Duta Kids Republic AEON terdiri daripada profesional industri, berpengaruh, dan tokoh-tokoh ternama yang komited dalam memupuk potensi kanak-kanak. Setiap juri membawa pengalaman dan kepakaran yang luas, menjadikan carian ini lebih menarik dan berdaya saing. Antara juri-juri tersebut adalah Prichelle Lim, Pengurus Rakan Kongsi untuk Singapura dan Pengurus theasianparent, Gillian Hung (Mama G), Ikona Fesyen dan Penasihat Antarabangsa; Perekayasa dan Pengasas MMAG, serta Penasihat Persatuan Reka Bentuk Rasmi Malaysia (MODA) dan Ruzaidi Zaman, Pengurus Kedai AEON Putrajaya.

Kelab Very Important Parents (VIP): Menghargai Perjalanan Ibu Bapa

Dalam peringkat akhir ini juga serentak pelancaran Klub Very Important Parents (VIP), ciri baru dalam aplikasi super iAEON. VIP didedikasikan untuk meraikan ibubapa dan menyokong setiap peringkat pertumbuhan kanak-kanak. Ia akan memberi ganjaran kepada ibu bapa yang menjadikan AEON destinasi kegemaran keluarga mereka. Terdapa pelbagai faedah, keistimewaan, dan pengalaman yang disesuaikan untuk menjadikan perjalanan sebagai ibu bapa lebih istimewa.

Dengan pelancaran Klub Very Important Parents (VIP), AEON menghadirkan peluang baru kepada ibu bapa untuk merayakan dan menyokong setiap peringkat pertumbuhan kanak-kanak mereka. Keanggotaan dalam klubb ini memberikan keistimewaan istimewa kepada ibu bapa yang menjadikan AEON sebagai destinasi keluarga pilihan mereka.

Kelebihan Kelab Very Important Parents (VIP) termasuklah:

  • Ganjaran dan Faedah Khas: Keanggotaan dalam Klub VIP membolehkan ibu bapa menikmati pelbagai ganjaran dan faedah eksklusif. Ini termasuk diskaun istimewa, tawaran terhad, dan faedah beli-belah yang lain.
  • Pengalaman Peribadi: AEON menghargai setiap peringkat pertumbuhan kanak-kanak. Dengan keahlian VIP, ibu bapa akan mendapat akses kepada pengalaman peribadi yang disesuaikan untuk merayakan momen berharga dalam kehidupan kanak-kanak mereka.
  • Sokongan dan Bimbingan: Klub VIP bertujuan untuk menyokong ibu bapa dalam perjalanan penting ini. Mereka akan mendapat akses kepada sumber-sumber pendidikan, nasihat, dan panduan yang berguna untuk membantu mereka dalam memenuhi keperluan dan perkembangan kanak-kanak.

Melalui inisiatif Kids Republic AEON dan pelancaran Kelab Very Important Parents (VIP), AEON mengambil peranan proaktif dalam membina generasi muda yang berkualiti dan berdaya saing. Dengan memberi inspirasi dan sokongan kepada kanak-kanak, AEON menggalakkan mereka untuk menjadi penggerak masa depan.

Dalam dunia yang berubah dengan pantas, penting bagi kita untuk memberikan ruang kepada kanak-kanak untuk mewujudkan potensi mereka. AEON berkomitmen untuk berada di sisi kanak-kanak dan ibu bapa dalam perjalanan mereka mencapai kejayaan.

Teruslah mengikuti perkembangan Kids Republic AEON dan Kelab Very Important Parents (VIP) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program-program dan ganjaran-ganjaran yang menarik.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!