5 Cara Rangsang Otak Bayi Supaya Jadi Bijak

Cara Rangsang Otak Bayi | Otak bayi baru lahir mempunyai sebanyak 100 bilion sel saraf, yang sebahagian besar sudah berhubung dan bersedia untuk terhubung dan siap untuk menguruskan maklumat.

Pada usia 3 tahun, otak bayi sudah mencapai 90% dari ukuran otak orang dewasa. Ketika usia kanak-kanak, otak bayi sangat responsif terhadap persekitaran dan melakukan perhubungan baru setiap saat.

Kajian menunjukkan bahawa terdapat jenis pengalaman tertentu yang boleh anda berikan kepada bayi untuk membina hubungan yang berkekalan. Dan berita baiknya semua itu mudah dilakukan.

PEMBANGUNAN OTAK BAYI

  1. Otak bayi sangat responsif terhadap bahasa dan muzik, terutama ketika dalam kandungan.
  2. Otak bayi juga memberi tindak balasa terhadap interaksi sosial, termasuk ekspresi wajah dan emosi orang lain.
  3. Otak bayi sangat bertindak balas terhadap rangsangan sensori, seperti sentuhan, rasa, bau, suara, dan warna.
  4. Otak bayi sangat responsif terhadap perkara rutin itas yang membantu mereka memahami dan mengendalikan persekitaran mereka.
  5. Otak bayi sangat responsif terhadap kasih sayang dan perhatian ibu bapa, yang sangat penting untuk perkembangan emosional dan sosial mereka.
  6. Otak bayi sangat responsif terhadap pengalaman dan latihan, yang dapat mempengaruhi perkembangan kognitif, motorik, dan bahasa.
  7. Otak bayi sangat responsif terhadap nutrisi dan kesihatan, yang sangat penting untuk perkembangan fizikal dan mental.
  8. Perlu diingat bahwa perkembangan otak bayi sangat kompleks dan bergantung pada interaksi antara genetik dan persekitaran.

PEMBELAJARAN UNTUK BAYI

Menurut Maryam Jamadi, Occupational Therapist, ibu bapa kena rangsang otak anak sejak lahir kerana 90% perkembangan otak adalah semasa umur 6 tahun ke bawah.

Kira-kira 80% perkembangan otak semasa anak umur 3 tahun, 90% semasa anak umur 6 tahun ke bawah.

Menurutnya, ramai ibu bapa beranggapan cara nak merangsang otak anak perlu banyak bermain flash card dengan anak, kena baca banyak buku, hantar mereka ke kelas tambahan sepanjang hari.

Namun, sebenarnya untuk merangsang otak (kognitif) anak tidak perlu keluar modal besar. Hanya bermodalkan masa dan perhatian kita kepada anak sahaja.

Baca tajuk menarik Tips Kawal Anak Mengamuk Dengan Tenang

5 CARA RANGSANG OTAK BAYI

cara rangsang otak bayi
Photo by Sunvani Hoàng: www.pexels.com

Bermula dari awal pagi hingga waktu tidur, pelbagai rutin harian yang dilakukan bersama bayi sebenarnya membantu merangsang perkembangan bayi anda.

  1. Menyusu bayi atau minum susu botol

Antara cara rangsang otak bayi baru lahir adalah masa menyusu. Ia adalah waktu terbaik bonding bersama bayi. Ia juga masa terbaik untuk membuatkan otaknya berfungsi. Bayi baru lahir lebih banyak memberi fokus pada wajah ibunya dari jauh ketika mereka menyusu. Jadi semasa menyusukan anak, pastikan anda melihat muka bayi jadi anda berdua boleh membuat ekspresi muka bersama. Beri tindak balas dan ulangi bunyi yang dibuat oleh si manja untuk membantunya belajar membina perkataan dan perbualan.

Jika bayi anda minum susu botol, pastikan dia berada di sekeliling ketinggian dada anda untuk memastikan dia cukup dekat untuk memberi tumpuan pada wajah anda.

2. Masa tukar lampin

Walaupun ia bukan tugas yang digemari para ibu bapa tetapi jangan lakukan tugasan ini dengan tergesa-gesa. Ini sebenarnya masa terbaik untuk mengajar kemahiran Bahasa kepada si manja. Sambil tukar lampin rajin-rajin bercakap dengan anak atau menyanyi. Bayi boleh menyimpan memori dalam otak tetang rutin yang sama dibuat oleh ibu ayah setiap kali menukar lampin.

3. Masa mandi

Ia bukan sekadar masa mandi, tetapi masa belajar sains dan matematik! Bayi suka melihat situasi anda masukkan air dari satu bekas ke bekas lain selain daripada seronok main dalam tab mandinya. Waktu mandi mereka boleh belajar pelbagai perkara seperti punca dan sebab, bagaimana graviti berfungsi dan memerhati paras air. Secara tidak langsung mereka belajar asas kemahiran matematik.

cara rangsang otak bayi
Photo by Nasirun Khan: www.pexels.com

Waktu mandi juga merupakan masa terbaik untuk anda berinteraksi dengan si manja. Lagu merangsang otak bayi, jadi menyanyi sambil menyabun badan mereka membantu perkembangan kemahiran bahasa. Mainan untuk merangsang kecerdasan otak bayi ketika mandi iaitu menggunakan span mandian untuk bermain ‘ba ba cak’ juga membantu si kecil belajar tentang kewujudan objek atau ketiadaannya.

4. Waktu Makan

Terdapat permainan universal yang dimainkan oleh bayi apabila mereka berada di kerusi tinggi ketika waktu makan. ‘Biarkan saya menjatuhkan makanan ini (atau sudu, cawan atau mainan) di atas lantai dan lihat apa yang berlaku.

Situasi ini bukan sekadar masa berseronok, tetapi ia peluang untuk mereka mempelajari tentang kewujudan objek. Selain dari itu otak anak juga terangsang untuk mengembangkan kemahiran motor halus yang penting apabila dia berusaha untuk cuba memegang atau mengambil sisa makanan kecil yang berterabur.

Anda juga boleh menggunakan masa makan untuk mengajar bayi konsep mengenal tekstur yang berbeza serta perbezaan antara panas dan sejuk.

5. Waktu tidur

Sebelum anak tidur, gunalah peluang untuk bersembang atau bercerita sebagai sebahagian daripada rutin akhir hari mereka yang merupakan cara terbaik untu meningkatkan perkembangan otak bayi.

Rajin-rajin untuk meluangkan masa untuk membaca atau hanya melihat gambar dalam buku sejak anak lahir lagi. Anda tak perlu membaca cerita dari awal hingga akhir. Rutin sebelum tidur juga merupakan masa terbaik membina ikatan anak dan ibu bapa.

Kanak-kanak yang mempunyai ikatan yang rapat dengan ibu bapa berasa selamat dan belajar dengan baik. Mereka akan tertidur dan bangun tidur dalam keadaan otak yang berkembang dengan baik untuk memulakan satu hari lagi peluang meneroka dan belajar perkara baru lain.

TEKNIK MENINGKATKAN IQ BAYI

Cara rangsang otak bayi ini memerlukan teknik yang betul. Maryam Jamadi berkongsi teknik meningkatkan IQ bayi untuk ibu bapa lakukan sebagai rutin harian.

  • Banyakkan aktiviti bercerita dengan anak tentang perkara yang berlaku di sekeliling mereka kerana ia membantu si kecil. Ini kerana waktu ini anak dah mula boleh belajar melalui bahasa.
  • Konsepnya semakin banyak kita bercakap dengan anak semakin banyak kosa kata yang anak belajar dan semakin bagus kemahiran bahasa anak. Semakin banyak yang anak boleh faham tentang apa-apa yang berlaku di sekitarnya semakin berkembang cara pemikiran dan otak ana.
  • Jadi jangan paksa anak duduk lama untuk belajar sesuatu sebelum rangsang minat anak nak belajar. Anak perlu minat dahulu duduk belajar dan panjangkan waktu anak perlu habiskan setiap tugasan mengikut umur dan skil fokus anak.
  • Purata skil fokus, 1 tahun : 3 minit. Contohnya anak 3 tahun, sepatutnya boleh fokus selama 9 minit. Jika anak boleh fokus lebih lama, lebih baik.
  • Kawal pendedahan gadget dan TV, pastikan rancangan bersesuaian dengan umur anak dan mak ayah menonton TV/gadget bersama-sama anak. Limit 1 jam sahaja SEHARI.
  • Jika kita faham tahap dan konsep bagi merangsang kognitif anak, tak perlu pun keluarkan modal yang besar untuk mengajar anak. Cukup dengan selalu “membebel” dengan anak pun boleh bantu dalam perkembangan otak anak.
  • Kalau kalian ada latarbelakang dalam apa-apa bidang, jangan lupa dedahkan sahaja ilmu pengetahuan yang kita ada kepada anak.

One Response

  1. Netty Ah Hiyer January 16, 2023

Leave a Comment!

error: Content is protected !!