Bantuan Zakat Pelajar IPT Dalam & Luar Negara

Bantuan zakat pelajar IPT dalam dan luar negara telah mula dibuka. Bagi pelajar IPT yang tinggal di Selangor jangan lepaskan peluang untuk mula membuat permohonan bantuan zakat di bawah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS).

Zakat Selangor membuka permohonan bantuan zakat ini mensasarkan kepada golongan keluarga B40 & M40 yang mempunyai anak melanjutkan pelajaran ke peringkat sama ada Sijil, Diploma, Degree & Master.

Bantuan zakat bagi tahun 2021 ini adalah secara one-off sahaja. Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan sebanyak RM700 (SPZAS IPT dalam negara) & RM2,500 (SPZAS IPT luar negara) bagi setiap peringkat pengajian.

Sekurang-kurangnya dengan memohon bantuan sumbangan zakat ini, ia dapat meringankan sedikit bebanan kewangan sesetengah keluarga yang mungkin menghadapi kesukaran apabila anak melanjutkan pelajaran.

Bantuan zakat pelajar IPT ringankan bebanan kewangan

bantuan zakat pelajar IPT

Tidak semua orang mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi saat anak melanjutkan pelajaran. Setiap orang ada masalah tersendiri. Sebenarnya ada pelbagai bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan yang mungkin tidak disedari oleh ramai orang.

Rugi sekiranya kita tidak cuba membuat permohonan bantuan yang disediakan. Sekurang-kurangnya dapatlah menambah sedikit keperluan kewangan anak yang hendak melanjutkan pelajaran.

SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.

Cara mohon bantuan zakat

bantuan zakat pelajar IPT
Photo by Monstera from Pexels

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web LZS di zakatselangor dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan. Dokumen fizikal permohonan tidak perlu diajukan kepada LZS.

Sumbangan ini akan diluluskan kepada permohonan yang menepati syarat bergantung kepada peruntukan sumbangan sedia ada. Permohonan dibuka bermula 20 November 2021 jam 12.01 am dan akan tamat pada 20 Disember 2021 jam 11.59 pm.

Bagaimanapun permohonan akan ditutup sekiranya telah mencapai had peruntukan yang ditetapkan iaitu RM4,000,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM1,000,000 bagi SPZAS IPT luar negara.

Permohonan SPZAS IPT dalam negara hanya terbuka kepada pelajar semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:

  1. Sijil
  2. Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
  3. Diploma/Diploma Lanjutan
  4. Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
  5. Ijazah Sarjana (Master)

Permohonan SPZAS IPT luar negara pula hanya terbuka kepada pelajar di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan serta Morocco yang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pelajar IPT separuh masa juga boleh memohon

Bantuan zakat ini bukan hanya terbuka kepada pelajar IPT sepenuh masa, bahkan mereka yang melanjutkan pelajaran separuh masa juga layak memohon.

Bagaimanapun bagi pelajar IPT di kalangan Asnaf Zakat di IPT awam atau pun swasta tidak boleh memohon bantuan ini kerana mereka mendapat bantuan berikut:

  • Yuran Pengajian
  • Belanja persediaan masuk IPT
  • Wang Saku setiap bulan
  • Bayaran Penginapan
  • Elaun Buku

Tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.

Sekiranya permohonan masih dibuka dan terdapat permohonan yang dihantar dalam masa 5 hari sehingga sebelum tamat tempoh permohonan, LZS akan membuat pembayaran bagi permohonan tersebut selewatnya pada tarikh 20 Januari 2022. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).

Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan melayari laman web LZS. Maklum balas status permohonan juga akan diemelkan kepada pemohon.

Uar-uarkan info ni kepada kawan-kawan yang ada anak belajar di IPT. Tapi hanya untuk mereka yang menetap di Selangor sahaja tau!

BACA: Tukar & Aktifkan Kad Debit Maybank Secara Online

Leave a Comment!

error: Content is protected !!