Simpanan Emas Bayar PTPTN. Ini Caranya Paling Efisien

Simpanan emas bayar PTPTN merupakan cara bijak untuk melangsaikan kembali pinjaman pendidikan. Mesti ramai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih dikenali sebagai PTPTN nak tahu taktiknya.

Ramai pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi memohon pinjaman PTPTN bagi membantu menanggung kos pembelajaran mereka.

Namun, ramai bekas peminjam mengeluh bila bercakap bab membayar balik pinjaman. Zaman Kak Suri belajar belum wujud lagi pinjaman PTPTN. Jadinya tak tau sangat keperitan yang dilalui untuk melangsaikan pinjaman.

Kebanyakan merasa terbeban kerana perlu membayar dalam jumlah yang tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan mereka yang kecil kerana baru bekerja.

Bagaimana simpanan emas bayar PTPTN?

Kak Suri memang sedia maklum simpanan emas antara simpanan terbaik dan menguntungkan bagi jangka masa panjang.

Harga emas tak pernah turun. Biasanya harga emas akan terus meningkat dari semasa ke semasa bergantung pada faktor ekonomi dunia.

Jadi memang tak rugi siapa yang melaburkan duit mereka membuat simpanan emas. Tetapi perkongsian Pokngoh di Twitter mengenai caranya melangsaikan hutang pinjaman PTPTN menggunakan simpanan emas memang menarik.

Cara simpanan emas bayar PTPTN

  1. Sepanjang belajar di universiti, di samping berjimat cermat, sy buat pelbagai kerja dan bisnes. Sy letak target paling kurang pun kena ada minimum 50 GRAM simpanan EMAS untuk bayar balik pinjaman PTPTN.
  2. Apabila dapat untung berniaga sy akan beli emas secara KONSISTEN 2 GRAM setiap bulan.
  3. Pada awal permulaan saya beli emas dan simpan emas semasa di universiti, harga purata emas pada masa itu hanya RM180-RM190 sahaja untuk 1 gram. Hari ini harga emas sudah capai RM265/gram dan pernah cecah sehingga RM304/gram Ogos tahun lepas. Menyimpan cara ni sgt UNTUNG.

BACA: 5 Aplikasi Dari JAKIM Untuk Pengguna Muslim

simpanan emas bayar PTPTN
Kadar kenaikan harga emas


Ibarat sy simpan emas 50 gram dlm masa 2 tahun dgn modal RM9000+ shj tp apabila sy jual balik emas tersebut pd hari ini sy dpt lebih kurang RM12500+. Untung tu sy dpt dlm masa TAK SAMPAI 3 tahun, malah ada lagi duit lebih.

Kredit kpd Tuan Azam.

Rahsia emas sebagai simpanan

Inilah rahsia EMAS sbg simpanan yg orang ramai tak nampak terutamanya anak muda yg masih belajar di universiti.

Bagi yg belum lagi ada akaun GAP Public Gold dan berminat nk beli emas fizikal atau nk menabung emas sikit2 dlm akaun GAP Boleh buat akaun sendiri follow je step ni percuma sahaja.

  1. Daftar akaun disini:
  2. Isi detail & klik daftar. Pastikan email, no tel betul & screenshot no PG anda.
  3. Tunggu 10min, login akaun di Public Gold website @ download apps GAP – PGGroup.
  4. Klik “My GAP”, klik “Go to New Site”, klik “Buy GAP now”
  5. klik “Pay online (fpx)”, klik “Next”
  6. Masukan nilai RM atau gram emas yg kita nk beli (Minimum RM100)
  7. Ikut arahan hingga habis. Done. Dengan GAP kita boleh beli dan simpan emas serendah RM100 atau 1 gram.

Dengan GAP kita blh beli & simpan emas serendah RM100~0.38gram. Boleh lah nk bayar PTPTN. Lama2 simpan dah bergram: 1. Boleh pajak di arrahnu 2. Jual emas anda bila harga naik 3. Kumpul bnyk2 utk hantaran kawen pn blh Yg bestnya semua ni boleh buat dlm akaun ni je.

Soalan biasa tentang simpanan emas

Okay ni soalan biasa:

  1. Kena simpan RM100 setiap bulan? Tidak, boleh simpan bila2 sahaja spnjng hayat. Nk simpan bln 1 boleh, kemudian next simpn bulan 5 pun boleh.
  2. Kena simpan RM100 je ke? Tidak, RM100 tu min, nk simpan 10g, RM10K, RM150 pun boleh. Ikut kemampuan.

Wah, memang menarik perkongsian lelaki ni tentang simpanan emas. Berbaloi dia simpan dari zaman belajar. Bila dah tamat pengajian tak payah pening kepala baru nak kumpul duit bayar balik pinjaman.

Kita yang dah tak belajar pun tak rugi contohi caranya membuat simpanan emas.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!