Aplikasi dari JAKIM atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang dikongsikan ini memudahkan urusan harian pengguna muslim. Lagi-lagi sekarang ini, telefon pintar sudah jadi kemestian bagi hampir setiap orang.
Tak perlu lagi berasa keliru ketika mencari maklumat yang sahih. Ini kerana, informasinya daripada sumber yang dipercayai kredibilitinya.
5 aplikasi ini termasuklah memudahkan anda untuk membaca Al-Quran dengan terjemahan di telefon, mengetahui waktu solat dan masjid di persekitaran anda.
Mencari produk makanan dan minuman yang halal, membantu anda membuat semakan hadis sahih dan membolehkan anda belajar asas pendidikan Islam dengan bantuan aplikasi.
Pengguna telefon pintar yang mahu mendapatkannya boleh download di App Store mahupun Play Store.
Ketahui 5 Aplikasi Dari JAKIM Yang Boleh Dimuat Turun

Smart Quran
Ianya merupakan aplikasi mudah alin Al-Quran yang pertama diluluskan oleh Lembaga Kawalan dan Perlesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri Malaysia di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326).
Dengan adanya kelulusan ini bermakna, tiada kesilapan teks Al-Quran padanya sehingga menjejaskan kesucian kitab. Ianya juga sahih malah tiada penyelewengan.
Kandungannya turut diaplikasikan dalam pencetakan dan penerbitan mushaf Al-Quran yang diimport dan diedar dalam negara.
Anda boleh muat turun di sini :
Google Play – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.madcatworld.qurantestbed&hl=en
App Store – https://itunes.apple.com/my/app/smart-quran/id1351866913?mt=8
Aplikasi terawal yang dibangunkan oleh JAKIM dan Kerajaan Malaysia kira-kira dua tahun lalu ini, terdiri daripada mushaf Madihah V2 dengan terjemahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Ianya juga dibangunkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM). Suri boleh membuat pilihan audio daripada qari terkemuka dunia seperti Syeikh Abdullah Ibn Ali Bashaf, Syeikh Ali al Huzaifi, Syeikh Ibrahim al Akhbar dan Syeikh Muhammad Ayyud Ibn Muhammad Yusuf.
Baca juga : jaga kata-kata di media sosial, niat bergurau tapi beri kesan buruk pada orang lain.
mySolat
Aplikasi ini memudahkan untuk mengetahui waktu solat bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di mana pun anda berada, anda boleh mengaktifkannya.
Penunjuk arah kiblat juga disertakan untuk membolehkan anda mencari kedudukan arah kiblat yang betul.
Untuk memudahkan penggunanya, terdapat juga paparan masjid berhampiran bagi memudahkan anda yang sedang bermusafir atau travel ke mana-mana.
Mengandungi juga kalendar Islam, doa harian, koleksi bacaan, infografik, tasbih digital dan lain-lain fungsi.
Download mySolat di sini : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysolat&hl=en&gl=US
SmartHalalApps
Katakan anda sedang mencari restoran dan tidak pasti akan status halalnya. Boleh usahakan dengan mencari maklumat berkaitan di SmatHalalApps.
Selain premis makanan halal, anda juga boleh menyemak status halal produk makanan dan minuman yang mungkin anda sedang ragui.
Menarik juga kerana anda boleh membuat semakan rumah sembelihan, bahan habis pakai, kosmetik dan produk farmaseutikal dan perkhidmatan logistik yang disahkan halal oleh Persijilan Halal Malaysia.
Aplikasi ini dibangunkan oleh bahagian Hab Halal Jakim.
Muat turun aplikasi :
Apple – https://apps.apple.com/us/app/id1481934740
Android – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dermaga.smarthalalplatform
Smart Hadis aplikasi dari JAKIM
Smart Hadis berfungsi sebagai platform untuk anda mendapatkan hadis dan proses semakan hadis yang sahih.
Ada banyak koleksi hadis yang disediakan ini berdasarkan kitab, bab, perawi dan lain-lainnya. Walaupun baru dilancarkan awal tahun ini, ia sudah mendapat sambutan hangat.
Sehingga dimuat turun lebih 10,000 pengguna.
Download Smart Hadith di sini : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.smarthadith&hl=en&gl=US

Smart Muslim
Aplikasi ini yang dibangunkan dengan kerjasama SKMM ini membantu anda mendapatkan maklumat berkaitan pembelajaran asas Pendidikan Islam.
Salah satu konsep dakwah secara dalam talian. Menarik minat masyarakat untuk mengikuti pembelajaran sebagaimana di masjid dan surau.
Siapa saja boleh mengaksesnya tanpa had umur.
Muat turun aplikasi di sini : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.SmartMuslim&hl=en&gl=US
Menerusi aplikasi ini anda boleh belajar tentang fiqh iaitu bersuci, solatm korban, zakat dan pengurusna jenazah. Info yang dikongsikan juga mendapat pemantauan semakan oleh dua orang Felo Penyelidikan Fatwa JAKIM.
Mereka bertindak sebagai panel penilai untuk menyemak, menilai dan mengesahkan kesahihan kandungan.
Ia menggunakan rujukan yang masyhur seperti kitab Fiqh al-Manhaji Mazhab Shafie dan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman terbitan JAKIM sendiri.
Syukurlah dengan adanya aplikasi islamik sebegini, mudah untuk suri. Baik nak mengaji atau mahu membuat semakan hadis, boleh saja terus tengok telefon pintar itu.
Baca juga : Buah tangan untuk orang meninggal
Aplikasi dari JAKIM terbaik untuk umat Islam
Usaha ini sangat positif dan terbaik untuk seluruh umat islam di malaysia, dan semoga kita semua mendapat manfaat yang terbaik,
Jom kita muat turun dalam handphone kita