15 Cara Ubah Derita Jadi Bahagia, Nasihat Dr Fadzilah Kamsah

Hidup ini bukan selalu di atas. Gembira sentiasa. Ada ketikanya diuji juga dengan kesusahan. Namun, ada cara ubah derita jadi bahagia.

Bila mana kesusahan yang dialami itu dapat dihadapi dengan tenang, insyaAllah yang indah-indah akan berbalik kepada diri sendiri juga.

Sebagaimana tip yang dikongsi penceramah motivasi, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ada cara sebenarnya mahu mengubah derita menjadi bahagia.

Seronok juga bila di dengar. Sebab, bukan mudah sebenarnya nak ubah derita jadi bahagia. Tapi, jika betul panduannya. Boleh saja memperoleh bahagia ketika dalam ujian kesusahan.

15 Cara Ubah Derita Jadi Bahagia

Ini 15 cara nak ubah derita kepada bahagia:

  1. Tukar rutin harian diri.

Hidupkan pagi kamu seawal 4.30 pagi. Waktu kamu sedang sendiri, masa itu kamu dekatkan diri dengan beribadat dan lakukan aktiviti produktif seperti membaca.

  1. Perhatikan sekeliling di dalam rumah, asingkan mana yang perlu dan tidak diperlukan lagi.

Bungkus yang tak perlu dan dermakan pada yang memerlukan.

Amalkan gaya hidup minimalist.

  1. Sentiasa buat pemeriksaan kesihatan setiap 3-6 bulan.

Amalkan gaya hidup sihat dan perhatikan apa yang kamu makan. Pastikan nutrisi yang diambil adalah seimbang.

  1. Cari true calling dalam hidup.

Maksudnya kamu cari sesuatu yang bila kamu lakukan akan buat kamu jadi bersemangat dan hidup sentiasa terinspirasi.

Walaupun apa pun keadaan kamu, penat ke sakit ke, kamu tetap ada semangat nak buat.

  1. Pelihara diri kamu terutama kesihatan mental kamu.

Sentiasa jaga apa yang kamu fikirkan, elakkan overthinking dan gunakan minda kamu untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT dan alam.

derita-jadi-bahagia
Kredit foto : Rodnae Productions via Pexels

Solat Awal Waktu

  1. Jaga hubungan kamu dengan Allah SWT terlebih dahulu.

Cek solat 5 waktu dan sentiasa solat awal waktu.

  1. Jaga silaturahim kamu dengan keluarga.

Sentiasa mohon maaf dengan mak ayah dan adik beradik. Sentiasa juga tanya khabar saudara mara baik jauh ataupun dekat.

  1. Perbaharui kehidupan sosial kamu.

Lihat circle kamu. Jika toksik, keluarlah segera. Carilah mereka yang sentiasa beri inspirasi dan dorong kamu ke arah kebaikan.

Baca : Rasa bahagia bagi kita dan orang lain tak sama, jangan dibanding-bandingkan

  1. Buat rumah kamu jadi lebih nyaman dan tenteram.

Pastikan rumah ada pengudaraan yang baik. Pasang pewangi, sentiasa kemas rumah dan bersihkan tandas selalu.

  1. Pastikan tempat kerja kamu adalah tempat kerja yang dapat membina kerjaya kamu.

Bukannya sesuatu pekerjaan yang mengekalkan kamu di satu tahap sahaja.

Hidup harus ada kemajuan, begitu juga dengan kerjaya dan tingkat pendapatan kamu.

Kredit foto : Artem Podrez via Pexels

Tukar Masalah Jadi Peluang

  1. Tukarkan cara kamu melihat masalah.

Lihat ia sebagai peluang untuk belajar. Cari solusi. Tak jumpa. Cari lagi dan terus cari.

  1. Buat kerja sampingan mengikut minat dan kesukaan kamu.

Asah bakat dan skil kamu supaya kamu dapat duit dengan hal yang kamu suka.

Ia akan buat kamu lebih bahagia dari merana rasa terpaksa.

  1. Berikan sumbangan kepada masyarakat.

Ikuti NGO, kerja amal dan sentiasa dekatkan diri dengan orang ramai. Gunakan masa dan tenaga kamu sebagai jalan ‘sedekah’ supaya kamu suburkan ladang pahala di akhirat kelak.

  1. Perkuatkan hubungan kamu dengan alam.

Hujung minggu, ambil masa untuk pergi beriadah, masuk hutan, berkhemah, mandi air terjun, ke sungai dan panjat bukit atau gunung.

Hutan dan alam ada ion yang dapat meneutralkan ion negatif dalam badan kamu.

  1. Sentiasa hidup dengan memaafkan diri dan orang sekeliling.

Memaafkan adalah tanda kamu kuat dan memilih untuk move on dari rasa derita yang tiada gunanya.

Kita hidup bukan sekali di atas dunia, tetapi kita hidup setiap hari. Maka tiap hari adalah peluang baru untuk bahagia.

Jika kita tak boleh berbahagia di dunia macamana kita nak “taman bahagia” yang Allah telah siapkan untuk kita di akhirat sana.

Setelah anda mengetahui 15 cara di atas, tentu tidak sukar untuk ubah derita bahagia. Anda juga perlu berusaha mencari makna bahagia dalam hidup ini.

Tetapi ketahuilah bahagia itu tidak boleh dipaksa, ia datang dari hati yang gembira dan bersyukur sepanjang masa.

Baca juga : Idea berborak dengan pasangan

Leave a Comment!

error: Content is protected !!