Rasa Bahagia Bagi Kita Dan Orang Lain Tak Sama, Jangan Banding-Bandingkan

Rasa Bahagia! Tanyakan pada sesiapa saja di dunia ini. Pasti ini menikmati hidup ini dengan penuh bahagia dan gembira. Sebab itu, semua orang berlumba-lumba untuk mengejar bahagia.

Bahagia itu adalah fitrah semula jadi manusia. Tapi, apa ukuran bahagia bagi pendapat korang?

Apa Itu Rasa Bahagia?

Sebenarnya, kebahagiaan seseorang itu tak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu sama ada dia bahagia atau tidak.

Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makanan, pakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakit, kelaparan dan perang.

Rasa Bahagia Bagi Kita Dan Orang Lain Tak Sama, Jangan Banding-Bandingkan
Foto: Pexels

Ada Segalanya Tapi…

Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai  kuasa, status dan kekayaan.

Sebab itu, pengertian bahagia itu sendiri berbeza bagi tiap orang dan boleh berubah-ubah. Jika waktu muda, ketika masih muda, bahagia adalah apabila dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Aduh, sungguh bahagia sekali rasanya.

Bila usia semakin bertambah, erti bahagia juga boleh berubah. Bagi yang sakit, akan rasa bahagia kalau dia dapat sihat kembali. Itulah erti kebahagiaan buat dirinya saat itu.

Jangan Bandingkan Diri Kita Dan Orang Lain

Setuju tak kalau Suri kata, bahagia itu diri kita sendiri yang rasa. Bahagia bagi diri kita tak semestinya bahagia bagi orang lain. Mungkin kita dah rasa cukup bahagia saat ini walau pun tak mewah dengan wang ringgit. Tapi cukup makan dan pakai.

Tak pernah mengeluh walau tak pernah berpeluang menjejakkan kaki ke luar negara untuk bercuti. Macam mana nak pergi, anak pun ramai, lima enam orang. Bayangkan berapa bajet yang diperlukan?

Tapi, tak bermakna tak boleh bawa anak-anak bercuti, walau pun sekadar di dalam negeri. Itu pun dah cukup membahagiakan.

Namun, mungkin ada orang yang rasa itu belum cukup bahagia. Sepatutnya kena ada rumah besar, percutian ke luar negara sekurangnya setahun sekali, bergaya dengan barangan berjenama; itu bagi bahagia menurut dirinya.

Baca artikel lain di sini: Hargai pasangan

Tak Ada Siapa Yang Salah Atau Betul

Dalam hal ini, tak ada siapa yang salah atau betul kerana itu definisi bahagia bagi diri kita. Tak perlu nak dibahaskan. Cuma, tak eloklah kalau kita nak bandingkan bahagia cara kita dengan orang lain.

Ha..itu yang boleh buat diri kita tak akan bahagia? Sebabnya kita sibuk nak mengejar bahagia mengikut diri orang lain sedangkan jalan hidup dan kemampuan kita berbeza. Mana boleh nak disamakan? Tak gitu?

Rasa Bahagia Itu Dari Hati

Namun begitu, kebanyakan umat Islam terlupa bahawa kebahagiaan yang sebenar datangnya daripada kebahagiaan hati. Apabila hati tenang, maka semua kebahagiaan akan datang dengan sendirinya. Oleh itu belajarlah untuk sentiasa bersyukur dengan apa saja yang kita miliki.

Jangan ukur bahagia diri kita dengan kebahagiaan orang lain ye..

Baca artikel ini: Belajar bersyukur

Leave a Comment!

error: Content is protected !!