Amal Surah Al-Waqi’ah Beri Limpahan Rezeki Berganda

Amal Surah Al-Waqi’ah dan jadikanlah sebagai amalan harian. Antara keistimewaannya jika diamalkan setiap malam sebelum tidur memberi banyak kebaikan antaranya rezeki yang melimpah ruah.

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke 56 di dalam Al-Quran terletak pada juzuk ke 27 dan mempunyai 96 ayat.

Artikel Lain: Amalan Seminit Besar Ganjaran Di Sisi Allah SWT

Dinamakan Al-Waqi’ah kerana diambil dari lafaz Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini dan sebagai salah satu surah penuh barakah dan banyak ganjaranya jika diamalkan setiap hari.

Ayatnya juga mudah dibaca dan jika mampu anda boleh menghafal serta mengetahui setiap maksudnya di sebalik surah ini.

Kelebihan Amal Surah Al-Waqi’ah

Jadi, ayuh kita renungkan kelebihan amal surah Al-Waqi’ah untuk djadikan amalan membacanya setiap kali selepas solat atau pada bila-bila masa.

1. Beroleh Pelbagai Kesenangan

Khasiat amal surah Al-Waqi’ah ini akan jelas terlihat apabila anda mengamalkannya sebagai wirid dan rutin surah yang sering dibaca setiap hari. Dengan izin-Nya anda akan beroleh kesenangan dalam pelbagai bentuk buat selama-lamanya.

Apabila anda kerap kali membaca surah Al-Waqiah sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah anda tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit. Rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah-ruah tanpa anda sedari.

2. Dijauhkan Dari Kemiskinan

Apabila seorang muslim itu amal surah Al-Waqi’ah sekurang-kurangnya satu kali setiap malam, secara tidak langsung dia akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, nescaya kebuluran tidak akan sekali-kali menimpanya.

Tahukah anda, Rasulullah yang maksum dan merupakan utusan Allah yang mulia itu sendiri mengajarkan puteri-puterinya dan isteri-isterinya supaya membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam jadi apatah lagi kita sebagai seorang manusia biasa lagilah seharusnya rajin untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Amal surah al-waqi'ah

3. Dikurniakan Kekayaan Melimpah Ruah

Dengan amal surah Al-Waqiah dengan membacanya sebanyak 14 kali selepas selesai solat Asar, InsyaAllah akan dikurniakan oleh Allah kekayaan yang berlimpah-ruah dan datang dalam pelbagai bentuk.

Walaupun begitu, jika seseorang itu membaca dengan niat ikhlas cuma untuk mendapat beberapa keping wang dan bukan untuk tujuan riak dan semata-mata untuk memenuhi kekayaan hati iaitu kepuasan rohani dan ukhrawi, maka insyaAllah dengan sendirinya kekayaan duniawi akan menyusul dengan berlimpah ruah.

4. Ditunaikan Segala Hajat

Sesetengah orang berpendapat bahawa untuk lebih mujarab, seorang muslim itu harus mengamalkan surah Al-Waqiah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis supaya segala hajatnya akan dimakbulkan khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

Sebahagian ulamak pula berfatwa bahawa sesiapa sahaja yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari, sesungguhnya Allah akan mempermudah rezekinya dan menunaikan hajatnya dengan tanpa kesusahan dan mengalir terus dari pelbagai sudut dengan berkahnya.

Lagi-lagi menjelang musim peperiksaan. Rajin-rajin untuk membaca Surah ini kerana boleh ditunaikan segala hajat. Ini sebahagian Amalan Zikir Sepanjang Anak Menghadapi Peperiksaan.

5. Menjadikan Raut Wajah Lebih Berseri-Seri

Berwuduk dan solat sering dikaitkan dengan naiknya seri wajah. Jangan tidak tahu, membaca dan mengamalkan surah Al-Waqiah juga boleh menyumbang kepada naiknya seri dan aura wajah seseorang.

Selain mengamalkan bacaan selepas solat, anda boleh mengambil segelas air dan bacalah surah Al-Fatihah sekali dengan surah Qursi dan juga surah Al-Waqiah bermula dari ayat 35 hingga 38 sebanyak tujuh kali. Tiup kepada air tersebut dan minum air tersebut.

Dalam hati, berniatlah untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan keluarga anda, InsyaAllah raut wajah akan tampak jernih dan bersih lagi berseri-seri.

Amal surah al-waqi'ah

6. Menjauhkan Diri Dari Sifat Riak Dan Bongkak

Kelebihan membaca surah Al-Waqiah juga tidak terkecuali dapat menghindarkan diri dari menjadi bongkak dan riak. Kita akan dilimpahkan rezeki yang pelbagai dan secara tidak langsung, kita juga akan dapat menghindari dari sifat riak dan bongkak apabila memiliki sebarang kekayaan atau kesenangan dunia.

7. Permudahkan Orang Sakit Atau Bersalin

Surah Al-Waqiah ini juga sesuai diamalkan dan dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak. Kelebihan surah Al-Waqiah ini adalah untuk memudahkan roh keluar dari jasadnya dan mengurangkan kesakitan. Ia dapat mengelakkan daripada mereka terus nazak dan lebih menderita.

Apabila amal surah al-waqi’ah ini dibaca kepada mereka yang sedang tenat maka akan diringankan azab kesakitannya. Boleh juga diamalkan dan dibaca di sisi wanita yang hendak bersalin supaya urusan bersalin lebih cepat dan dipermudahkan.

Artikel Lain: Cara Pikat Hati Suami Perlu Tahu

Leave a Comment!

error: Content is protected !!