Tunai Umrah Dengan Norma Baru, Ada Kos Ekstra. Kena Sediakan Duit Lebih

Tunai umrah dan haji sudah pasti menjadi matlamat dan impian setiap umat Islam, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Walau telah menjejakkan kaki ke seluruh dunia, namun andai belum menjejakkan kaki ke tanah suci, terasa ‘tidak lengkap’. Betul tak?

Bila pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, semua perjalanan ke luar negara termasuk untuk mengerjakan ibadah umrah juga telah dihentikan buat sementara sehinggalah ia kembali dibuka pada 18 Oktober 2021 lalu.

Sudah pasti ia saat ditunggu-tunggu oleh beribu-ribu bakal Jemaah umrah yang telah terpaksa menunda keberangkatan mereka ke tanah suci.

Tunai Umrah Sekarang, Ada Kos Ekstra!

Jika dulu, kos yang perlu dibayar hanyakan pakej yang telah dipilih. Selain itu, kos untuk mendapatkan vaksin umrah serta membeli kelengkapan lain.

Namun kini, mengerjakan umrah dengan Norma baru ini, banyak lagi kos yang perlu diambil kira dan mesti dimasukkan ke dalam bajet.

Tunai Umrah Kena Suntik Vaksin Umrah

Sebelum berangkat ke tanah suci, perlu disuntik dahulu dengan vaksin Meningococcal Quadrivalent. Suntikan ini merupakan suntikan wajib diambil oleh jemaah umrah dan haji, seeloknya dua minggu sebelum ke tanah suci.

Suntikan ini memang diwajibkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi bagi sesiapa yang ingin tunai umrah. Sijilnya laku dan boleh digunakan selama dua tahun kerana ia memberikan imuniti pada tubuh selama dua tahun. Harganya berbeza-beza mengikut klinik. Anggaran dalam RM150 – RM200 dan ada yang lebih. Kenalah rajin survey untuk dapat harga yang paling berbaloi.

Baca : amalan di bulan rejab

PCR Test Sebelum Berangkat Pergi

Tiga hari sebelum terbang ke tanah suci untuk tunai umrah, diwajibkan untuk membuat PCR test untuk mengesan sama ada bakal Jemaah bebas daripada Covid-19 atau tidak. Result itu akan dihantar kepada pihak syarikat umrah untuk mengesahkan bakal Jemaah boleh menyertai rombongan umrah nanti.

Result itu akan dicetak dan ia sangat penting kerana diperlukan di airport ketika hendak daftar masuk. Harga PCR itu juga bergantung pada klinik, sekitar RM150 – RM200.

PCR Ketika Hendak Balik

Tiga hari sebelum terbang balik, Jemaah dikehendaki menjalani PCR test di Mekah/Madinah. Ada syarikat yang sudah masukkan kos di dalam pakej dan ada juga yang tidak dan perlu dibayar sendiri oleh Jemaah tersebut. Harganya lebih kurang 150riyal dan ke atas. Setelah result negatif, barulah Jemaah dibenarkan pulang ke Malaysia.

Simkad Saudi

Satu lagi, wajib membeli simkad Saudi bila tiba di sana, dalam harga 100 riyal. Ini kerana, kita perlu menggunakan dua aplikasi di sana iaitu Tawakkalna (macam MySejahtera) dan eatmarna. Kedua aplikasi ini perlu ditunjukkan ketika hendak masuk ke dalam masjid atau ketika memohon permit untuk mengadakan umrah, solat di dalam Masjidil Haram dan masuk ke Raudhah.

Untuk bakal Jemaah, perlu ambil tahu tentang kos-kos yang mungkin kita tak perasan sebab sebelum ini kos-kos ini tak wujud, kecuali suntikan untuk umrah.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!