Ibu Mengandung Patut Vaksin, Elak Risiko Lebih Teruk

Ibu mengandung patut vaksin dengan segera. Ini bagi melindungi keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan daripada mendapat jangkitan virus Covid-19.

Perkara ini dijelaskan oleh Dr. Amalina Bakri dalam satu thread di laman twitternya.

Menurut Dr. Amalina dia menggalakkan kepada semua ibu  yang sedang mengandung untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin.

Golongan Berisko Dijangkiti

Ini kerana mereka ini sangat berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan teruk dan dimasukkan ke hospital.

Kepada ibu mengandung, saya mengalakkan anda utk dapatkan COVID vaksin secepat mungkin. Kajian menunjukkan, mereka yg mendapat jangkitan COVID semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk (severe illness) & increased hospital admission.

(1 in 10 women requiring intensive care)’ berbanding dgn mereka yg tidak mengandung dan risiko lebih tinggi untuk ‘preterm birth & stillbirth’.

ibu mengandung patut vaksin
Bahaya untuk ibu hamil, golongan berisiko.

Tambah Dr. Amalina kajian yang dilakukan juga menunjukkan ibu mengandung yang telah mendapat vaksin mendapat perindungan dan berisiko rendah untuk dijangkiti.

Kajian (7530 vaccinated vs 7530 matched unvaccinated women) menunjukkan ibu mengandung yg mendapat vaksin mendapat perlindungan dan risiko lebih rendah utk mendapat jangkitan berbanding mereka yg tidak vaksin.

Setakat ini lebih kurang 130 000 ibu mengandung di US dan ~50 000 di UK sudah mendapat vaksin tanpa ada isu keselamatan terhadap ibu dan bayi. Vaksin adalah selamat untuk ibu mengandung dan kandungan.

Beliau turut menambah, vaksin juga tidak menyebabkan masalah kesuburan atau keguguran.

Data daripada UK menunjukkan ibu mengandung yang mendapat 2 dos lengkap tidak dimasukkan ke hospital kerana COVID kerana mereka sudah mendapat perlindungan dan mereka yang mendapat jangkitan teruk adalah mereka yang tidak divaksin atau belum mendapat dos kedua.

Vaksin tidak menyebabkan masalah kesuburan (infertility). Vaksin juga tidak meningkatkan risiko miscarriage.

Artikel Lain: Tips Jimat Pampers Anak Waktu PKP, Mak-Mak Kena Tahu

Lengkapkan 2 Dose Suntikan

Mereka ini (ibu hamil) perlu melengkapkan 2 dose suntikan sebelum melahirkan atau sebelum masuk trimester ketiga.

RCOG guideline mengatakan vaksin boleh diberi kepada ibu mengandung tidak kira di mana stage pregnancy (with informed consent) dan pakar mengatakan perlu melengkapkan 2 dos sebelum melahirkan atau sebelum masuk third trimester

Kerana ini adalah peringkat yang paling genting dimana risiko paling tinggi utk ibu mengandung. Ibu mengandung adalah prioriti utk dapat vaksin kerana risiko yang sangat tinggi kepada mereka.

ibu mengandung patut vaksin
Ambil vaksin pada trimester awal.

Dalam pada itu melalui artikel diterbitkan Harian Metro, Pengarah Perubatan IMU Healthcare (IMUH) yang juga Profesor Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan International Medical University (IMU), Profesor Dr Nazimah Idris berkata, sekiranya seseorang wanita dijangkiti ketika hamil, dia berkemungkinan akan mengalami jangkitan yang paling serius.

Kata Dr Nazimah, ada laporan menyatakan, jika ibu hamil dijangkiti Covid-19 ketika trimester ketiga kandungan risiko kematian adalah tinggi.

BACA : Wajib Vaksin Kepada Pekerja Jika Perlu

Ibu Mengandung Patut Vaksin Segera

Untuk itu, Dr Nazimah mengesyorkan supaya wanita hamil mengambil suntikan vaksin ketika hamil, terutamanya jika berada dalam kumpulan berisiko tinggi.

“Ini termasuklah wanita yang berusia 35 tahun ke atas, yang mempunyai berat badan lebih tinggi, penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Buat masa ini, ada tiga jenis vaksin di Malaysia iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

Ketika ini, adalah disyorkan supaya Pzifer diberikan kepada wanita hamil manakala ibu yang menyusukan pula boleh diberikan vaksin Pfizer atau AstraZeneca.

Menurut Dr Nazimah lagi, pakar kesihatan sedunia mengesyorkan vaksin Pzifer untuk wanita hamil kerana banyak kajian yang sudah dilakukan ke atas golongan berkenaan.

Katanya, sudah ada data keselamatan yang membolehkan cadangan itu dilakukan manakala untuk dua jenis vaksin lain lagi, kajian masih berjalan.

Tidak Jejaskan Kandungan

“Usah bimbang sekiranya sudah mengambil suntikan vaksin AstraZeneca dan kemudian mendapati hamil kerana vaksin itu sendiri tidak menjejaskan kehamilan.

“Dunia perubatan berpengalaman luas berkaitan vaksinasi, termasuklah vaksinasi ketika kehamilan dan mereka ada pengetahuan mengenai bagaimana ia boleh mempengaruhi anda dan kehamilan anda.

“Jadi, biarpun ibu-ibu hamil menerima vaksin jenis yang lain, ia bukanlah sesuatu yang patut dibimbangi,” katanya lagi.

Jadi kepada ibu mengandung patut vaksin bagi mengelak risiko lebih berbahaya kerana mereka golongan berisiko. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memberitahu vaksin apa sesuai diambil untuk ibu hamil dan menyusu.

Ibu Mengandung Patut Vaksin Segera, Ini Jenis Yang Sesuai

ibu mengandung patut vaksin
Antara vaksin sesuai diambil ibu hamil.

Artikel Lain: Tugas Sukar Tapi Berbaloi

Leave a Comment!

error: Content is protected !!