Tips Jimat Pampers Anak Waktu PKP, Mak-Mak Kena Tahu

Tips jimat pampers anak waktu PKP antara perkara penting boleh boleh jimatkan perbelanjaan bulanan keluarga. Siapa ada baby atau anak kecik mesti nak tahu macam mana caranya kan?

Bolehkah jimat ‘pampers’ anak kecil yang perlu kerap ditukar? Siapa ada baby atau anak yang masih pakai pampers tentu faham situasi ni.

Sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah masuk banyak fasa, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan.

Bagi yang berkeluarga dan ada anak kecil, tentu sahaja ia menjejaskan perbelanjaan barang keperluan anak. Kos membesarkan anak bukannya sedikit zaman sekarang ni.

Ramai yang terjejas pendapatan memohon bantuan ‘pampers’ untuk anak masing-masing daripada pihak kerajaan dan NGO yang menawarkan bantuan.

Tapi yang jadi kebimbangan sebenarnya, bantuan untuk ‘pampers’ anak ni bukannya boleh berterusan. Kalau dah dapat sekali bantuan bukannya akan dapat sepanjang masa.

Apatah lagi pihak yang menyediakan bantuan lebih memberi keutamaan pada keperluan barang asas kehidupan berbanding ‘pampers’ anak.

Sedangkan anak kecik perlu guna ‘pampers’ setiap hari dan akan bertukar sehari lebih daripada sekali bergantung pada usia mereka.

Tips Berjimat Yang Berbaloi

tips jimat pampers anak

Tentu para suri yang ada anak kecik masih pakai ‘pampers’ nak tahu kan tips jimat ‘pampers’ anak kan. Biasanya kalau anak masih usia baby, sehari kena tukar 5 kali atau lebih ‘pampers’ anak.

Katakan harga sekeping ‘pampers’ kita anggarkan RM0.90 jadi untuk sehari kos ‘pampers’ anak dah jadi RM4.50. Kalau sebulan RM4.50 x 30 dah jadi RM135.

Kalau boleh jimat banyak tu sebulan, dalam tempoh setahun boleh jimat RM1,642.50. Banyak tu! Duit tu boleh guna untuk simpanan anak.

Sebenarnya dalam keadaan terdesak, suri-suri kena bijak dan kreatif kalau nak berjimat dalam perbelanjaan keluarga.

Ini Tips Jimat Pampers Anak!

Sebenarnya Tita share pengalaman sendiri masa anak masih pakai pampers lagi. Rasanya boleh diguna pakai oleh suri-suri lain dalam waktu-waktu terdesak.

Photo by reshot.com
  1. Tukar kepada pampers kain.

Jom tukar pakaikan anak dengan lampin kain. Macam zaman mak-mak kita dulu. Lagi jimat untuk jangka masa lama. Sekarang dah ada macam-macam jenis pampers kain moden yang trendy dan memudahkan. Hanya perlu invest sekali je beli lepas tu boleh pakai turun-temurun.

2. Pakai pampers pakai buang hanya waktu malam.

Biasanya waktu malam, anak kurang tukar pampers dibandingkan dengan siang. Jadi bolehlah pakaikan anak pampers pakai buang waktu dia tidur malam je. Secara tak langsung dah boleh jimat kos membeli pampers anak sebulan.

3. Guna diaper liners.

Siapa pakaikan anak dengan pampers kain mesti biasa dengan diaper liners. Ia diletakkan di bahagian atas lampin sebelum dipakaikan pada anak. Liners ni membantu mengelakkan lampin kain terkena najis anak. Jadi bila anak buang air besar, kita hanya perlu buang diaper liners je. Lampin tu boleh pakai semula kecuali kalau najisnya terlalu banyak so memang kena basuh la.

4. Latih anak bebas pampers.

Sebenarnya bila anak korang dah umur setahun lebih, dah boleh potty train atau latih anak bebas pampers. Memandangkan sekarang kebanyakan suri Work From Home (WFH) jadi inilah masa paling sesuai untuk latih si kecik bebas pampers.

Pengalaman Tita potty train anak dulu ambik masa betul-betul seminggu. Masa tu masih kerja di ofis so kita train dia time weekend je. Ni dah WFH lagi la senang suri-suri nak latih anak bebas pampers.

Percayalah, nikmatnya sukar digambarkan dengan kata-kata bila anak kita dah bebas pampers. Banyak duit belanja pampers kita boleh jimat.

Di sebalik ujian Covid-19 dan PKP yang dah setahun lebih kita lalui, sebenarnya ada hikmah lain yang boleh kita nikmati. Ambil peluang untuk buat perkara yang memberi manfaat kepada kewangan keluarga.

One Response

  1. Azni July 11, 2021

Leave a Comment!

error: Content is protected !!