Cara mudah jimat letrik di rumah yang banyak membantu kita mengurus kewangan dengan bijak. Sejak duduk di rumah ni, antara yang ramai kerap merungut iaitu bil letrik rumah naik mencanak.
Maklumlah bila 24 jam duduk di rumah, anak-anak belajar secara online, kita pun bekerja di rumah tentu sahaja pengunaan peranti letrik di semakin meningkat.
Bila dah semua peranti letrik aktif 24 jam sudah tentu ia akan meningkatkan bil letrik bulanan kita.
Sebenarnya ada cara untuk kita jimat bil letrik setiap bulan. Syaratnya kena praktis tips tersebut secara konsisten.
Cara mudah jimat letrik di rumah
Walaupun cara mudah jimat letrik di rumah ni nampak simple tapi bukan semua orang mampu nak praktiskan.
Tapi percayalah bila kita bertegas praktis secara konsisten, jangan terkejut bil letrik rumah boleh berkurangan dan menjimatkan.
Tips jimat letrik oleh TNB
- Kawal penggunaan aircond
Memastikan semua pintu, tingkap dan laluan udara ditutup sepenuhnya semasa menggunakan aircond supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik. Gunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik supaya termostat aircond boleh dilaraskan lebih tinggi (antara 24 hingga 26 darjah Celsius) bagi penggunaan elektrik yang cekap.
Selain itu rajin-rajin bersihkan aircond anda untuk mengoptimumkan proses penyejukan. Habuk pada penapis mengurangkan peredaran udara dan menjejaskan kecekapan alat pendingin hawa
2. Tutup suis lampu yang tak perlu
Biasakan ajar ahli keluarga untuk sentiasa tutup suis lampu bilik atau ruang yang tak digunakan. Jangan biar membazir lampu terpasang lepas keluar dari toilet atau lampu bilik tidur dipasang sepanjang malam semata-mata tak suka gelap.
3. Tanggalkan plag peralatan elektrik bila tak digunakan
Mematikan suis dan menanggalkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan termasuk TV, kotak dekoder (set-top boxes), modem, laptop, handphone termasuk penapis air letrik.
Bila alatan ni terbiar tidak dimatikan suisnya, ia boleh meningkatkan penggunaan elektrik dalam jangka masa yang panjang.
Sebaiknya bila malam tutup jelah suis penapis air kat rumah. Sekurang-kurangnya boleh jimat sikit bil letrik kita.
Konsisten praktis tips jimat letrik
4. Tetapkan pemasa penggunaan alat elektrik
Tetapkan pemasa untuk mematikan aircond secara automatik bagi mengurus dan menjimatkan tenaga. Sebelum tidur, cuba tetapkan ia untuk ditutup beberapa jam selepas digunakan untuk penggunaan elektrik yang lebih cekap.
5. Kurangkan penggunaan water heater
Tanpa sedar penggunaan water heater dengan masa mandian yang lama menggunakan lebih banyak tenaga untuk memanaskan air secara berterusan. Disebabkan cuaca negera kita bukanlah sejuk sangat so tak perlulah hari-hari nak mandi guna air panas kan.
Kak Suri dah try kebanyakan tips tu, Alhamdulillah nampak la sikit pengurangan bil letrik tiap bulan. Walaupun jenuh mulut ni membebelkan anak-anak suruh cabut plag charger handphone dan laptop mereka sebelum tidur.
Maklumat lanjut berkaitan cara-cara penggunaan elektrik yang berhemat boleh didapati pada portal myTNB.
Bacalah juga: Cara Mohon Bantuan Khairat Kematian RM1000 Akibat Covid-19 Di Selangor