Cara daftar efiling LHDN | ramai yang ambil mudah dalam urusan income tax atau LHDN. Ramai juga menganggarkan tidak perlu membayar tax sebab gaji masih belum layak kena cukai.
Tapi persoalannya bagaimana Kerajaan atau LHDN nak tahu gaji kita tidak perlu kena tax kalau kita tidak buka file, atau declare pendapatan tahunan tersebut?
Jangan Lari!
Secara lojiknya setiap rakyat Malaysia yang memegang IC Malaysia dan mempunyai pendapatan tetap atau berniaga wajiblah melaporkan kepada LHDN. Jangan risau, tidak semua orang akan dikenakan tax.
Mari kita fahami proses dan carad untuk membuka akaun eifiling LHDN tersebut.
Siapakah wajib Daftar Income Tax?
- Golongan pertama ialah individu yang memperoleh penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) akan dikenakan cukai.
- Mereka yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian).
- Individu yang menjual / membeli hartanah.
Apa Kebaikan Daftar LHDN / Income Tax Ni?
- Kemudahan pembiayaan loan jika ingin membeli aset atau mengembangkan perniagaan.
- Mengelakkan daripada sebarang denda dan penalti di kemudian hari.

Cara daftar efiling LHDN Pertama Kali (e-Daftar)
Ada pelbagai cara sebenarnya, untuk fresh graduate yang perama kali bekerja, syarikat anda kebiasaanya akan menguruskan anda untuk membuka akaun. Sekiranya tiada, anda boleh sahaja buat secara online. Web LHDN antara yang advance dan efficient selain laman web KWSP
Cara daftar LHDN pertama kali boleh dirujuk di bawah secara satu persatu
- Layari http://www.hasil.gov.my atau terus ke pautan e-Daftar.
- Pilih menu Daftar Pembayar Cukai Individu / Syarikat.
- Semak no. cukai pendapatan anda terlebih dahulu. Masukkan no kad pengenalan untuk mengetahui samada sudah mempunyai nombor cukai pendapatan atau belum.
- Jika belum berdaftar, sila isikan maklumat pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya dokumen telah diisi dengan lengkap, Mesej Maklumat Borang Pendaftaran Yang Anda Masukkan Adalah Seperti di bawah akan dipaparkan.
- Klik butang Setuju setelah anda pasti dokumen telah diisi dengan lengkap dan betul.
- Sila catatkan atau cetak No. Permohonan Pendaftaran Pembayar Cukai
- No. Permohonan Pendaftaran Pembayar Cukai ini diperlukan untuk menyemak status permohonan anda.
- Nombor Rujukan Cukai Pendapatan anda akan diberikan setelah permohonan pendaftaran pembayar cukai diluluskan.
- Untuk semakan, klik pada pautan Info Daftar
- Kemudian boleh cetak maklumat pendaftaran ini.
- Bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain, anda dikehendaki mengemukakannya melalui satu surat pemberitahuan beserta dokumen yang berkaitan ke cawangan berkenaan atau melalui faksimili ke Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-42893400; atau kemaskini (nombor telefon, alamat emel, alamat surat-menyurat, alamat kediaman dan alamat premis perniagaan) secara on-line melalui e-Kemaskini.
Peringatan : Permohonan e-Daftar akan dibatalkan sekiranya tiada dokumen lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan pemohon dikehendaki membuat semula permohonan baru berserta dokumen yang lengkap.
Baca juga :
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Daftar LHDN
Muat naik salinan dokumen berikut bersama permohonan:
- Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
- Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
- Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
- Sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
- Pasport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
Semak Status Permohonan
Semuanyakan di hujung jari sahaja cuma kena tahu satu persatu Cara daftar efiling LHDN untuk memudahkan proses
- Selepas beberapa hari bekerja, sila semak status permohonan menggunakan nombor permohonan.
- Nombor permohonan akan diberi setelah borang pendaftaran online diterima.
- Jika permohonan anda telah diterima dan disahkan, anda akan diberikan nombor PIN yang akan digunakan semasa mengisi e-filing pula nanti.
Persediaan Untuk e-Filing
Lebih baik sediakan dokumen untuk rujukan di dalam komputer atau secara print. Dan memandangkan proses ini sama setiap tahun, pastikan anda merujuk Final BE yang telah dihantar. Sila ingat betul-betul Cara daftar efiling LHDN ini.
- Dah dapat nombor PIN e-Filing apa nak buat?
- Apa lagi yang diperlukan?
- Selepas daftar income tax, barulah kita boleh declare income tax.
- Caranya dengan membuat e-filing.
- Apakah e-Filing ni sebenarnya?
e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.
Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat. Nak buat manual pun boleh, cuma lecehlah nak ke pejabat dan isi borang di sana.
Pastikan bersedia dengan borang EA atau borang EC untuk isytiharkan pendapatan kita.
- Penyata gaji pekerja kerajaan – Borang EC.
- Penyata gaji pekerja swasta – Borang EA.
- Penyata bayaran insentif – Borang CP58
(Individu yang menerima komisen contohnya ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) - Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2021.
- Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2021.
Selain mendapatkan dokumen ini, anda juga boleh kumpulkan semula resit-resit perbelanjaan yang melayakkan untuk pengecualian cukai, contohnya resit bayaran zakat, SSPN, Takaful, atau resit perubatan ibu bapa.
Untuk senarai lengkap, boleh rujuk : Senarai Pelepasan Cukai 2020 / 2021 (e-Filing Individu)
Tidak PERLU hantar resit-resit atau dokumen atas ni, simpan saja elok-elok mana tahu dapat surat audit dari LHDN supaya tunjuk bukti. Lebih jika kita scan dan simpandi Gdrive
Mudahkan Cara daftar efiling LHDN ini?
Sangat mudah sebenarnya untuk mengisi borang ini, mungkin orang yang tidak biasa menggunakan komputer agak teragak agak- tapi susah untuk kali pertama sahaja dan untuk tahun seterusnya proses akan lebih mudah.
Ingat arikh e-Filing boleh diisi bermula 1 Mac setiap tahun.