Pendidikan kewangan secara percuma | Kita perlu akui ramai yang gagal mengawal kewangan sebaik mungkin walaupun mempunyai gaji dan lebihan yang besar setiap bulan. Tidak dinafikan pendidikan kewangan merupakan antara aspek penting yang perlu difahami setiap individu. Tidak kira samada kita bergaji besar atau sedikit!
Kewangan yang bijak ialah bila kita mampu buat simpanan, pelaburan, perlindungan, penyucian dan perwarisan dan mesti Didik diri untuk kawal hutang
“GAJI – SIMPANAN = BELANJA” – 8 CARA ORANG BIJAK URUS KEWANGAN
Drama Squid Game berkisar kisah penghutang yang terjerat
Anda penonton Episod Drama Bersiri Squid Game? Apa yang anda dapat pelajari dari situ? Kegagalan mengawal kewangan dan hutang sekeliling pinggang akan membuatkan anda terpaksa menuruti satu ‘keadaan” yang tidak masuk akal sehingga mempertaruhkan nyawa seperti dalam drama tersebut
Mengapa mesti mempertaruhkan diri sebegitu sedangkan and sepatutnya boleh memilih untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik tambah tambah Pendidikan kewangan secara percuma. Apa lagi alasan kita?
Adakah anda mengakui, rakyat negara kurang mendapat pendedahan dan cara mengawal kewangan secara formal dari bangku sekolah. Ianya sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. Dan selalunya ia adalah inisiatif indvidu itu sendiri.
Ianya amat merugikan kerana kita berperang dengan masa,.
Pendidikan kewangan pasti akan membantu pengguna untuk lebih memahami risiko yang terlibat dalam menguruskan kewangan dan akan memudahkan dalam membuat keputusan kewangan yang lebih baik.
Memahami kepentingan pendidikan kewangan bagi rakyat negara ini, telah menjadi motivasi pada Bank Negara Malaysia dalam membangunkan AKPK untuk menjadi sebuah agensi yang menyediakan pendidikan kewangan kepada pengguna dewasa.
Sebenarnya pihak Kerajaan jugak telah menyedari untuk membina satu generasi dengan kecekapan kewangan ia harus bermula diperingkat awal. Namun mungkin kuran mendapat pendedahan dalam media massa.
Empat modul pendidikan Kewangan Percuma dari AKPK
- Pengajian Tinggi
- memupuk kemahiran yang sesuai tatkala usia masih muda untuk mengukuhkan asas bagi masa depan pengurusan kewangan mereka.
- memfokuskan kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan membuat bajet dan simpanan
- Permulaan Pekerjaan
- kritikal kepada mereka yang tergolong didalam kumpulan ini kerana mereka berada didalam transisi kebergantungan kepada tugas yang mandiri dalam pengurusan kewangan,
- Famili
- Modul ini dibangunkan bagi mereka yang berusia diantara 30 hingga 40 tahun.
- Modul ini akan lebih memfokuskan kepada perancangan untuk menyelesaikan pinjaman yang diambil dan mengurangkan komitmen hutang supaya bersedia untuk persaraan dan, mementingkan perancangan untuk ketidakpastian dalam melindungi diri dan keluarga
- Persaraan
- Transisi dari kerja sepenuh masa sehingga bersara sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar mengenai perlunya pendapatan ketika bersara, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan rancangan untuk keluar terus dari terus-terusan menjadi buruh kepada dunia pekerjaan dan bersara sepenuhnya
AKPK turut menyediakan portal POWER! bagi orang awam mendapatkan informasi menyeluruh pendidikan kewangan yang disediakan AKPK seperti :
- eLearning
- eEvent
- Bahan Terbitan AKPK
- Kajian AKPK
Untuk maklumat mengenai pendidikan kewangan yang disediakan oleh AKPK, sila layari Portal Rasmi Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit
7 fasa menguruskan kewangan
Bagi yang ingin menguruskan kewangan peribadi dengan baik, semestinya perlu mengetahui tentang tujuh (7) fasa asas ini yang akan dibincangkan dalam entri seterusnya.
- Pendapatan (Income)
- Simpanan (Saving)
- Perbelanjaan (Expense)
- Perlindungan (Protection)
- Pelaburan (Investment)
- Penyucian (Purification)
- Pewarisan (Distribution)