10 cara beli rumah yang boleh bantu anda untuk memiliki rumah secepat mungkin. Ilmu ini perlu dipelajari terlebih awal sebelum korang bersedia untuk membeli rumah. Secara asasnya, pembelian sesebuah rumah melibatkan 3 fasa iaitu fasa pra-pembelian, pembelian dan post-pembelian.
Kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita tahu dan tidak tahu.
Sebab itulah kita perlu menggodek dan mencari ilmu sebelum berbuat sesuatu. Sekiranya salah langkah pasti akan memberikan kesan berpuluh tahun akan datang. Jadi tipis yang basic dalam entri 10 cara beli rumah ini pastinya dapat membantu korang semua untuk memilih rumah dan dan memilikinya.
Tips ini sangat berguna pakai untuk anak muda menentukan halatuju korang nanti.
10 cara beli rumah dengan betul
1. Beli Ikut Kemampuan
Beli rumah ikut kemampuan Jangan sesekali ikut nafsu. Jangan cepat terpengaruh dengan kawan-kawan yang beli rumah besar, kita pun nak beli rumah besar jugak. Loan mungkin boleh lulus.. tapi bila masuk bab bayaran bulanan, ianya sangat2 membebankan anda.
Perlu lihat komitmen Vs Pendapatan. Sekiranya Komitmen bulanan lebih tinggi daripada income yang anda dapat. anda mungkin mendorong kepada pembayaran tertunggak Jadi, untuk elakkan perkara ni berlaku untuk membeli mana2 rumah, pastikan anda buat kiraan terlebih dahulu tentang kemampuan income bulanan anda untuk membayar rumah tersebut nanti.
Untuk membantu proses kira-kira ini, boleh gunakan kalkulator pembiayaan pinjaman perumahan daripada LoanStreet di sini https://loanstreet.com.my/ms/kalkulator/kalkulator-pinjaman-perumahan
2. Pilih Loan Yang Betul
Sekiranya korang telah habis belajar dan akan telah memulakan pekerjaan, pastikan loan pertama yang anak muda buat dengan bank adalah loan rumah. Bukan loan kereta. Ini adalah kerana loan kereta akan menyebabkan komitmen anak muda semakin tinggi dan kelayakan di pihak bank untuk beli rumah semakin berkurangan.
Sekiranya duduk di bandar besar seperti di kuala lumpur, gunalah pengangkutan awam seperti bas, LRT atau pun grab. Ataupun pakailah kereta yang habis bayar oleh orang tua korang. Simpan duit untuk duit muka atau deposit terlebih dahulu.
3. Urus akaun syarikat bisnes dengan betul
Sekarang ramai anak muda punya bisnes online sendirikan. Tips untuk mereka yang mempunyai bisnes sendiri. Urus akaun semasa dengan betul. Segala transaksi ke dalam akaun ini adalah sebagai petanda baik untuk pihak bank melihat tahap kebolehan untuk kawal kewangan.
Untuk mereka yang mempunyai pekerjaan dan bisnes pada masa yang sama boleh guna akaun syarikat sebagai penguat untuk sihantar kepada pihak bank. Pastikan customer bank in ke akaun syarikat. Bukan akaun personal anak muda. Kalau customer bank in ke akaun personal, ianya TAKKAN dikira sebagai INCOME. Jadi, rugilah kat situ. Kalau ada yang terlepas juga, transfer la balik masuk ke akaun company dengan nota “ CASH SALES “.
Kalau masih bekerja dan bergaji, dan dalam masa yang sama ada bisnes sendiri, daftarkan jugak company tu. ENTERPRISE saja dulu pun dah cukup.
Tetapi akaun ini akan bernilai untuk membantu mendapatkan loan sekiranya kita declare bisnes dengan pihak LHDN
4. Beli Rumah Pertama Untuk Investment
Sebaiknya pastikan anda beli untuk tujuan investment. Kenapa saya kata macam tu? Sebab kalau anak muda beli untuk duduk sendiri, ianya akan jadi expenses untuk anak muda.
Investment untuk rumah ini pula terbahagi kepada dua.
- Cash Flow : Sekiranya anak muda memilih untuk cash flow investment. Maksudnya anak muda sewakan rumah tersebut kepada orang lain. Pastikan sewa yang diberikan tidak kurang dari bayaran bulanan kepada bank.
- Capital Gain. Ini bermaksud, beli rumah pada tempoh tertentu, dan bila value rumah tersebut meningkat, jual / flip rumah tersebut dan mendapat untung daripada jualan tersebut.
BACA : TIPS SEDIAKAN DOKUMEN UNTUK PERMOHONAN LOAN RUMAH
5. Jangan Combine Loan Suami Isteri
Elakkan daripada combine nama suami isteri semasa membeli rumah. Ini adalah kerana, setiap orang hanya layak untuk dapat loan 90% untuk dua buah rumah saja. Kalau rumah ke3, hanya dapat loan 70% sahaja.
Ini bermakna, kalau ikutkan rules, sepasang suami isteri akan dapat beli 4 buah rumah. Tapi kalau combine nama, ianya akan jadi 2 buah rumah saja untuk dapatkan loan 90%. Jadi, rugilah anda.
Percaturan yang betul untuk suami isteri ialahBeli 4 buah rumah, 1 untuk duduk sendiri, dan 3 lagi untuk disewakan. Untung daripada sewa rumah tersebut buat bayar bulanan rumah yang anda duduk tersebut. Bukan ke macam duduk percuma macam tu?
6. Loan ASB dan personal pada masa yang sesuai
Loan ASB ini sebenarnya memang membantu kita sebagai salah satu medium untuk simpanan wang, tapi ianya lebih bermakna kalau untuk compounding method yer. Korang kena faham ilmu loan ASB juga kalau nak gandakan wang.
Sekiranya ingin memiliki rumah seawal usia 20an atau sebaik kerja, mungkin perlu tunda membuat pinjaman Loan ASB. Sebab ia mampu menjadikan salah satu faktor bank reject permohonan loan rumah.
Kalau nak ambil ASB Loan juga, pastikan lepas lulus loan rumah, baru lah ambik sekali.
Tetapi jika income anda besar, kalau sekadar ambil ASB Loan dan bayaran bulanan tidak memberi effect besar terhadap DSR anda, tak mengapa.
7. Bayar KWSP
Mengikut pengalaman semasa pandemik betapa akaun kwsp ini membantu kita sewaktu masalah kewangan. Untuk yang bisnes sila disiplin pastikan tetapkan Gaji untuk diri sendiri dan bayar kwsp kepada diri sendiri.
Bila apply loan bank nanti, akan ada 2 jenis income anak muda. Iaitu income dari bisnes, dan income dari gaji sendiri. Untuk pembayaran gaji, gunakan cek company utk bayar. Elakkan transfer secara online saja.
8. Pastikan Rekod CCRIS BERSIH
Rekod CCRIS adalah satu rekod dari Bank Negara yang mengumpul senarai hutang2 kita dengan institusi kewangan di Malaysia. Untuk memudahkan anda sebelum anda decide untuk buat loan rumah, pastikan anda semak dulu rekod CCRIS anda sendiri.
Untuk anak muda! hati hati dengan penggunaan kad kredit yer. Ramai yang telah terjerat dan ramai yang muflis kerana hutang kredit kad.
Jadi CCRIS ini Nanti anda akan nampak senarai hutang anda dan disebelahnya senarai bayaran bulanan anda.
Kalau 0, bermakna rekod anda bersih. Anda memang seorang yang berdisipilin. Kalau 1, ini bermaksud ada 1 bulan tertunggak, begitu jugak 2,3,4 dan seterusnya.
Cara nak buat semakan ialah dengan pergi ke Bank Negara dan guna mesin yang disediakan. Atau sekarang boleh apply secara online saja.
9. Tiga Jenis Rumah Anda Perlu Kenal Pasti
Ada TIGA jenis rumah yang anda boleh beli.
PERTAMA – Rumah undercons (bermaksud under construction). Biasanya rumah undercons sesuai untuk orang yang plan untuk buat FLIPPING (Jual Balik) bila dah siap nanti. Kalau anda cari rumah yang ada diskaun 7%, maka anda hanya perlu keluarkan modal 3% sahaja. Kalau dapat cari rumah yang dapat diskaun 10%, maka tak perlu nak keluar modal bayar deposit.
KEDUA – Rumah subsale. (bermaksud rumah yang dah siap dan dah ada nama orang lain punya). Untuk rumah jenis subsale ini, modal yang sangat besar diperlukan. Kalau rumah tu harganya RM500,000 , maka deposit sebanyak RM50,000 diperlukan. Ditambahkan lagi dengan legal fees, dll.
KETIGA – Rumah lelong. Diantara ketiga-tiga jenis ini, rumah lelong mempunyai risiko yang sangat tinggi. Tapi takpe.. high risk, high lah return dia.. Kalau menang bidaan lelong jauh lebih murah dari harga market, untung besarlah anda.. Untuk jenis rumah lelong, anda perlu buat kajian dari segi market value, keadaan rumah, kejiranan dan lain2 sebelum commit untuk join bidaan.
10. Beli Rumah dengan Developer yang diyakini
Sekiranya anda memilih utk membeli rumah under cons, maka pilih lah developer yang besar-besar saja. Contohnya seperti SP Setia, IJM Land, Sime Darby, Worldwide dan lain-lain.
- Reason pertama kenapa perlu pilih developer ini ialah risikonya kurang. Maksudnya, risiko untuk projek terbengkalai sangat rendah. Kalau pilih developer yang takde nama, risikonya sangat tinggi kerana mereka mungkin kekurangan modal atau ada masalah2 lain dan menyebabkan projek tersebut boleh terbengkalai. Kita juga yang rugi nanti.
- Reason kedua, developer besar biasanya menyediakan banyak benefit kepada pembeli property mereka. Sebagai contoh, diskaun 5%-10%, free aircond, alarm system, vinyl floor dan macam2 lagi. Tambahan lagi, developer besar biasanya akan menyediakan kemudahan yang banyak di sesebuah taman perumahan yang mereka tengah develop. Tengok lah contoh SP Setia. Beruntungnya orang beli rumah di setia alam ni. Betapa banyaknya kemudahan2 baru yang mereka dapat. Contohnya, ada mall, masjid, bank2, taman2, dan macam2 lagi.
Miliki rumah di usia muda dengan fahami 10 cara beli rumah ini
Kalau lihat bangsa lain, ibu bapa mereka telah menanam pahaman memiliki rumah secepat mungkin walaupun sekadar apartment atau flat. Berbanding dengan bangsa melayu yang lebih menganggungkan kereta. Hartanah adalah antara pelaburan yang paling cepat dan sangat menguntungkan untung jangka panjang
Apa kata ibu bapa tanamkan ilmu kewangan yang baik untuk anak anak dan ubah mentaliti mereka. Apa kata kita mulakan azam tahun baru ini untuk mendapatkan rumah sendiri. fahamkan entri 10 cara beli rumah ini insyallah akan mula langkah seterusnya