Cara tanam pokok pandan tanpa tanah boleh dilakukan oleh mereka yang tinggal di rumah pangsapuri atau kondominium yang tak mempunyai tanah.
Dalam kehidupan seharian suri rumah kadangkala banyak menggunakan daun pandan dalam masakan atau untuk mengharumkan kediaman.
Selain kegunaannya sebagai penambah aroma dalam masakan dan makanan, daun pandan juga mempunyai banyak khasiat pada kesihatan.
Tinggal di bandar semuanya kena beli. Kadang nak guna daun pandai sehelai dua sahaja tapi terpaksa beli dalam kuantiti yang banyak sebab biasa di pasaraya mereka sudah paketnya segulung daun pandan.
Sudahlah harganya agak mahal dan kita hanya menggunakan sedikit sahaja. Baki daun pandan tersebut akhirnya layu sendiri di dalam peti sejuk dan terpaksa kita buang sahaja. Membazir bukan.
Jadi, apa kata kita cuba tanam sendiri pokok pandan yang boleh hidup di tanah atau tanpa tanah. Lepas ni kalau nak guna buat nasi lemak, senang sahaja. Hanya perlu gunting daun pandan dari pokoknya.
Cara tanam pokok pandan: Info daun pandan
Dikenali secara saintifik sebagai Pandanus Amaryllifolius, pandan adalah tumbuhan tropical dalam kumpulan Pandanus (screwpine) genus.
Ia dikenali dengan warna hijau yang terang dan bau yang wangi.
Daunnya mempunyai rasa ros, badam dan vanilla.
Sesetengah jenis daun pandan mengeluarkan bunga yang dikenali sebagai Kewra.
Daun pandan boleh didapati di Asia Tenggara dan Asia Selatan.
Pandan kini semakin popular sebagai perisa makanan di United Kingdom dan Amerika.
Daun pandan mengandungi isoprene esters, tannins, glycosides, alkaloids, dan kaya dengan minyak pati.
Bahan-bahan tanam pandan tanpa tanah
- Pasu atau bekas yang sesua
- Air
Cara dan proses penamanan pokok pandan
Cara tanam pokok pandan mudah rupanya. Langkah demi langkah tanam pokok pandan tanpa tanah iaitu dengan hanya menggunakan pasu berisi air sangat mudah diikut.
- Dalam satu pasu pastikan cuma tanam satu atau dua pokok sahaja pada satu-satu masa. Jangan lebih.
- Kalau ada daun yang rosak, buangkan ia.
- Gembur tanah dan selalu siram, pokok pandan perlukan banyak air.
- Jika pokok pandan ada banyak anak, keluarkan anak pokok bersama dengan akar dan rendam dalam air.
- Boleh biarkan anak pandan terus dalam air atau alihkan ke dalam pasu berisi tanah.
- Pandan juga boleh hidup tanpa tanah. Letak dalam bekas berisi air, InsyaAllah akan hidup subur.
- Paling penting kena selalu tukar airnya untuk elak kehadiran jentik-jentik. Ada juga yang letak ikan dalam bekas yang sama untuk makan jentik-jentik.