Resepi Sup Tulang Merah dengan jalan pintas

Resepi Sup Tulang Merah tapi guna jalan pintas. Sangat-sangat pintas ni. Bukan sahaja masa pintas tapi bahan-bahan yang digunakan pun pintas. Kalau sesiapa yang pernah makan sup tulang merah di singapore memang mantop, pergi Johor Bharu pun payah nak jumpa yang betul betul kow. Kalau di KL selangor lagi lah payah nak jumpa

Tapi kalau nak tau makan sup tulang merah best boleh baca 20 tempat makan best di Johor bahru. Ada cerita pasal sup tulang merah yang best

Kenapa pintas?

Pimtas sebab hahahah, Hanya perlukan 3 bahan utama sahaja, serta masa 30 minit. Kalau tiba-tiba mertua muncul depan rumah, sempat lagi buat.

Haha, ekspress! SUP TULANG MERAH (SEGERA) by Kamarul Ariffin Nor Sadan yang di kongsikan dalam facebooknya

Bahan-bahan: (3-4 orang makan)

  • 2 tin Sup Kambing Adabi
  • 100g puri tomato½-
  • 1 biji ubi bit kecil (pewarna semulajadi)
  • Garam dan gula secukup rasa
Resepi Sup Tulang Merah

BACA : Resepi Nasi Ayam Bakar yang simple

12 langkah buat Resepi Sup Tulang Merah

  1. Sup kambing dan puri tu, kalau nak pakai jenama lain pun boleh.
  2. Buah bit ni warna dia merah gila. Di pasar tempat saya, mudah cari. Kalau tak ada, tak nak letak pun tak apa. Ia untuk warna sahaja.
  3. Ini isi ubi bit. Rasa dia macam lebih kurang lobak merah. Warnanya merah gelap, kalau kena baju susah hilang. Saya pakai sarung tangan sebab tak nak warna lekat dekat tangan. Lepas kupas, sagat halus.
  4. Kalau nak betul-betul merah, gunakan sebiji. Kalau nak warna sekadar menyelerakan, gunakan separuh sahaja. Saya guna separuh. Lebih dia nanti saya kongsi buah sup sayur. OK, sekarang tumis ubi bit.
  5. Lepas tu masukkan puri tomato. Guna 1 tin (100g) tu. Kalau tak ada boleh ganti dengan sos tomato. Eh, kalau kau orang suka pedas, boleh masukkan cili boh masa menumis ni.
  6. Bila dah lembut ubi bit tu, masukkan air satu cawan. Kalau letak cili boh pastikan cili boh pecah minyak dulu. Kemudian besarkan air sehingga api mendidih.
  7. akan jadi warna merah yang cantik. Pakai warna semulajadi je ni. Kalau dah masak, warna merahnya tak lekat pada jari sangat. Masa dia mentah je, dia melekat.
  8. Bila dah didih, masukkan sup kambing. Dalam tin ni ada isi kambing, tulang sikit, dan kentang. Rasa sup dalam tin dia dah OK. Tak terlalu masin, dan rempahnya tak terlalu kuat.
  9. Renehkan dia sebentar, biar sebati warna buah bit, puri tomato dan sup. Di tahap ni, bolehlah tambah perasa (garam dan gula) ikut citarasa masing-masing.
  10. OK, ini tak wajib. Ada resepi sup tulang merah letak telur, ada yang tak letak. Resepi ni, saya letak telur supaya dia lebih “rich”. Entah apa kalau dalam Bahasa Melayu. macam kita buat ketam chili
  11. Pukul telur. Kemudian masuk sedikit demi sedikit, sambil kacau sup. Kita nak telur tu nanti bertali-tali. Dah bubuh telur, boleh terus tutup api. Gelap pula gambar ni, langit tiba-tiba mendung.
  12. Tabur daun sup dan bawang goreng! Sup tulang merah ni biasanya dimakan dengan roti perancis. Rasa dia memang menyelerakan: masam, manis, pedas(kalau letak cili), dan berempah.
Resepi Sup Tulang Merah

So jangan jadikan alasan barang tak cukup kalau nak masak. ada 3 barang ini pun jadi hehehe. mantoppp

BACA : Resepi ayam masak merah

Leave a Comment!

error: Content is protected !!