Asam Pedas!! Kalaulah dapat pergi ke Melaka, Walahhh! Syoknya. Tapi, bila negara kita tengah PKPP/PKPD macam ni, mana boleh rentas negeri. Nak rentas daerah pun tak boleh. So, kita masak sendiri asam pedas demi nak hilangkan rasa ‘mengidam’ tu.
Asam pedas ni sebenarnya ada macam-macam versi. Ada yang letak ketumbar, ada yang letak kari dan macam-macam lagilah. Ikut selera masing-masinglah ye.
Cuba resipi ini:
Cukup Rasa
Asam pedas yang sedap mestilah cukup rasa masamnya, pedasnya dan masinnya. Kata orang, secukup rasa. Selain itu, aromanya…pehhh! Boleh buat meleleh air liur. Belum makan lagi.
Okay, kali ini sis nak kongsi resipi Asam Pedas Pari versi yang Suri suka ye. Lain orang, lain caranya. Ada yang suka letak daun limau purut, ada yang suka letak bunga kantan dan daun kesum.
Cuma kena hati-hati, kena padankan dengan ‘gu’ yang betul. Jangan asal masuk je, nanti pelik pulak rasanya kan?
Selain tu, ada macam petua nak sedapkan masakan tu. Untuk Suri, aroma masakan penting juga untuk pikat selera kita. Jadi, untuk bangkitkan lagi aroma asam pedas tu, sangai dulu ketumbar dan jintan manis, dalam kuali tanpa minyak. Kemudian baru tumbuk.
Bila disangai dulu, ia lebih mudah hancur menjadi serbuk bila ditumbuk.
Oh ye! Bagi peminat ikan pari, tahu apa khasiatnya?
Manfaat Ikan Pari Untuk Kesihatan:
Seperti ikan pada umumnya, memakan ikan pari juga berpotensi memberikan khasiat bagi kesihatan. Berikut beberapa di antaranya.
1. Menjaga kekuatan tulang dan gigi
Konsumsi daging ikan pari mungkin bermanfaat untuk tulang dan gigi Anda. Alasannya karena ikan berdaging empuk ini memiliki kandungan kalsium dan fosfor yang penting untuk menjaga kekuatan tulang dan gigi.
2. Mengurangi risiko anemia
Ikan pari memiliki manfaat bagi kita yang mengalami anemia. Salah satu penyebab anemia adalah kekurangan vitamin B12 dan zat besi. Padahal, tubuh memerlukan keduanya untuk membentuk sel darah merah yang sihat.
Dengan memakan ikan pari mungkin boleh membantu mengurangi risiko anemia. Ini kerana ikan pari mengandung zat besi yang hampir setara dengan 25% keperluan orang dewasa. Kandungan vitamin B12-nya pun hampir dua kali ganda keperluan orang dewasa.
3. Sumber protein yang baik
Ikan pari tergolong dalam makanan tinggi protein. Dengan mengambil satu potong ikan pari saja, kita boleh mendapatkan protein sebanyak 38.2 gram. Jumlah ini bahkan lebih dari 50% keperluan protein orang dewasa,
Tidak hanya itu, kandungan fosfor pada ikan ini juga membantu pembentukan protein di dalam sel tubuh. Jika ingin mendapatkan manfaat ini, sesekali cubalah sertakan satu potong ikan pari panggang dalam menu mingguan.
4. Membantu menjaga kesihatan jantung
Sebahagian lemak yang terkandung pada ikan pari merupakan asid lemak omega-3. Berbagai penelitian telah membuktikan bahawa asid lemak omega-3 dapat membantu mengawal kadar kolesterol dan menurunkan kadar trigliserida darah.
Lemak menyehatkan ini juga dapat meningkatkan kadar kolesterol baik yang dikenali sebagai yang disebut high-density lipoprotein (HDL). HDL akan membantu menjaga kestabilan kolesterol total serta mencegah pembentukan plak pembuluh darah yang boleh menyebabkan strok.
Awas! Ada Kesan Negatif Juga
Meski ikan pari memiliki manfaat bagi kesihatan, namun kita tetap perlu mengawal pengambilannya. Seperti ikan sejenisnya yang hidup di perairan dalam, ikan pari kerap mengandungi merkuri dan zat kimia yang disebut polychlorinated biphenyl (PCB).
Paparan PCB dalam jumlah kecil tidaklah berbahaya. Namun, penelitian pada haiwan di laboratorium menunjukkan bahawa paparan PCB dalam jangka masa panjang boleh merosakkan sistem imun, saraf, peredaran darah, endokrin, dan sistem pencernaan.
Ibu hamil yang memakan ikan pari lebih berisiko melahirkan anak dengan ukuran kepala yang lebih kecil, berat badan lahir rendah, dan gangguan perkembangan otot. Selain itu, PCB mungkin juga memengaruhi kemampuan memori dan belajar anak.
Gunakan cara memasak sihat yang dapat menghilangkan sisa lemak pada daging ikan, seperti memanggang. Jangan lupa, batasi asupannya agar Anda bisa mendapatkan manfaat ikan pari tanpa efek negatif bagi kesihatan.
Okay. Jom kita masak Asam Pedas Pari ye.
Senang Je Nak Masak Asam Pedas Ni…. kalau tak nak asam pedas boleh cuba 5 lauk Nostalgia
Bahan-Bahan:
- 1kg ikan pari – bersihkan dengan asam jawa dan limau kasturi untuk hilangkan baunya
- 10 sudu makan cili kisar – tambah jika nak kuah lagi pedas
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Air asam jawa secukupnya
- 1 sudu jintan manis
- 1 sudu ketumbar
- Kacang bendi
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak untuk menumis
- 1 kiub ayam – pilihan
- 1 sudu lada hitam – tumbuk
- Daun limau purut
- 3 batang serai
Cara Memasak:
Cara Memasak
Total Time: 30 minutes
Kisar bahan tumisan
Masukkan Bahan Seterusnya
Masukkan ikan pari
Masukkan ikan pari yang telah dicuci bersih tadi. Masukkan pula kiub ayam, lada hitam dan daun limau purut. Buang bahagian tengahnya untuk menggelakkan rasa pahit. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Final step
Setelah mendidih, bolehlah masukkan bendi. Bila sudah cukup rasa, seeloknya biarkan ia mereneh menggunakan api yang perlahan agar kuah makin pekat. Tadaaaa!! Siap. Mudah je kan?