Resepi agar-agar gula melaka | nampaknya kita dah masuk bulan 2 jadi bulan puasa puasa pun menghampiri kita. Jom kita mula intai resepi yang best best untuk juadah buka puasa nanti.
Kalau ikut baca news saban hari kita dengar bahan bahan bakeri kesemuanya dah naik. Harga telur pun melampau naik. Nampak gaya mungkin ada yang dah boleh start masak sendirikan, kemudian boleh kongsi bersama jiran-jiran
Tapi saya yakin kos untuk membuat agar agar ini masih rendah, kerana menggunakan bahan yang agak minimum dan mampu milik. Dengan jumlah bahan dibawah rasanya sekeluarga 7 orang masih boleh makan berulang ulang.
Agar-agar gula melaka ni memang sedap kalau dibuat sehari sebelum, kemudian di simpan di dalam peti ais. Sedap sangat untuk dijadikan juadah berbuka puasa nanti, terutamanya jika hari itu agak panas, disaat agar agar masuk ke dalam tekak kita pasti terasa nyaman dan sejuk sahaja.
Okay ibu ibu boleh bersedia untuk praktik terlebih dahulu, sebelum sampai bulan ramadhan nanti.
BACA : Cara masak ayam ala kenny rogers
Bahan-bahan agar-agar gula melaka
- Agar2 tali 2paket
- Air 2L
- Gula merah 500g
- Gula Melaka seketul
- Gula putih 5 sudu besar
- Santan 2kotak (400g)+air 1cawan
- Telur dua biji
- 1 sudu kecil garam
- Daun pandan
Cara-cara buat agar-agar gula melaka
- Masak agar2 dengan 1liter air + daun pandan sehingga semua agar2 larut
- Masak air gula dgn 1liter air dan tapis-campur kedua2 bahan diatas dan biarkan mendidih
- Kacau telur dan santan.
- Kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 tadi dan kacau sentiasa guna api sederhana
- Setelah menggelegak boleh tuang dalam loyang 10inci..
- Tips: basahkan loyang dengan air baru, tuang agar2..
- Kemudian simpan dalam Peti ais baru lah best
Ibu-ibu pening pikir juadah berbuka puasa
Ramadhan itu memang menyeronokkan, selain bulan beribadah kita juga excited nak menyediakan makanan untuk keluarga, Kadang-kadang boleh buntu juga nak pastikan semua menerima makanan yang akan disediakan nanti.
Apa kata cuba buat air minuman MILO untuk juadah berbuka puasa juga nanti, atau boleh juga buat cakoi untuk juadah berbuka puasa. Yang penting jangan lupa cuba yer Resepi agar-agar gula melaka, mudah dan murah untuk seisi keluarga